:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, January 19, 2011

- susah tidur? ini jawapannya -

PANDUAN MELATIH ANAK TIDUR
  1. Ajak mereka bermain hanya pada siang hari dan bukannya pada waktu malam...auni siang main, malam pun nak main jugak.
  2. Letakkan anak di tempat tidur apabila sudah mengantuk dan jangan sesekali biarkan dia tidur di atas pangkuan anda, di ruang tamu ataupun di ruang lain selain bilik tidurnya...auni takde bilik tidur, tapi katil ada hehe.
  3. Matikan lampu utama dan nyalakan lampu tidur yang bercahaya malap bagi mengelakkan tidur anak terganggu...auni pasang lampu atau tak, dia tetap tidur kalau dah ngantuk.
  4. Anak anda mungkin terjaga ketika tidur. Oleh itu ajar dia kembali tidur. Jangan sesekali memasang lampu sebaliknya tenangkannya dengan kata-kata lembut dan tinggalkan dia sendirian untuk kembali tidur....Auni kalau bangun malam-malam, abah suakan botol susu dalam mulut hehe
  5. Menetapkan waktu tidur mereka dan pastikan tidak tersasar umpamanya 9.00 hingga 10.00 malam...Auni biasanya tidur lepas maghrib :)
  6. Cuba ajar anak tidur sendirian di bilik mereka, latih mereka tidur sendiri secara berperingkat supaya mereka boleh tidur secara sendiri dan jangan kunci pintu supaya mereka yakin yang anda tidak jauh dari mereka...Kalau balik Kubang Kerian, Auni biasanya tidur dengan tokmi :)
  7. Hiaskan dengan cantik bagi menarik perhatian mereka tetapi pastikan tiada televisyen, permainan video atau terlalu banyak mainan yang boleh melekakan mereka...mujur Auni takde bilik lagi hihi :)
* Auni, kesimpulannya....kita minta abah buatkan bilik untuk Auni nak? (^_^)
** Ummi ambil sumber maklumat dari Diari Perancangan Eksekutif Islam 1431h-1432h

2 comments:

  1. anak2 kakyong, si dara ber2 ni... corak tidur depa kerap bertukar... susah nak cakap.. dah buat semua spt yg tips/pnduan.. tp tak jalan juga.. cuma si abng la ni tidur awal.. sbb siang dah letih sekolah.. kena bangun awal pagi.. yg dara 2 org ni sampai tghmalam pun tak tidur2.. kdg2 dah tutup semua lampu.. depa bangun dan amik kerusi panjat buka lampu hall....

    masa Ramadhan ari tu, depa tidur awal sikit.. habis Ramadhan, depa tidur lewat semula... fenin....

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...