Selamat Hari Membaca! Wah, awal-awal lagi dah ucap selamat ni ada apa ye? Hehehe. Secara rasminya Ummi Na umumkan hari ini dan hari-hari seterusnya merupakan hari membaca untuk kami sekeluarga khususnya diri Ummi Na sendiri. (nampak sangat macam tak pernah baca buku). Ops, salah ye. Ummi Na ni rajin baca buku (dululah..hehehe). Selepas bersalin ni, entah kenapa macam 'malas' je rasanya. Nak habiskan sebuah buku dalam masa seminggu pun tersangkut-sangkut. Kalau dulu, mungkin masih ada sedikit ruang untuk Ummi Na membaca. Maklumlah, dulu zaman 'anak dara' lagi, sekarang ni dah jadi 'mak dara' hehehe.
Kalau dulu, adakala baca buku bolehlah dapat 2 buah buku seminggu. Tak termasuk majalah la. Biasanya sesuatu bahan bacaan tu (buku ilmiah, majalah, novel) Ummi Na akan belek-belek depan, tengah dan belakang dulu. Baca sekali imbas, kemudian baru baca betul-betul.
Majalah 'wajib' untuk dibeli tiap-tiap bulan adalah Pa&Ma dan Anis. Kalau novel tu, sebulan sekali belum tentu. Ummi Na biasanya beli novel karangan Ramlee Awang Murshid dan H.M Tuah Iskandar. Ada juga novel karangan Ustaz Habiburrahman yang Ummi Na beli.
Sekarang ni Ummi Na sedang baca buku karangan Zamri Mohamad dan Imran Yusof yang bertajuk 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah'. Wah, tengok tajuk aja pun dah tak sabar nak baca, kan? Ummi Na tak boleh nak buat ulasan tentang buku ni, sebabnya belum khatam lagi. Namun yang pasti buku ini menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat. Keluaran PTS Millenia Sdn. Bhd. yang berharga RM19.50 ini mampu menjawab segala persoalan yang selalu bermain di minda teruna dara yang masih mencari calon mahupun yang sudah ada calon, termasuk pasangan suami isteri yang sedang melayari alam perkahwinan.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom membaca!! Jadikan membaca amalan kita.
** Promosi buku ni hehehe. ** Sebenarnya, dah lama beli buku ni. Masa Ummi Na mengandung 5 bulan dulu, tapi asyik tak menyempat nak baca huhuhu.