:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, December 26, 2009

- tengok jelah -



Kali ni kita tengok gambar-gambar masa kami ke rumah mak sedare. Yang seronoknya Auni dah start pakai tudung. Cik Ewa dialah tu yang pakaikan. Comel sungguh.


Comelnya Auni ni. Belajar pakai tudung dah ni...

Bertiga di sudut ruang tamu rumah Sue

Sehati sejiwa...

Bersama umi

Friday, December 25, 2009

Family Day RISDA (It's the final countdown...)

Salam to all of you...

Alhamdulillah, masih dapat berjumpa lagi dengan hari Jumaat. Dan semoga akan terus berjumpa lagi dengan Jumaat akan datang. Semalam agak relaks sikit kat opis. Sebabnya...esok Family Day. Tak sabar pulak nak gi Family Day ni...1 st time kat Klate ni hehehe. Semalam sempatlah Ummi Na tolong susun hadiah kat dewan opis tu. Banyak sungguh lah hadiah tu.

Kiranya hadiah yang PASTI semua staff dapat ada dua. Pertama tu memang sure semua dapat, sebab hadiahnya sama je...iaitu MAKANAN RINGAN. hehehe. Kedua pula, semua staff yang hadir PASTI akan dapat hadiah, naum kali ini mereka akan cabut undi untuk menentukan hadiah manakah yang bakal mereka dapat. Macam-macam ada, antaranya periuk, pinggan-mangkook, kipas angin, rak buku, pembakar roti, handset pon ada. Macam-macam lagilah. Akhir sekali, Grand Prize iaitu TV 29 inci. Fuh, syoknya kalau Ummi Na dapat hadiah ni hehehe.

Jom tengok gambar-gambar ni...


Deretan tupperware yang mana isinya adalah kacang, coklat, biskut, jelly dan gula-gula. Makanan ringanlah kiranya...budak-budak mesti suka

1st time tengok hamper ni, ingatkan untuk cabutan bertua...rupanya nak bagi kat orang lain. Huhuhu...meriah sungguh isi dalam tu..

Bergambar sekejap kat sebelah ni...

Semua barang terasa nak bawak balik...

Sedang menyusun nombor untuk ditepek pada hadiah-hadiah tersebut..

Nampak tu...macam-macam ado...

Ni lagi antara hadiah yang akan diberi...

Wow...apa isi hadiah ni agaknya eh?

** hadiah impianku : rak buku, pembakar roti, tv 29 inci (^_^)

Wednesday, December 16, 2009

- cerita Disember -

Salam...

Okey,seperti yang dijanjikan Ummi Na akan bagitahu beberapa cerita ya? Lamanya tak buang sawang dalam teratak ni huhuhu :( Mujur Abah Yie balik awal, dapatlah guna broadband ni. Kalau tak, camana saya nak masuk teratak, kan? Iyolah tuuu....Banyak nak cerita, sampai tak tau nak cerita dari mana :) Apa kata kita baca sama-sama cerita-cerita ni...

1- Nafie' bin Mohd Nurul Hisyam


Nama : Nafie'
Tarikh Lahir : 08/12/2009 @ Selasa @ 6.00 pagi
Tempat Lahir : Mesir
Berat : 3.0 kg
Nama Bapa : Mohd Nurul Hisyam b. Mohamed
Nama Ibu : Fatimah Az Zahra bt, Abdul Rahman
Nama Kakak : Aisyah Humaira
Bil. Adik Beradik : Anak ke-2 daripada 2 beradik

Yaa...siapakah Nafie'? Inilah buah cinta kedua abang long dan kak long kami di Mesir tu :) Jadinya, Nafie' ni adik Aisyah lah...ala, Aisyah Humaira' yang Ummi Na ada cerita dulu tu. Seronoknya Kakak Aisyah ada adik baru yeyeye. Semoga Kakak Aisyah menjadi seorang kakak yang baik lagi bertanggungjawab ya! Tahniah juga kepada Abang Long dan Kak Long di atas kelahiran buah cinta yang kedua.

Kakak Aisyah dah ada adik Nafie' , jangan pula lupa kat adik Auni ye! (^_~)


dulu berdua, kemudian bertiga, kini berempat...coming soon, berenam (anak kembar) kot hehehe

*****************************************************************

2- Ulangtahun Kelahiran ke-52

Tarikh keramat 10/12/2009 yang lalu, genaplah 52 tahun usia insan tersayang dalam hidup kami khususnya Ummi Na adik beradik. Siapa? Tentulah insan yang banyak berjasa kepada kami adik-beradik, iaitu emak tercinta Siti Saadah bt Sabilan. Isk...isk...isk, Ummi Na tak dapat nak meraikan bersama hari lahir emak. Mujur abang sulung bersama adik-adik yang lain meraikan hari yang begitu bermakna dalam hidup emak dan kami. Sedap betul diorang tu makan. Nak tahu apa? Jom tengok...Ops! Lupa pulak. Gambar makanan tu tak transfer masuk dalam laptop lagi lah...Apa kata next time ajalah ya?


inilah emak tersayang...yang sebelah tu sape ye? (buat-buat tak kenal pulak...)

*****************************************************************

3- Walimah Pu'ah & Nordin

Tahniah untuk sahabat kami, Masyfu'ah bt Mokhtar dan suaminya kerana selamat mendirikan mahligai kasih pada 12/12/2009 yang lalu. Kami tak dapat nak hadir ke walimah beliau. Masa tu Abah Yie masih di Kedah. Pu'ah ni kawan kami kat UIA dulu. Ummi Na tak berapa kenal suami Pu'ah ni. Macam tak acilah Ummi Na ni...masa walimah Ummi Na dulu, Pu'ah datang ke Shah Alam. Tapi bila giliran Pu'ah mendirikan masjid, Ummi Na pula tak pergi huhuhu. Maaf ye Pu'ah.


Gambar ni "pinjam" dari facebook hehehe

Habis dah 3 cerita terkini sepanjang bulan Disember ni. TAPI...(ada tapi tu). Ada lagi 2 cerita yang bakal dan akan berlaku hujung bulan 12 ni. Apa dia? Salah satunya adalah Family Day RISDA di D'Bali Motivation & Training Centre yang akan diadakan pada 26/12/2009 akan datang. Wah, tak sabarnya nak pergi. Hopefully best lah sebab semua staff yang pergi akan dapat hadiah besar. Apakah itu?? Suspen sungguh.......... Okeylah, selamat malam. Jumpa lagilah di masa akan datang...salam.

* Final Countdown...20/12/2009 > I LOVE YOU ... my "abang"

- Countdown -

Countdown?


1- Apa?


2- Bila?


3- Di mana?


4-Kenapa?


5-Bagaimana?


~ Semuanya akan kami jawab...nantikan (^_~) uii, suspennya!!


*** Selamat datang adik Nafie' bin Mohd Nurul Hisyam ke Teratak Mawaddah. Siapa Nafie'? Nantikan juga jawapannya akan datang hehehehe.............
*** Pasni nak cerita lebih kurang 5 cerita...tunggu ya!
Psstt : Abang, sila jangan "ganggu" ina masa hari Jumaat dan Sabtu ni. Nak update blog tau - pesan awal2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...