:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, December 08, 2009

- Auni lagi... -

Ops, sebelum tu sambung sket penulisan ni (^_^)
Ummi Na nak ucap tahniah kat kawan Ummi Na, Nor Azlina dan suaminya di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 04/12/09 baru-baru ni. Nama baby mereka, sama dengan nama Auni. Namanya NUR AUNI QISTINA. Wahh, Auni kami ada kawan lah yang nama sama dengan dia :) Pasni nak panggil apa ye kat anak kak lina tu? Auni juga ke? Atau Qisy? (Qisy - panggilan untuk anak abang amin dan kak ina pulak...) Ingatkan anak kak lina kembar. Hari tu kecoh sekejap, heboh diorang cakap kak lina ni mengandung kembar. Alih-alih, seorang rupanya. Apa pon, tahniahlah ye!!
Okeylah...stop sini dulu. Jumpa lagi....
** Kak Long ku dah ada tanda-tanda nak bersalin. Yeyeye, Mak Ngah (Ummi Na) dah nak dapat anak sedara baru...yang kedua (^_^)

- Permisi -

Salam semua...
Dimaklumkan untuk kesekian kalinya, Teratak Mawaddah ini akan bersawang kira-kira dua minggu lamanya. Waaa, penuhlan teratakku dengan sawang ni huhuhu. Bukannya apa, laptop dan broadband telah dibawa ke Kedah oleh Abah Yie. Dua minggu di Kedah untuk kursus DPLI. Makanya, Ummi Na tak dapat nak menghias teratak kami ni :( Ini pon taip kat opis kejap.
Pastinya, kami akan kembali semula ke teratak kami pada 19/12/09...insyaAllah. Esoknya 20/12/09 adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh Ummi Na pastinya! Apa dia? Rahsia......................

Tuesday, December 01, 2009

- Ketenanganku yang berharga ( II ) -


Beberapa jam selepas dilahirkan


Alhamdulillah..Auni sudah semakin sihat, ceria dan aktif...kalau dulu Auni buat tak tahu je. Tapi sekarang ni Auni dah mula senyum, ketawa dan ajak kita berbual. Usia Auni menginjak ke 3 bulan.Seronok rasanya bila tengok Auni ketawa dan senyum. Balik aja dari kerja, memang 100% rasa letih tu hilang bila tengok Auni. Kalau kat opis tu, memang Ummi Na selalu teringatkan dia, sampaikan kadang-kadang tu rasa lambat pula masa berlalu. Tak sabar nak balik, peluk dan cium pipi Auni yang semakin berisi hehehe.

Imbau kembali antara sms yang kami terima sewaktu kelahiran Auni dahulu...

1) Alhamdulillah.slamat menjadi seorang abah n umi yg tbaik (^_~. title abah yie n umi na jd realiti.alhamdulillah (ewa, 29/08/09 12:10 p.m)

2) Slm,ina,yi.apa khbr?cmne keadaan ina skrg? masih d hosptal @ dh blk rumah?baby ok?brape kg?kmi doakn smg smuanya sht dn slmt.maaf kmi tiada dsana utk mbantu..slm (abg long & kak long, 30/08/09 11:51 a.m)

3) Alhamdulillah, TAHNIAH utk ina,suami & skluarga d ats khdiran org baru...im hepy 4 both of u..smga khadiran baby tsayang mceriakn lg rmhtgga kalian..ALLAH bless..ameen..slm syg (jie, 30/08/09 9:06 a.m)

4) Alhamdulillah. Allahumma faqqihha fiddin, waa'llimha ta'wil (haikal, 30/08/09 9:35 a.m)

5) Mubarakah ya umma jadidah..la'allaki tahta ri'ayatillah abadan..sronoknya ada baby..jaga elok2 ye biar comel mcm abi n umminya :) (hanilah, 01/09/09 6:20 a.m)

Semua sma ni Ummi Na masih simpan dalam kotak inbox henset Ummi Na bersama beberapa sms ucapan tahniah sempena kehadiran orang baru. Apakata kita tengok gambar-gambar terbaru Auni...jom!

Siapalah yang tak geram dengan si comel yang tembam ni? Geramnya!!!

Gaya Auni yang boring tunggu abah lama sangat bayar bil telefon...

Evergreen..wow, cantik sungguh baju hijau ni. Hadiah dari Tok Ba...

Auni banyak sangat baju warna pink. Tapi, kebanyakan baju pink tu hadiah daripada orang.

Bergaya dengan baju pemberian Tok Sue (^_^)

Auni pon dah pandai merajuk sekarang ni. Bila dia minum susu botol, kalau Ummi Na tarik puting tu sekejap sebab nak lap mulut dia yang penuh dengan susu, mulalah dia menangis dan mengamuk. Ummi Na masukkan semula puting botol tu kat mulut Auni, dia tak nak. Malah dia muntahkan semula susu yang masuk dalam mulut dia tu. Tak tahan dengan jeritan Auni yang kuat tu, Ummi Na beri susu badan. Dia terus diam, malah tidur dengan lena.

Erm, itulah kisah kali ini. Bersambung lagi pada masa akan datang...wassalam

** asalnya Ummi Na minta Abah Yie yang tulis cerita pasal Auni. Tapi tak sabar punya pasal, maka "saya" lah taip sendiri...laju sungguh hehehe
*** tetiba teringat kak long di mesir. Bila agaknya baby baru nak lahir?

- Walimah 2 mempelai -

Salam to all of you..

Wah, lamanya tak update blog ni :p. Agak sibuk sket sejak akhir-akhir ni. Sibuk "melayan" kerenah Auni yang semakin suka dan kuat menangis hehehe. Orang tua cakap kalau bayi kuat menangis, itu tandanya dia nak besar cepat. Iye ke? Agaknya kot...

Erm, kalau dua minggu lepas kami ke walimah Hanafi dan Rasidah, minggu lepas pula (29/11/09) kami ke walimah dua pasangan mempelai yang memang sama cantik dan sama padan ini. Siapkah mereka? Jeng..jeng..jeng...

Ops, sebelum tu tengoklah dulu gambar-gambar kami ni...

inilah hadiah yang kami nak bagi kat mempelai

Auni bergambar dengan ummi sebelum bertolak

tertidur di pangkuan Auntie Akmal (^_^)

Ummi Na dan Abah Yie bertolak dari rumah dengan Uncle Asy dan Auntie Akmal. Fuh, masa hari tu punyalah jalan jem teruk. Cuaca pula panas terik. Kesian Auni, menangis-nangis dalam kereta. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 tengahari, tapi sampai kat rumah pengantin agak lewat dari jangkaan. Pening Ummi Na dan Auntie Akmal dalam kereta tu. Mana taknya, panas yang teramat sangat.

Rumah pertama kami pergi adalah rumah Zulkifli Che Hussin. Dia ni kawan kami masa kat UIA dulu. Sama kos dengan Ummi Na, Bahasa Arab. Ummi Na lupa nama isteri Zulkifli ni. Sorry ye...hehehe. Kalau tak silap Ummi Na, mereka sekarang mengajar di Sarawak.

inilah pasangan mempelai Zulkifli + ..................?

Pastu kami ke Pasir Mas, menghadiri walimah Mior Isfandy dan Nor Azuni. Hah, pasangan kedua ni sama-sama belajar di UIA, satu batch dengan kami. Memang "kamcing" sangat pon hehehe. Kat sana jumpalah pula dengan kawan-kawan lama kami. Yang lucu pula, masa balik tu tayar kereta salah seorang kawan kami ni masuk longkang. Mujur ada ramai kawan-kawan yang turun padang bantu keluarkan tayar kereta tu.

Pasangan Mior Isfandy & Nor Azuni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...