:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, July 21, 2011

Terima Kasih Sahabat Mawaddah



Senarai Sahabat Mawaddah akan diedit tidak lama lagi.
Jadi hanya yang aktif memberikan komen dan berkunjung ke Teratak Mawaddah akan ummi senaraikan dalam list seperti gambar di atas.



Manakala TEGUR SAPA akan dipadam dari senarai. Cuma Sahabat Mawaddah yang ada di sini akan ummi NAIKKAN PANGKAT ke Ramah Mesra ikut giliran. Hehehe...sesuka hati ummi je, kan?

Selebihnya ummi akan BW berdasarkan Senarai Followers/Sahabat Mawaddah
mengikut giliran (^_^)
Berikan kami masa untuk ziarah anda semua ya.


* tapi, kepada mana-mana Sahabat Mawaddah yang HARI-HARI kami jenguk, diharap kehadiran kami tidak mengganggu kalian (^_^)

~ kepada Sahabat Mawaddah yang baru, bolehlah panggil ummi = ina, ummi, ummu auni, Ummi Na ya..Nama ummi bukan Mawaddah (^_^)

Bila suami jadi SURI

memasak ketika awal perkahwinan di rumah nenek Tanjong Karang (^_^)
- masa ummi pregnant 5 bulan -


ini pula ketika di rumah Tokmi Kubang Kerian
- ummi mengandung 6 bulan -

* Gambar2 di atas di ambil ketika tahun 2009


Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Salah satu sikap baik abah yang wajar ummi bangga adalah abah seorang yang suka menolong ummi membuat kerja rumah. Tengok ajalah gambar di atas tu.

Masa ummi mengandungkan auni (ummi mabuk sampai usia kandungan 5 bulan), abah mesti masak, menyapu rumah, membasuh dan mengemas. Bukan memanjakan diri ummi, tapi memang ummi betul-betul tak boleh bangun waktu tu. Berpinar-pinar je pandangan ni. Sesekali nak bermanja dengan suami, takpe kan? 3 bulan pertama sangat sukar bagi ummi. Kenapa? Sebab kami PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Abah di Timur, ummi pula di Selatan huhu. Setiap 2 minggu abah berulang alik dari KB-N9.

Sampai hari ini pun, kalau ummi letih...abah yang akan memasak. Masak nasi lah tapi hehe. Lauk pauk biasanya beli di gerai depan ofis ummi. "Abang, hari ni ina rasa tak nak masak. Boleh tak?" "Takpe, tak nak masak takpe. Abang tahu ina letih. Kita beli lauk kat kedai. Abang dah masak nasi" - siapa tak suka kalau dapat suami macam ni? Kadang-kadang abah goreng telur. (abah sebenarnya pandai masak, tapi dia tak tunjuk skill nya tu hehe). Tapi, hari RABU memang tak pernah masak sebab hari Rabu Pasar Malam. Biasanya kami beli kat pasar aja pun. Ummi memang tak makan nasi waktu malam.

Bertuah auni dapat abah macam ni kan? (^_*)

Dipendekkan cerita, penyakit ummi datang semula. Sebab itu ummi dah lama tak masak. Penyakit ni kalau datang memang payah ummi jadinya. Kena mujahadah sikit nak lawan. Penyakit apa? Penyakit MALAS = M.A.L.A.S

Sekian, terima kasih sebab sudi baca entry ummi ni....

Aku Jatuh Cinta

- sedang khusyuk menaip entry hehe -

SAYA SUKA KERJA SAYA.
I LOVE MY WORK!!

Alhamdulillah, nak masuk sebulan rupanya ummi duduk di unit baru. Seronok dan sangat enjoy dengan kerja sekarang ni. Sungguh. Ummi jatuh cinta lagi! Jatuh cinta dengan kerja di unit baru ni. So far so good. Bos ummi baik, dia selalu bantu ummi memahamkan sesuatu laporan. Memang sporting sangat bos ummi ni. Dia sempoi orangnya. Sebab usia dia dan ummi cuma beza 1 tahun je pun. Eh, ketua ummi ni perempuan ya. Haaa....ingatkan dia lelaki ye?

Saya suka kerja saya...saya suka kerja saya...saya suka kerja saya...(sebut 100x) - insyaAllah kita akan betul-betul suka dengan kerja kita tu (^_^). Pada ummi, untuk kita terbitkan rasa cinta pada kerja kita tu...pertamanya adalah kita kena tanamkan dalam diri kita ni, kita kerja Lillahi Ta'ala. Kita kerja kerana Allah. Kita suka atau tak suka dengan kerja kita (punca daripada sikap ketua/rakan sekerja/suasana tempat kerja)...tapi bila kita ingat yang kita kerja kerana Allah, pasti akan terbit rasa cinta dengan kerja tu secara otomatik.

Ummi suka dengan suasana yang mana ketua dan anak buah seperti satu tubuh. Sakit satu badan, sakitlah seluruh. Kerja berpasukan ni, jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ada give and take. Kalau kita nak diri kita dihormati oleh orang lain, kita terlebih dahulu kena ada sikap hormat kepada orang lain. Bermusyawarah sangat penting untuk mencapai kata sepakat. Janganlah ikut angin sendiri je....semua nak orang ikut cakap kita.

Eh, banyak pula ummi cerita pasal kerja ni hehe (^_^).

Okey, memandangkan GA pun dah selesai...ummi akan menulis kembali pasal kisah Auni, Teratak Mawaddah, karya ummi yang tertunggak, resepi...ops! Cakap pasal resepi ni, ummi ada satu rahsia. Mungkin ia dah tak jadi rahsia sekarang ni :p **pssstt, ummi dah hampir sebulan tak masak kat rumah. Sokmo abah je yang masak. Kenapa ummi tak masak? Ummi akan cerita di entry akan datang (^_^)

* SABAR itu INDAH

Wednesday, July 20, 2011

Moga usiamu diberkati

Atok dan nenek Auni

.: Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke-53 :.
: 20/07/1958 - 20/07/2011 :

Ucapan dan doa untuk abah :-
Semoga bertambah-tambah rahmat dan keberkatan umur kurniaan Allah kepada kita.
Semoga panjang umur dalam jagaan Allah selalu.
Maafkan yie dan ina atas segala kesalahan.

Abah....love u so much
- yie ~ ina ~ auni -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...