:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, July 25, 2012

Diari Ramadhan 1433h (3)

5 Ramadhan 1433h

Semalam, azan isyak berkumandang di televisyen. Ummi sedang mendodoikan anakanda solehah. Tiba-tiba...

Auni : ummi, dah azan lah..
Ummi : a'ah, dah azan isyak
Auni : ummi nak solat?
Ummi : nak, sekejap lagi ummi solat
Auni : pergi solat cepat. Ummi pergi solat dulu baru tidur. Cepatlah..solat dulu
( sambil menunding jari dekat ummi ^__^ )

*******************************
Auni : ummi, adik nak tengok cerita kakak menangis ( drama )
Ummi : ummi nak solat dulu, lepas solat kita tengok ye?
Auni : ah, ummi nak solat ke?
Ummi : a'ah, nak solat isya'
Auni : Isyad?
Ummi : Isya'...bukan adik Isyad ^__^

*******************************
Auni : ummi, meh sini adik nak bisik (datang kat ummi sambil berbisik)
Ummi : apa dia?
Auni : ummi, esok adik nak beli aisterim (aiskrim), cokelat, gula-gula, air kotak cokelat deh
Ummi : okey
Auni : pastu esok kita balik shah alam deh
Ummi : okey
Auni : kita balik jumpa nenek, atok babah, ayah long, ayah su, acik edil, acik ayu deh
Ummi : okey, tapi kita balik raya nanti. Tunggu ummi dengan abah cuti ye
Auni : okey ^__^


 

Monday, July 23, 2012

Diari Ramadhan 1433h (2)

Kenangan indah apabila 7 beradik berkumpul
3 orang ipar duai
4 orang anak-anak soleh solehah
********************************
4 Ramadhan 1433h

Alhamdulillah, sedikit coretan ringkas untuk kenangan Ramadhan kali ni. Gambar di atas diambil pada petang 1 Ramadhan yang lalu. Kebetulan semua adik-beradik abah ada, jadi kami mengabadikan gambar kenangan. Jarang dapat berkumpul sebegini ramai. Memori yang sangat manis untuk dikenang :)

Malam ke-2 terawih, ummi sekali lagi dapat berterawih di surau bersama anakanda solehah (^__^). Seperti biasa, prestasi yang sangat bagus ketika Solat Isya'. Namun masih berjalan ke sana sini, masuk ke bahagian saf lelaki, menyapa makcik-makcik dan kakak-kakak yang sedang solat, mengetuk-ngetuk pintu dan membaca Al-Fatihah dengan kuat. 4 rakaat pertama solat terawih, ummi masih mampu menarik nafas lega walau sedikit sesak :) Jantung ni memang berdebar semacam bila terdengar bunyi tombol pintu dipulas dengan kuat. Ummi dah agak, pasti Kak Long Auni nak keluar. Malam tu memang dia terlalu aktif lah pula hehe. Ummi pula terlupa hendak bawakan buku cerita untuk Auni :(

4 rakaat terakhir lebih mencabar. Dia dah merengek nak keluar duduk dengan tokmi. Tokmi solat di bahagian luar surau bersama Cik Wa. Ummi memang tak bagi dia keluar sebab dia akan panjat tembok surau. Puas ummi pujuk, hinggakan ummi akhirnya tersebut "Nanti kita beli aiskrim balik ni,". Dengar perkataan aiskrim, laju aja dia angguk kepala dan senyum. "Okey, ummi solat 2 aje deh. 2 aje deh, pastu kita beli aisterim (aiskrim)". Cerdik sungguh anak ummi ni haha. Seperti biasa, ummi solat witir di rumah setelah menyerah kalah dengan rengekan anakanda yang tak henti-henti nak balik.

****************************
Malam kelmarin ummi solat terawih berjemaah dengan abah sahaja kerana kami menghantar adik bongsu ke stesen bas. Moksu nak pulang ke UIA Gombak. Jadi kami solat di rumah tokmi sahaja. Itupun dalam cahaya romantik kerana bila buka lampu kalimantang, anakanda solehah memanjat katil dan lompat-lompat di atasnya hehe.

Sekian, coretan rinkas untuk kali ini.


Saturday, July 21, 2012

Diari Ramadhan 1433h (1)

(kenangan Ramadhan 1432h yang lalu)

1 Ramadhan 1433h


Alhamdulillah. Misi untuk berterawih di surau bersama anakanda solehah berjalan lancar malam tadi. Tahun lepas memang ummi terawih di rumah sahaja dek kerana "tidak larat" dengan keaktifan anakanda seorang itu. Tahun ni memang ummi berazam nak solat terawih di surau bersama anakanda memandangkan dia pun dah agak "mendengar kata" umminya hehe.

Sebelum ke surau, ummi berkali-kali pesan pada Kak Long Auni : Nanti duduk belakang ummi diam-diam ye. Jangan lari sana-sini. Ummi nak solat". Jawapan ringkas diberi : Okey (sambil menganggukkan kepala). Malam pertama Ramadhan memang sesak dengan jemaah terutama di saf wanita. Penuh. Ummi memutuskan untuk duduk di saf belakang dan di tepi sekali. Tujuannya supaya mudah nak keluar bila anakanda solehah "panas engin".

Masa solat Isyak, dia menunjukkan prestasi yang sangat bagus. Duduk diam di belakang ummi. Tenang rasanya hehe. Namun, bila tiba solat terawih, dia dah mula panaskan engin. Daripada gear 1 terus melonjak ke gear 4. Aduhai....Berjalan di hadapan saf, pergi ke bahagian lelaki, menyanyi, lepas tu dia ikut imam baca Al-Fatihah dengan kuat. Masa rakaat terakhir solat terawih tu dia dah mula merengek nak balik.

ummi : Sekejap aja lagi ye. Boleh ummi solat lagi 2 rakaat? 2 aje (ummi tunjuk isyarat 2)
auni : okey, 2 aje tau (senyum)


ummi bagi salam yang kedua.........


auni : ummi dah siap solat kan? jom balik
ummi : err, boleh tak ummi nak solat lagi? Sekejap aje lagi, solat witir pula
auni : aaaaaaaaaaaaaahhhhh (merengek)
ummi : alah, sekejap aje. Sekejap ye.....
auni : arghhhhhhhhhhhhhhhhh (makin deras)
ummi : okey..okey, jom tunggu tokmi ngan Cik Wa kat luar


**************************************
Kita tengok apa pula yang terjadi malam ni................


Friday, July 20, 2012

Puding Coklat Oreo

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung Teratak Mawaddah (^__^). Alhamdulillah, dapat bersua kembali. Seperti yang ummi janjikan, di sini ummi pamerkan pencuci mulut yang ummi buat. Puding Coklat Oreo. Ummi ambil resepi ni dari Kak Ummi Kuantan. Cuma, ummi olah sedikit mengikut kesesuaian anak tekak ummi hehe. Minta maaf Kak Ummi (^__^). Boleh singgah di SINI kalau nak resepi asal ye.


Bahan-bahan :-
  • 1 peket agar-agar stripe + 28gram (selalu ummi guna 30gram)
  • 12 keping biskut oreo (inti putih asingkan)
  • 7 sudu besar gula
  • 500ml air
  • 200ml susu segar Marigold (Goodday)
  • 600ml susu segar Coklat Marigold (Goodday)
Cara-cara :-
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus.
  2. Rebus agar-agar bersama 500ml air hingga larut, kemudian masukkan gula.
  3. Blander halus biskut Oreo. (Masa buat kali pertama ni, ummi tak guna blander. Ummi hancurkan guna tangan dan sudu sebab blander dah rosak huhu, sebab tu tak berapa cantik puding tu)
  4. Masukkan susu segar dan susu segar coklat ke dalam periuk. Gaul hingga sebati.
  5. Curah ke dalam acuan, tunggu hingga sejuk baru masukkan ke dalam peti.


percubaan pertama kali hehe

psst : Dalam minggu ini sahaja ummi dah buat Puding Coklat Oreo ni sebanyak 3 kali hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...