:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, February 11, 2010

- Myvi @ Perodua (1) -

Bergambar dulu sebelum masuk ke pintu utama Perodua hehehe...

Ini semua gambar-gambar masa kami pergi Perodua kat Wakaf Che Yeh, 31/01/2010 baru-baru ini. Letak sikit je okey kot? Masa pergi ni, kami cuma bawa salinan slip gaji dan kad pengenalan je. Kereta pon dah pilih. Kereta apa? Cubalah tengok tajuk atas tu. Namanya pun Myvi @ Perodua...so, kereta yang kami nak beli ni Myvi SX lah.

Sebenarnya, mula-mula tu kami nak beli Viva. Tanya-tanya kat keluarga dan kawan-kawan, antara Myvi dan Viva...ramai yang mencadangkan agar kami ambil Myvi. Ini berdasarkan keperluan semasa kami dan keselesaan untuk berjalan jauh dan jangka masa yang panjang. Minyak pon jimat. Erm, abah Ummi Na cadangkan agar kami beli Persona. Tapinya, Ummi Na tak berapa minat dengan Persona tu. Lagipon, duit kami ni taklah banyak mana nak beli Persona tu. Nak bayar bulan-bulan lagi...nak cari duit kat mana, kan?? Finally, kami decide nak beli Myvi SX je. Okeylah tu, orang kata 'ukur baju di badan sendiri'.

Tengok dulu gambar-gambar ni...

Abang sedang membelek risalah Perodua...

Myvi idamanku...

Erm, takde kejelah tu...asyik bergambar je

Inilah 'Abie' salesman yang layan kami...


*** Bagus Abie ni, banyak bagi nasihat kat kami ni hehehe...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...