:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, October 26, 2009

- Auni kembali -

Salam to all of you...

Wah, dah lama Auni sekeluarga tak update Teratak Mawaddah ni. Mesti semua tertanya-tanya mana Auni pergi, kan? Rindunya Auni kat Teratak Mawaddah ni :) Erm, Auni tak nak cerita banyak2 lah...sebabnya sekarang ni Auni rasa letih hehehe.

Sebenarnya Auni balik Shah Alam (rumah atok & nenek). Banyak sangat cerita menarik kat sana. Auni dapat jumpa family Shah Alam, atok-nenek sedara, sepupu2 Auni...bestnya. Ummi, bila lagi kita nak balik Shah Alam? Auni nak main dengan Sarah laa...

Masa kat Shah Alam, Auni dapat banyak hadiah. Mama Ya bagi baju pink, kasut dan barangan mandian :) Meksu bagi beg, Acik Jun pun sama bagi beg fiffy, Acik Zura pula bagi baju warna pink. Tapi sayangnya, Auni tak dapat jumpa Acik Nor dan Acik Zul :(

Apa kata kita tengok gambar2 ni aja? Jom...


gambar family Shah Alam masa raya baru2 ni
insyaAllah...tahun depan adalah gambar kami bertiga

Abah Auni konvo tau...sayangnya Auni tak dapat ikut
(ummi ni tak acilah...tak nak masukkan gambar2 dengan sedara-mara yang lain)

Wah...tak percayanya. Auni semakin tembamlah...hehehe. Comel tak macam ni?

Waaa...Auni sedihlah. Kakak Aisyah dah balik Mesir, Auni tak sempat jumpa Kakak Aisyah, Ayah Long dan Mak Long. Rindunya dengan Kak Aisyah :) Bilalah Kakak Aisyah nak balik sini semula? Tak sabar nak main dengan Kak Aisyah dan adik Kak Aisyah nanti.

nilah Kak Aisyah yang Auni sayang...

baju ni Mama Ya bagi...topi pulak hadiah dari abah dan ummi

Wednesday, October 07, 2009

- menggamit memori -

selepas akad nikah di Shah Alam

Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih-sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
kerana kau isteriku


Romantika di Sudara Beach Resort

Wah, feeling sungguh bila dengar lagu Kopratasa ni. Lagu ni memang betul-betul menggamit memori lalu. Nak tahu? Inilah lagu kegemaran Ummi Na. Lagi ini khas untuk Ummi Na sebenarnya (pas kahwin lah...) Terharu sungguh bila dengar Abah Yie nyanyikan hehehe...

Kali ni saje nak letak gambar2 yang kat atas tu. Walaupon belum sampai anniversary kami lagi, tapi Ummi Na suka. Tiba-tibalah pula malam semalam nak buat suprise untuk husband. Ni dia tak tahu lagi posting terbaru Ummi Na. Pas dah siap ni, suruh dia baca malam nanti hehehe.

Sebenarnya, angka 2 banyak memainkan peranan dalam hidup kami. Tak dirancang, tapi mungkin satu kebetulan. Nak tahu apa dia?

1- Kami berDUA adalah anak ke-2 dalam keluarga
2- Kami berDUA lahir pada bulan 2, Ummi Na 09/02/1984 dan Abah Yie 15/02/1984 (juga dua-dua tahun yang sama)
3- Kami berDUA ada 2 orang adik-beradik perempuan
4- Mak kami berDUA sama-sama cikgu
5- Rumah kami berDUA lebih kurang sama : Taman Desa Paduka & Taman Desa Kemuning
6- Kami berDUA belajar di UIA
7- Kami berkahwin pada 20/12/2008 dan Auni lahir pada 29/08/2009 (tak cukup bulan...)

Hehe, itu je. Ada lagi yang lain, tapi macam dah lupalah pulak. Nanti kalau ingat, Ummi Na tambah okey. Erm, itu aja nak bagitahu pon.....

* Abang, silalah pasang lagu kumpulan Kopratasa ni selalu ye....macam dah lupa je tu

Tuesday, October 06, 2009

- banyak cerita = cerita banyak -

keterangan :
1- inilah ikan haruan yang baru nak dibakar
2- sayur sawi ni dah siap masak...(umi yang masakkan ;p)
3- yang sedap ni namanya "kek gulung" (iye ke?)
4- ubat kahak Auni punya...
5- sodapnya air susu ni...jenama Anmum :)

Salam to all of you...
Kali ni Ummi Na saje nak letak gambar2 ni. Nampak sedap je kan semua tu? Memang sedap pun. Ummi Na akan story sket berkenaan gambar2 ni...okey? Sila baca dengan telitilah ye...

1. IKAN HARUAN
Ikan ni selalunya ramai yang tokleh makan kan? Especially orang yang bersalin. Entahlah, mungkin sebab rasanya...atau sebab ikan ni bau hanyir? Ummi Na makan tau...selalunya ikan ni dibakar atau dibuat sup. 2 pilihan ni jelah yang ada pon. Tapi sangatlah sedap jika dibuat sup. Masa awal2 after bersalin dulu, umi yang tolong masakkan. Tapi lama-lama Ummi Na masaklah sendiri...takkan nak suruh mertua kita masakkan,kan? Macam manalah nak dapat gelaran "menantu mithali" kalau bakar ikan pon nak suruh umi masak? hehehe

2. SAYUR SAWI
Hah...mujur Ummi Na makan semua jenis sayur. Sawi, labu, lobak, kangkung, peria (wah, lama x makan peria ni...), petola, kobis dan sebagainya. Memang bsgus untuk kesihatan dan kecantikan kita ni...Lepas bersalin ni lagilah berselera Ummi Na makan. Selalunya sawi ni Ummi Na masak "air" je. Tumbukkan bawang putih dan lada hitam je dah cukup. Tak perlu letak ikan bilis...fuh, sedapnya. (pagi tadi sekali laginya umi tolong masak sayur ni hehehe)

3. KEK GULUNG
Actually, Ummi Na terliur sangat nak makan kek dari Secret Recipe tu :) Ntah, tiba-tiba masa balik dari klinik semalam rasa macam nak makan kek. Terliur sangat kek coklat tu...huhuhu. Tapi kedai tu dah terlepas. Mujur ada kedai roti dan kek, kami singgah beli. Sebenarnya kan, mana boleh makan kek. Bukan ke ada telur? Telur tu kan gatal...dahlah Ummi Na ni operate. Camana tu? Tapi dah terliur sangat, makan jelah sikit hehehe. Ni kalau umi tahu, habislah....alamak!!!

4. UBAT KAHAK
Sebenarnya Ummi Na perasan yang Auni nampak macam susah nak bernafas tiga-empat hari ni. Bila hisap susu tu, nampak macam termengah-mengah dan tercungap-cungap juga. Risau betul ummi dia ni. Kadang nampak macam hidung tersumbat, kadang tu nampak macam ada kahak kat kerongkong dia. So, petang semalam kami pi Klinik Mardhiah, klinik yang Ummi Na selalu pergi. Memang benar tekaan Ummi Na, ada sedikit kahak di kerongkong Auni. So, doktor Asliza tu bagi ubat kahak untuk Auni. Masalahnya punyalah payah si Auni nak minum. Dia muntahkan semula ubat tu. Adoila...habis baju dia kena ubat. Camana ni, bila nak keluar kahak tu ye?

5. SUSU ANMUM
Inilah susu yang Ummi Na minum setiap pagi dan malam. Kalau masa mengandung dulu minum Anmum Materna. Sekarang after bersalin minum Anmum Lacta (khas untuk ibu yang menyusukan anak). Selain susu Anmum, Ummi Na minum susu kambing jenama HR. Kadang tu minum madu dengan air suam, juga makan Pati Gamat Plus. Juga yang paling penting Jus Oren jenama Marigold atau Sunkist. Fuh, banyaknye saya minum sampaikan air masak pon minum kurang sangat-sangat hehehe

Okeylah...ini je yang nak dicerita kali ni. Nanti sambung semula. Bye...

** Auni nangis tu masa ummi nya sedang menaip, mujur ada Ayah Long dia yang baik hati mendodoikan Auni. Thanks Ayah Long (^_^)

Monday, October 05, 2009

- Alahai makcik cun -

Al-kisahnya begini...Ummi Na buka e-mail pagi tadi. Wah, ada mesej baru daripada my auntie :) suka beno kalau dapat mesej daripada auntie yang seorang ni. Sempoi je....

Ummi Na nya..

Nih nk pesan utk skian2 kali nya..

1. byk kn rehat..
2. xyah buat keja2 sgt..

tu je lah..

ummi na tuu branak cara belah..jd kena jaga bebetul..org branak belah nii xbleh buat keja berat2...pulak tuu masih dlm pantang..
menyapu sampah pon sbnr nya xbleh buat..kena jaga..bahya tau..ksihatan tuu kena d jaga..umur masih muda belia lg tuh..jaga jgn x jaga..

hari tu dah pesan..hari ni dah pesan.. bpesan2an k..

waaahhh..baiknya tokmah...tokmah ni nk ummi na sihat dan rasa selesa je ..ok?

babaiiiiiiiiiiiii.............

Adakah kalian benar2 faham akan mesej yang tok mah nak sampaikan? hehehe...tok mah tu panggilan dari Auni untuk dia..manakala Ummi Na dan Abah Yie panggil "cik mah" (takkan nak panggil Nek Mah) macam x sesuailah....Ni makcik cun yang perasan diri dia cun. (Tapi memang cun, cuma cun lagi orang yang menulis ni hehehe) Jangan marah cik mah ;p

Sejak Ummi Na mengandung lagi, cik mah ni memang betul2 concern akan diri Ummi Na. Ada je pesanan yang dititipkan setiap kali kitorang "ber e-mail" ni. Jaga kandungan, baca Al-Quran, minum soya, jangan buat kerja berat2, banyakkan rehat dan sebagainya. After bersalin ni pon, dia titipkan lagi pesanan. Buktinya? Tu, yang kat atas tu...

Wah, cik mah. I benar2 terharulah dengan mesej2 you ni :) terasa sangat diri i ni disayangi oleh seseorang :) ceywahhh. Ummi Na memang macam ni bila b'cakap dengan makcik cun. I-You saje...

Erm, kali ni saje nak citer tentang makcik cun ni. Ni kalau dia baca, entah apalah pulak komen dia ni hehehe. Okey, nak balas e-mail kawan-kawan yang lain pulak.


Cik Mah bersama anak sedaranya.
* siapa itu??

Ummi Na bersama makcik cun


** Cik Mah,...femeslah tu masuk dalam blog i nih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...