Episod kali ni ummi nak cerita berkenaan kami menziarahi beberapa kenalan rapat ketika pulang ke Shah Alam masa CNY baru-baru ni. Episod sebelum ni ummi ada beritahu bahawa kami bermalam di rumah sahabat kami. Rumah Pak Long dan Mak Long (gelaran auni) terletak di Bera, Pahang. Memang dah lama berhajat nak ke sana. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami.
Kami sampai di Bera dekat Maghrib dah. Auni biasalah, malu-malu kucing. Asyik pegang baju ummi je. Cakap pun tak nak hehe. Tengah malam tu, punyalah aktif bermain dengan Haris dan Hanif. Badan dia pula agak panas (nak demam). Ummi dan abah masuk tidur pun dia masih bermain dengan Haris. Ceria je wajah anak-anak ni.
Keesokan harinya, Mak Long dan Pak Long belanja kami makan di Marry Brown. Plan awal, abah nak belanja kami semua sempena hari lahir ummi pada hari tersebut (09/02/2013). Tetapi Mak Long bermurah hati nak belanja kami. Alhamdulillah...semoga murah rezeki mereka sekeluarga =) Anak-anak memang seronok bermain di playground dalam tu.
Macam-macam yang dipesan. Bubur nasi, muffin pisang, nasi lemak, ayam, kentang, air....Siap bungkus bawa bekal dalam kereta hehe. Hajatnya nak duduk lama lagi di MB, tetapi kami terpaksa gerak awal ke Rompin. Balik dari MB, terus kami bersiap kemas apa yang patut. Terima kasih Mak Long dan Pak Long sekeluarga atas layanan 1st class kalian. In shaa Allah ada masa kita jumpa lagi.
Pulang dari Rompin, kami berkunjung pula ke rumah Uncle Asy dan Auntie Are yang terletak di Bangi. Ini juga salah satu rumah yang termasuk dalam list yang wajib kami terjah kali ni hehe. Memang dah lama sangat nak ke sana. Subhanallah...cantik dan kemas rumah ni. Sejuk mata memandang =) Kami dijamu dengan makanan tengahari yang dimasak oleh tuan rumah. Ayam bakar, ayam masak merah, udang, mee goreng. Apa lagi ya?
Lepas menjamu selera, kami berborak sebentar. Uncle ajak kami ke i-city, tetapi sebelum tu kami sempat buat plan baru. Alang-alang nak ke i-city, kami pula ajak mereka ziarah beberapa orang sahabat terlebih dahulu. Alhamdulillah, kata sepakat telah dicapai. Kami sepakat ke rumah Pak Wan dan Mak Wan di Gombak, kemudian ke rumah Uncle Mior dan Auntie Zuni di Shah Alam. Uncle Asy yang jadi pemandu pelancong tak bertauliah pada hari itu. Thumbs up!
Selamat tiba di rumah Pak Wan & Mak Wan selepas solat 'Asar. Hajat ingin berjumpa Pak Wan tidak kesampaian kerana ada kerja yang perlu dibereskan dahulu. Di sana, kami dijamu dengan kuew tiau goreng yang sangat sedap. Auntie Are dan adiknya sempat membeli dunkin donuts untuk dimakan beramai-ramai. Tengok Auni tu, ralit dan khusyuk penuh tawaddhu' menonton video nasyid sampaikan adik icad tenung pun dia tak perasan =p. Mak Wan, terima kasih ye atas layanan =)
Hampir Maghrib, kami undur diri kerana ingin bergegas pula ke Shah Alam. Namun sebelum itu kami singgah di Masjid UIA menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu. Sunyi je rasanya. Ramai foreigner je waktu kami tiba. Maklumlah, ramai pelajar pulang ke kampung halaman masa CNY tu. Sempat juga kami abadikan kenangan di tangga besar UIA.
Sekitar jam 8 malam, kami bergegas menuju rumah Uncle Mior dan Auntie Zuni di Shah Alam. Ya Allah, comelnya Rayyan! Sangat teruja dapat jumpa Rayyan (Rasikh Rayyan) dan kakaknya Syifa' (Syifa' Sulaym). Auni pula sempat mandi lagi di rumah adik Syifa' ya. Yes, masa untuk makan (^__^). Kami dijamu dengan S.A.T.E. Alhamdulillah kekenyangan..dah lama ummi tak makan sate. Anak-anak tak makan pun, banyak bermain. Auni dan Adik Icad main puas-puas. Adik Syifa' dan Adik Rayyan pula sangat pendiam dan pemalu. Ummi Na tak dengar lagi suara emas mereka berdua.
Untuk pengetahuan kalian, Uncle Mior dan Auntie Zuni ni kawan baik ummi dan abah ketika belajar di UIA dulu selain Pak Long, Mak Long, Uncle Asy, Pak Wan dan Mak Wan. Ummi kenal Auntie Are pun lepas dia dan Uncle Asy nikah =p Banyak lagi rumah sahabat-sahabat kami yang tak berkesempatan nak pergi. Kalau diikutkan hati, nak pergi ziarah mereka.
In shaa Allah hingga kita jumpa lagi...
Episod seterusnya : Tautan Mahabbah di Sungai Pinang.....