Alhamdulillah. Baru berkesempatan menulis dengan rasa senang hati di blog TM ni. Letih berjalan masa CNY baru-baru ini masih lagi terasa. Seronok sangat dapat pulang ke Shah Alam berkumpul bersama keluarga dan sanak-saudara. Episod cuti kali ini akan mengambil beberapa episod hehe (macam drama lah pula). Sila lah baca kisah kami sekeluarga bercuti baru-baru ini ya.
09/02/2013 baru-baru ini kami bertiga bertolak ke Rompin. Kami menginap di 2 buah homestay. Rombongan kali ini ada 3 keluarga besar. Keluarga atok babah, keluarga adik abah dan keluarga adik emak ummi. Rombongan kami membawa hajat besar, ingin meminang Puteri Rompin (",) Ummi, abah dan auni bertolak dari Bera (rumah Pak Long & Mak Long). Kmai berjumpa di Bandar Muadzam Shah, terus menghala ke Rompin. Memang seronok
Makan tengahari dan petang di Masjid Bandar Muadzam Shah. Seronok makan ramai-ramai sebab wakaf tu punyalah besar. Memang muat kami semua duduk atas tu hihi. Selepas makan dan solat, kami sambung perjalanan lagi menuju ke Rompin. Tengoklah tu, suka benar Auni bila dapat jumpa pak sedaranya hehe.
Kami menginap di 2 buah homestay. Cuma homestay tu tak lah dekat, jarak jauh sikit je. Malam tu kami pakat makan di tepi pantai. Grrr, kesejukan tu. Angin memang kuat, rasa nak tercabut tudung yang ummi pakai dek kencangnya angin hehe. Makanan, bolehlah. Alhamdulillah, kira bolehlah buat alas perut =_=
Esok paginya, kami konvoi beramai-ramai meminang Puteri Gunung Ledang hehe. In shaa Allah hujung bulan April ni ummi bakal terima adik ipar yang baru pula. Bertambahlah menantu Wak Moh ni hehe dan semakin berkembanglah keluarga kami. Oh, sangat excited ye sebab tak lama lagi ummi nak dapat anak buah baru. Pertama kali nak bergelar mak sedara ni hihi. Adik ipar ummi (Acik Ayu) dah pregnant, in shaa Allah masa puasa baby akan keluar. Doakan...
Ini pula wajah-wajah anakanda solehah dalam kereta. Mula-mula ceria, tapi bila selalu diusik oleh pakcik-pakciknya, tarik muka lah dia hehe. Tengok gambar last tu, adik ummi kata "Ju On". Sabarkan ajalah..
Bersambung...............
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)