:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, July 27, 2013

Bergaya Sepertiku

Akhirnya, si solehah ini boleh berbangga dengan memberitahu kawan2 bahawa dia sudah membeli baju raya hihi. Sejak minggu lepas k.long bertanya perihal baju rayanya. Amboi, pandai sungguh anak solehah ummi dan abah ni.

Pagi semalam dapat juga kami belikan sepasang baju kurung warna pink untuk k.long. Baju hijau tu hadiah daripada tokmi sempena besday k.long. Ada lagi sepasang baju kurung, tudung dan kasut untuk k.long yang ummi belum beli.

Balik dari Mydin, terus salin baju raya dan melaram sakan hehe.

peace no war

bersama Adik Muhammad =)


Friday, July 19, 2013

Sanah Helwah Ya Solehah (2)

 doktor yang tak menyempat tunggu waktu Maghrib untuk potong kek

Tahun ini, kami raikan hari istimewa doktor cilik ini seadanya sahaja. Dengan keadaan ummi yang masih belum berapa gagah ini, kami raikan hari istimewa di Teratak Mawaddah. Hanya sebiji kek (Kak Long yang beria-ia request). Ummi masih belum sempat mencari hadiah untuk anakanda solehah T_T. Maafkan ummi sayang. In shaa Allah ummi cadang nak bawakan kek dan sedikit goodies untuk kawan-kawan nurseri Kak Long bulan 8 ni : 29/08/2013 (hari lahir Kak Long tahun masihi)

Petang semalam, dia 'paksa' ummi dan abah untuk potong kek. Abah mencari kek selepas Solat Jumaat. Maka, lepas Solat 'Asar kami merakam aksi anakanda solehah memotong kek. Ummi gagahkan juga diri yang tak berapa sihat ini untuk meraikan hari istimewa anakanda. Melihat Kak Long berwajah ceria, hati ummi berlagu riang. 

 2 orang cinta hati ummi.
Sayang kalian kerana Allah
Semoga kita terus bercinta dan berkeluarga hingga ke syurga

Sanah Helwah Ya Solehah

Lots of love :
ummi & abah


Tuesday, July 16, 2013

Sanah Helwah Ya Solehah

 Detik Terindah
08 Ramadhan 1430h yang lalu
Lahirnya buah cinta pertama ummi dan abah
Puteri Solehah : Auni Nafeesa

 mengandung dan melahirkanmu menjadi satu kenangan terindah

 Dikaulah penghibur dikaulah penawar

 semoga membesar menjadi hambaNya yang taat akan suruhan sang Pencipta

 Juga menjadi puteri di hati ummi dan abah

8 Ramadhan 1430h ~ 8 Ramadhan 1434h
Dr. Auni Nafeesa Al-Hafizah

Sunday, July 14, 2013

CPUV & Blogbuster Campaigns From Nuffnang


Alhamdulillah.
Ada 3 iklan sedang bergerak di Teratak Mawaddah ketika ini. Mana-mana blogger pun, kebanyakan yang ummi sempat terjah mesti ada iklan ni hehe. Di TM, yang terkini iklan Sunsilk. Ummi baru perasan kelmarin masa buka blog. Rasanya blog ummi ni memang ramai yang menyinggah mencari resepi dan Modest Culture tu hihi.



Yang ini pula memang ummi dapat lagi. Sebelum ni kena buat video pasal What is Project c? dan Acer Hybrid Ultrabook. Hmm, memang tak dapatlah nak buat huhu. In shaa Allah kalau ada kemampuan akan datang, ummi nak cuba juga...

Terima kasih Nuffnang!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...