:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, July 19, 2013

Sanah Helwah Ya Solehah (2)

 doktor yang tak menyempat tunggu waktu Maghrib untuk potong kek

Tahun ini, kami raikan hari istimewa doktor cilik ini seadanya sahaja. Dengan keadaan ummi yang masih belum berapa gagah ini, kami raikan hari istimewa di Teratak Mawaddah. Hanya sebiji kek (Kak Long yang beria-ia request). Ummi masih belum sempat mencari hadiah untuk anakanda solehah T_T. Maafkan ummi sayang. In shaa Allah ummi cadang nak bawakan kek dan sedikit goodies untuk kawan-kawan nurseri Kak Long bulan 8 ni : 29/08/2013 (hari lahir Kak Long tahun masihi)

Petang semalam, dia 'paksa' ummi dan abah untuk potong kek. Abah mencari kek selepas Solat Jumaat. Maka, lepas Solat 'Asar kami merakam aksi anakanda solehah memotong kek. Ummi gagahkan juga diri yang tak berapa sihat ini untuk meraikan hari istimewa anakanda. Melihat Kak Long berwajah ceria, hati ummi berlagu riang. 

 2 orang cinta hati ummi.
Sayang kalian kerana Allah
Semoga kita terus bercinta dan berkeluarga hingga ke syurga

Sanah Helwah Ya Solehah

Lots of love :
ummi & abah


4 comments:

  1. Makin besar dah dr cilik kita.. Sanah helwa Auni, semoga menjadi anak solehah penyejuk hati ummi dan abah.. :-)

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah ya auni;) semoga membesar dlm penuh kebaikan dan ketaatan. Waa cantik kek besday auni;)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...