:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, August 03, 2011

Menu berbuka dan bersahur

Menu semalam :
- pati soya
- keropok lekor (jiran sebelah beri)
- air laici/keladi
- kurma
- ayam goreng 2 ketul

* abah berbuka puasa dan solat terawih di Qaryah Ramadhan
* ummi seperti biasa tak makan nasi (^_^) cuma ratah lauk-lauk sahaja

*************************************************
Sahur pagi tadi :
- sayur masak air
- ayam goreng berempah

* masih berjaya tidak makan nasi. Sebelum makan, ummi minum madu dan kopi kacip fatimah..

- kita tengok berapa lama boleh tahan tak sentuh nasi ni. Ummi jadikan Ustaz Hasrizal ikon ketika berdiet ni hehe. Ustaz berjaya kurangkan beratnya sebanyak lebih kurang 30kg dalam masa 4 bulan....

Wordless Wednesday (2)

Monday, August 01, 2011

- masak & makan -

Alhamdulillah, 1 Ramadhan selamat ditempuh untuk hari ini. Esok bagaimana pula? Kita tunggu dan lihat. Untuk berbuka petang tadi ummi tak masak apa pun. Cuma panaskan tom yam malam tadi dan goreng telur mata kerbau sebiji untuk abah. Ummi kan on diet (^_*). Petang tadi ummi kirim beli pati soya 2 dan kuih cara berlauk RM2 melalui kawan ofis ummi.

Kuih Cara Berlauk = RM2
Pati Soya (2) = RM2
Jumlah yang dibelanjakan untuk hari ini hanya RM4 sahaja.

Malam ni cadangnya nak buat sayur air. Esok tinggal perangatkan aja, tak kelam-kabut sangat. Ikan selar bolehlah digoreng/dibakar esok pagi-pagi. InsyaAllah sempat. Kalau puasa ni, ummi kurang gemar makan masakan yang berlemak macam kari, santan, gulai. Ummi lebih suka buat sup atau tom yam.


* membelek kembali koleksi resepi dalam folder di laptop (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...