:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, November 02, 2009

- Barangan kesayangan ummiku -

Salam semua...

Haa, kali ni Auni nak cerita pasal barangan kesayangan ummi (^_^). Banyak jugak rupanya barang yang ummi sayang. Nanti bolehla bagi kat Auni barang-barang tu, kan ummi? Hehehe. Toksah cakap banyak, meh kita tengok antara barang kesayangan ummi ni...


1- Beg Fiffy


Sebenarnya beg warna pink (pink ke?) ni hadiah masa ummi dan abah pergi Billion beli barang-barang Auni. Disebabkan beli banyaak sangat barang, dapatlah percuma beg ni. Beg pureen tu takde kena mengena ye. Ummi yang guna beg fiffy tu. Biasanya ummi letakkan telekung dalam beg tu. Beg tu pula ummi bawa ke ofis ummi :) Kadang-kadang beg ni pon digunakan untuk letak pampers, tisu basah, botol susu dan tuala kecil Auni masa kitorang pegi klinik. Jadinya, beg ni sebenarnya ummi punya ke...Auni punya? heheee


2- Beg Anmum


Haa...beg ni sebenarnya kecik aja tau, tak besar mana pon. Beg ni baru je menjadi beg kesayangan ummi. Apa yang ada dalam beg ni? Jeng..jeng..jeng! Dalam beg kecik ni ada bedak debu, gincu, krim Safi, tisu dan handphone ummi. Ummi bawa ke mana? Setakat ni ummi bawa beg kecik ni ke ofis. Sebenarnya beg ni hadiah daripada Mak Long. Mak Long beli susu Anmum, dapatlah hadiah ni. Then, susu tu pun Mak Long hadiahkan untuk Auni. Saaayang Mak Long :)


3- Beg Barney

Geramnya beg Barney ni...comel sangat. Jeleslah Auni...huhuhu. Beg Barney ni dah lama ummi beli tapi ummi dah lupa bila ummi beli. Yang pastinya barang paling lama dalam simpanan ummi. Macam budak kecil kan? Dalam beg ni ada ic, bank card, duit dan handphone ummi. Selalunya ummi bawa beg ni masa nak ke kedai/pasaraya dan jalan-jalan. Ummi cakap mudah. Lagipun cantik...ummi suka warna purple :)

4- Bekas air


Bekas air ni besar kan? 1500ml punya :) Asalnya bekas air kesayangan ummi ni ummi beli lepas bekas air lama pecah. Biasanya ummi jarang sangat habiskan 1500ml kat ofis. Mesti ada air yang lebih ummi bawa balik. Boleh kira dengan jari ni berapa kali ajelah ummi bawa balik bekas air yang kosong hehehe. Ummi tu, mesti tak ikut nasihat Tok Mah yang suruh habiskan 2 botol air kosong dalam botol ni. Kan ummi? Kalaulah Tok Mah tahu...habislah ummi.

5- Handphone Sony Ericsson

Ni handphone kesayangan ummi. Ummi beli hanphone ni dah setahun :) Sebelum ni ummi guna handphone Nokia 5510. Harganya agak mahal sikit masa tu. Sekarang dah murah agaknya. Acik Ocob pon kata nak beli hanphone macam ni. Ummi kata ummi beli handphone ni kat Seremban Parade dengan acik wawa. (Masa ni ummi dan abah tak nikah lagi...) Dulu masa bujang, gambar ummi jadi wallpaper depan. Bila dah kahwin dengan abah, gambar abah dan ummi jadi wallpaper. Bila Auni dah lahir, gambar Auni pula jadi wallpaper handphone ummi. Nampak gambar atas tu tak? Cantik kan muka Auni hehehe....


Okeylah...sampai sini aja Auni nak bagitahu barangan kesayangan ummi. Ada lagi satu "barang" kesayangan ummi........apa dia? Nanti Auni cerita lain kali ye? Hingga berjumpa lagi di masa akan datang. Salam............

** Auni rasa macam nak tidur ajalah..zzzzzzz

Friday, October 30, 2009

- Auni ada nama baru?-

Salam semua...

Ingat tak, Auni kan pernah cakap nak cerita pasal balik Shah Alam baru ni kan? Banyak tau ceritanya, tu yang kena cerita sikit2 dulu. Kali ni Auni nak cerita 1 kisah yang agak lucu (bagi Auni lah). The story is about...jeng..jeng..jeng. Uii suspennya (ummi dok buat background music..)

Sebenarnya takde apa sangat pun. Ceritanya adalah...Auni dapat nama baru kat sana :) Ada dua nama baru Auni. Kan abah dan ummi bagi nama Auni Nafeesa, panggil pon Auni. Tapi, bila sampai Shah Alam je, Auni terus dapat nama baru. Nama-nama itu adalah :

1- Uni
Ini nama yang atok bagi kat Auni. Auni tak perasan bila atok start panggil Auni ni "Uni". Paling Auni suka bila atok balik kerja. Dari pintu masuk lagi atok akan panggil Auni. "Uni, tidur ke? Alah Uni...tidur aja ye kerja dia," kata atok sambil menjinjing begnya. Hehehe, bukan "menjinjing Auni" (sepatutnya dalam erti kata lain mendukung atau memangku lah kiranya..hehe). Auni sempat tidur dengan atok semalam aja. Iaitu malam kedua di Shah Alam. Auni tidur tengah2 antara atok dan nenek :) Tapi cedihhh...last day kat Shah Alam Auni tak dapat jumpa atok dulu. Sebabnya? Atok gi Thailand. Huhuhu, cedih tak dapat jumpa atok Auni yang tercinta dan baik hati tu.

2. Noni
Ha, yang nama ni Ayah Long Auni bagi. Bukan Ayah Long (ayah Kak Aisyah) tu, tapi Ayah Long Auni kat Shah Alam. Ayah Long yang ni siap nyanyi nama Auni lagi. Balik kerja aja, "Nooni..noni..noni," sambil cium-cium pipi Auni hehehe. Kadang-kadang tu nenek tegur juga, "Jangan terus rapat kat Auni bila balik dari kerja". Ayah Long Auni tu sampai rumah selalunya dah maghrib.

Entah dari manalah atok ngan Ayah Long Auni tu dapat nama-nama ni. "Uni dan Noni". :) Suka-suka je ye...Tapi tak apalah. Asalkan Auni pun suka jugaklah. Itulah panggilan manja untuk Auni :)

Okey, jadi apakata kita tengok gambar-gambar terbaru Auni. Ummi yang tangkap semua gambar ni

Gambar Auni dengan abah & ummi.
(Alamak, Auni tersepit ni...waaa!!!!)

Ooo...begitu rupanya. Baru Auni tahu...

Ish, rimasnya Auni...nangis baru tahu...

Tenang sungguh Auni hari ini...

Monday, October 26, 2009

- Auni kembali -

Salam to all of you...

Wah, dah lama Auni sekeluarga tak update Teratak Mawaddah ni. Mesti semua tertanya-tanya mana Auni pergi, kan? Rindunya Auni kat Teratak Mawaddah ni :) Erm, Auni tak nak cerita banyak2 lah...sebabnya sekarang ni Auni rasa letih hehehe.

Sebenarnya Auni balik Shah Alam (rumah atok & nenek). Banyak sangat cerita menarik kat sana. Auni dapat jumpa family Shah Alam, atok-nenek sedara, sepupu2 Auni...bestnya. Ummi, bila lagi kita nak balik Shah Alam? Auni nak main dengan Sarah laa...

Masa kat Shah Alam, Auni dapat banyak hadiah. Mama Ya bagi baju pink, kasut dan barangan mandian :) Meksu bagi beg, Acik Jun pun sama bagi beg fiffy, Acik Zura pula bagi baju warna pink. Tapi sayangnya, Auni tak dapat jumpa Acik Nor dan Acik Zul :(

Apa kata kita tengok gambar2 ni aja? Jom...


gambar family Shah Alam masa raya baru2 ni
insyaAllah...tahun depan adalah gambar kami bertiga

Abah Auni konvo tau...sayangnya Auni tak dapat ikut
(ummi ni tak acilah...tak nak masukkan gambar2 dengan sedara-mara yang lain)

Wah...tak percayanya. Auni semakin tembamlah...hehehe. Comel tak macam ni?

Waaa...Auni sedihlah. Kakak Aisyah dah balik Mesir, Auni tak sempat jumpa Kakak Aisyah, Ayah Long dan Mak Long. Rindunya dengan Kak Aisyah :) Bilalah Kakak Aisyah nak balik sini semula? Tak sabar nak main dengan Kak Aisyah dan adik Kak Aisyah nanti.

nilah Kak Aisyah yang Auni sayang...

baju ni Mama Ya bagi...topi pulak hadiah dari abah dan ummi

Wednesday, October 07, 2009

- menggamit memori -

selepas akad nikah di Shah Alam

Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih-sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
kerana kau isteriku


Romantika di Sudara Beach Resort

Wah, feeling sungguh bila dengar lagu Kopratasa ni. Lagu ni memang betul-betul menggamit memori lalu. Nak tahu? Inilah lagu kegemaran Ummi Na. Lagi ini khas untuk Ummi Na sebenarnya (pas kahwin lah...) Terharu sungguh bila dengar Abah Yie nyanyikan hehehe...

Kali ni saje nak letak gambar2 yang kat atas tu. Walaupon belum sampai anniversary kami lagi, tapi Ummi Na suka. Tiba-tibalah pula malam semalam nak buat suprise untuk husband. Ni dia tak tahu lagi posting terbaru Ummi Na. Pas dah siap ni, suruh dia baca malam nanti hehehe.

Sebenarnya, angka 2 banyak memainkan peranan dalam hidup kami. Tak dirancang, tapi mungkin satu kebetulan. Nak tahu apa dia?

1- Kami berDUA adalah anak ke-2 dalam keluarga
2- Kami berDUA lahir pada bulan 2, Ummi Na 09/02/1984 dan Abah Yie 15/02/1984 (juga dua-dua tahun yang sama)
3- Kami berDUA ada 2 orang adik-beradik perempuan
4- Mak kami berDUA sama-sama cikgu
5- Rumah kami berDUA lebih kurang sama : Taman Desa Paduka & Taman Desa Kemuning
6- Kami berDUA belajar di UIA
7- Kami berkahwin pada 20/12/2008 dan Auni lahir pada 29/08/2009 (tak cukup bulan...)

Hehe, itu je. Ada lagi yang lain, tapi macam dah lupalah pulak. Nanti kalau ingat, Ummi Na tambah okey. Erm, itu aja nak bagitahu pon.....

* Abang, silalah pasang lagu kumpulan Kopratasa ni selalu ye....macam dah lupa je tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...