:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, June 14, 2010

- Sanah Helwa ya Aisyah -


Sebelum Ummi Na sambung kisah destinasi yang kurindu, sukacitanya Ummi Na nak maklumkan hari ini 14 Jun 2010 merupakan ulangtahun kelahiran anakanda yang dikasihi Aisyah Humaira' bt Mohd Nurul Hisyam yang ke-2. Cucu sulung sebelah Abah Yie ni memang comel sangat. Wah, Kakak Aisyah dah besar rupanya. Sekejap sangat masa berlalu, dah 2 tahun umur Kakak Aisyah.

Ayah Ngah, Mak Ngah dan Auni doakan semoga Kakak Aisyah membesar dengan sohat, ceria, gembira di samping Ayah, Ibu dan Adik Nafi'. Jadi anak yang baik dan kakak yang bertanggungjawab ye, sayang! Mak Ngah rindu sangat dekat Aisyah ni (^_^)

Saturday, June 12, 2010

- Destinasi yang kurindu (2) -

Esok pagi (Sabtu), lepas je sarapan kami bertolak pulang ke Tanjong Karang. Sebetulnya, sepupu Ummi Na kahwin. Dia nikah malam sebelum tu, kenduri pulak keesokan harinya. Perjalanan nak ke Tanjong Karang tu makan masa lebih kurang 1 jam 1/2.

1) auni ada laptop hehehe
2) WAJIB bergambar sebelum bertolak...
3) auni vs ummi...sape poyo?
4) ehem2...abah senyum sokmo

Auni memang tak nak duk ngan sape-sape pun masa kat sana. Kalau sape-sape pegang, mesti dia nangis kecuali ummi yang pegang. Kalau abah dia pegang pun, nak menangis. Kat sana pun, Ummi Na tak dapat nak tolong apa sangat. Duduk melayan kerenah Auni sampailah dia tertidur keletihan.

tengoklah ragam auni tu...

Ummi Na tak duduk lama pun atas rumah tu. Lepas pengantin datang, terus pergi rumah nenek. Mujur dekat. Ingatkan boleh rehatlah, rupa-rupanya tak juga. Auni duk main-main sampai ummi dan abah dah letih nak main dengan dia. Tapi entah macam mana, lama-lama tu dia tido juga. Fuh, lega!
Malam tu kami bertolak pulang ke Shah Alam sebab keesokan harinya nak pergi HUKM melawat makcik Abah Yie. Okey, sambung lagi citer. Nak gi makan gulai kat Pasir Mas dulu.

Friday, June 11, 2010

- Destinasi yang kurindu -

Alhamdulillah, dapat juga nak menulis dalam teratak ni. Dah banyak kali asyik tertangguh. Mujur Auni dah tido tu. Ahaa, macam biasalah kan...kali ni Ummi Na nak cerita pengalaman balik 'kampung' minggu lepas. Sekarang saya dah ada kampung, jangan jeles ye abang! Kampung Shah Alam hehehe, macam lucu je Shah Alam tu dipanggil kampung. Tak best je rasanya hihi.

Ummi Na ambil cuti rehat 2 hari, 7 & 8 Jun. Ahad tu Kelantan cuti sempena Keputeraan Agong. Kami bertolak pagi Jumaat. Rancangnya jam 7 pagi dah bertolak dari rumah. Tapi, lambat sikitlah jugak sebab Abah Yie jumpa kawan sekejap, hantar surat untuk diserahkan ke YIK. Jom tengok gambar ni dulu...

(gambar atas tu dah ceritalah kan...?)
gambar ni sebelum bertolak dan sepanjang perjalanan

Kali ni Auni tu tak nak tido sangat atas kerusi comel dia. Auni asyik nak duduk atas riba ummi. Letih juga ummi nak pangku auni. Sampai sakit perut ni sebab si comel tu asyik pijak-pijak perut ummi huhuhu. Kami berhenti rehat di RnR Gua Musang dan isi minyak kat situ. Macam biasa, makan bekalan yang dibawa dari rumah (^_^)

makan...makan...makan...

Masa kat stesen minyak tu sempatlah kami beli gula-gula buat hilangkan ngantuk. Ramai sangat orang time ni. Maklumlah, cuti sekolah semua nak balik kampung, makan angin, kenduri...Perjalanan kali ni memang sangat letih. Masa ni kami jamak ta'khir. Adui, masa kat Ampang jalan memang sesak teruk. Sangat2 teruk sebab dah nak sampai rumah pun masih jem. Selalunya jalan dekat dengan rumah Ummi Na tu taklah jem, entah kenapa hari tu jem teruk huhuhu. Kebetulan Auni 'buang air besar' huhuhu. Menangis-nangis dia. Manalah nak cari stesen minyak tengah-tengah highway tu? Adoilaaa....

Sampai rumah lebih kurang nak pukul 6 gitu. Sampai-sampai je terus mak ambil Auni dan mandikan dia. Dahlah Auni tu jarang sangat jumpa mak, nangislah dia. Sabar ajalah...Mujurlah malam tu dia tido lena juga. Letih sangat sebab hampir 10 jam dalam kereta. Sepatutnya nak balik kampong sekali dengan mak malam tu, tapi mak suruh balik esok aja. Mujur juga, kalau tak mesti Auni ngamuk lagi. Dahlah Abah Yie letih memandu sorang-sorang dia hehehe.

Okey...bersambung lagi............................

Wednesday, June 02, 2010

- lamanya -

Alhamdulillah...

Lama sangat rasanya tak update Teratak Mawaddah ni. Hari-hari memang singgah, tapi tak berkesempatan nak mengemaskini teratak ni huhu. Banyak sangat perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni...

Minggu lepas Ummi Na dapat cuti sakit 2 hari. Kes batuk kuat yang agak lama dulu tu lah. Demam panas pon iye. Makan ubat yang doktor bagi, makan madu, air zam zam...agak lama baru sembuh. Ummi Na risau kalau-kalau sakit 'lain' (selain batuk...). Malam-malam yang paling tak tahan. Batuk tak henti-henti huhuhu. Peritnya tekak ni...beberapa hari pastu baru sembuh. Alhamdulillah. (auni pon sama batuk masa ni...)

InsyaAllah esok nak gi Pasar Siti Khadijah. Nak beli keropok, dodol, asam dan coklat untuk orang-orang Tanjong Karang. Eh, Tanjong Karang?? Ha, jangan tak tahu...insyaAllah kami akan pulang ke Selangor hari Jumaat ni (04/06/2010). Bertolak pagi, lepas Subuh gitulah. Kami pulang ni sebab Abah Yie takde kelas masa ni. Kebetulan sepupu Ummi Na (sebelah emak) nikah :) Alhamdulillah, bolehla jumpa sanak-sedare ni. Lama sangat tak jumpa sejak Ummi Na kahwin hari tu. Walaupun adalah dua-tiga kali balik Selangor, tapi tak berkesempatan jumpa semua sedare-mare pon. Mesti seronok balik kali ni sebabnya, Auni dapatlah kenal-kenal ngan sedare-mare umminya ni...


** Auni sekarang dah pandai nak duduk rasanya. Gayanya tu, macam orang dah besar je hihihi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...