Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas segala pemberianMu ini. Ada 2 kegembiraan yang ingin Ummi Na kongsikan bersama kali ini.
1) 09/02/1984 - 09/02/2010
Kini telah 26 tahun usia Ummi Na. Terlalu sekejap rasanya. Pejam celik-pejam celik, dah 26 tahun usia Ummi Na. Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas. Dalam usia 26 tahun ini, alhamdulillah Ummi Na semakin bahagia meniti titian hidup di samping suami terSAYANG lagi terCINTA, 'my abang' - Mohd Fikry bini Mohamed. Bertambah bahagia dengan kehadiran Princess Auni Nafeesa yang COMEL dan MANJA lagi PERAMAH tu hehehe. Alhamdulillah sangat.
2) Myvi
Alhamdulillah, insyaAllah hasrat kami untuk memiliki Myvi hampir menjadi kenyataan. Semalam selesai urusan pinjaman kenderaan di Maybank, petang ni akan pergi ke Perodua semula. KEMUNGKINAN besar, Myvi tu akan jadi milik kami dalam minggu ni (sebelum raya cina). Maknanya esok lusa lah kot...? hehehe. Ummi Na tak ingat Myvi jenis apa..huhu. InsyaAllah bila kereta dah ada, nanti Ummi Na cerita lebih lanjut, tepek gambar-gambar okey? Tunggu ajalah ye!
That's all for now. Jumpa lagi di lain masa.
** rasa-rasa abang dapat teka ke hadiah apa yang ina nak bagi kat abang sempena bestday abang 15/02/2010 ni?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)