:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, June 07, 2011

- Jatuh Cinta Lagi -

Auni dah jatuh cinta!!

Dia telah melupakan Cik Kam.

Dia jatuh cinta pada Cik Miaw pula.

Ummi kesian dengan Cik Kam sebab ditinggalkan oleh Auni.

hi! I'm your swertheart now (^_^)

...dan ini juga...

ini pon?


*


*


*


*

Kalau balik Kubang Kerian, tak sah kalau tak tengok Cik Miaw dekat rumah jiran sebelah. Sampai nangis-nangis ajak ummi atau abah tengok Cik Miaw dia tu.

Sekarang ni asyik "miaw...miaw...ummi, miaw...miaw".
Siap panggil Cik Miaw dia tu "psst..psst...".
Tak de dah "mbekk..mbekk"


* suka sangat sebab auni pandai sayang binatang (^_^)
dia pun selalu usap semua binatang kesayangan dia tu hihi..

- Jom, sebarkan bahagia -

Sekalung tahniah untuk Pasangan Novelis
Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha
atas kelahiran bidadari yang kedua tanggal 06.06.2011

Ummi rasa ramai dah kenal pasangan novelis yang bagi ummi nampak sangat2 sehati sejiwa ni...kan? Pernah baca novel-novel karangan pasangan novelis ni?
Tautan Hati

Pemilik Cintaku Sesudah Allah dan Rasul

Syabab Musafir Kasih

Denyut Kasih Medik

Ummi sangat suka baca novel2 yang berbentuk Islamik ni. Kalau anda peminat Pasangan Novelis ni, jangan lupa ziarah mereka di blog Sebarkan Bahagia ya (^_^) Banyak sangat artikel dan tulisan tangan beliau yang bermanfaat untuk kita. Jom ziarah!!

* Fatimah Syarha merupakan kenalan ummi masa di UIA dulu.. , tapi jarang dapat berborak lama dengannya hehe....

Sunday, June 05, 2011

- Ziarah Hamzah -

Pagi tadi kami ziarah adik Hamzah (^_^). Sangat comel sebab hamzah suka senyum hehe..Kami baru berkesempatan nak tengok baby hamzah ni sebab dua hari kelmarin berada di Ayer Lanas (ada kenduri kahwin pak sedara abah)
Mohd Irsyaad Hamzah bin Mohd Asyraf
26 hari...

Auni usap hamzah...
dia marah sangat masa ummi nak pegang atau dukung hamzah...jerit pula tu

Inilah Auntie Are...ummi kepada hamzah
Auni macam kakak kepada hamzah kan?

nak pegang adik hamzah kena marah dengan auni, ummi bergambar macam ni aja lah...


* semoga baby hamzah cepat besar ya, boleh main dengan kakak auni (kesian auni take kawan nak main...)

Friday, June 03, 2011

- mengejar masa...cerita sikit je ye -

Alhamdulillah...

Masih diberi peluang untuk ummi menaip sepatah dua dalam Teratak Mawaddah ni. 4 hari menyepi tanpa sebarang notis pemberitahuan, kini ummi kembali semula. Apa sekalipun, doakan kesihatan ummi kembali pulih dan yang penting ummi ceria (^_^).

Di kesempatan ni ummi nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua saudara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga yang bakal dan telah melangsungkan perkahwinan ya. Al-maklum lah, cuti sekolah ni ramailah yang nak mendirikan masjid kan? Teratak Mawaddah pun penuh dengan jemputan kenduri.

Juga, tahniah untuk sahabat kami Mohd Asyraf dan Siti Akhmal yang telah dikurniakan seorang putera bulan lepas (dah lambat ni...). Muhammad Irsyaad Hamzah, semoga besar nanti menjadi anak soleh penyejuk hati ummi dan walid ya nak.

** esok kenduri di Ayer Lanas....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...