:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, February 03, 2012

Ajari Anakmu Solat Sedari Awal

Kebiasaannya, jika ummi solat di ruang tamu...anakanda solehah akan turut sama bersolat.
Ummi pun dah belikan dia sepasang telekung seperti dalam gambar di bawah. Dah lama beli telekung tu, tapi asyik tak berkesempatan nak tangkap gambar.

v

v

v

 Sebelum solat, kalau teringat..auni akan cepat-cepat ambil wudhu'.
Walaupun tak berapa tertib, tapi cukup membuatkan hati ummi bahagia.

Penuh khusyuk dia baca tahiyyat akhir tu :p

"Ya Allah, .....auni baik...Ya Allah...aaaa....aaa...mi, abah.....baik....siurga"
terjemahan ummi : 
"Ya Allah, jadikan Auni anak yang baik, dengar cakap ummi abah. 
Ya Allah, kasihanilah ummi abah, semoga ummi abah dan auni 
dapat masuk syurga sama-sama"

* ini doa yang ummi baca jika ummi solat dengan auni.

***********************************
  1. Ajak anak anda solat sama-sama
  2. Bentangkan sejadah anak anda di sebelah sejadah anda, dan letakkan kelengkapan solatnya sekali
  3. "Cantiknya anak ummi pakai telekung ni" beri pujian sebelum sama-sama menunaikan solat agar dia bersemangat dan rasa dihargai.
  4. Selesai solat, bacalah doa dengan kuat dan pandang muka anak anda dengan penuh kasih-sayang (kalau auni, dia malu-malu bila kita pandang dia hehe)
  5. Salam dan cium anak anda dengan penuh kasih-sayang!


3 comments:

  1. Bestnya dh ada telekung.aufa punye xde saiz lg.alhmdulillah auni dh besar leh solat same2..hihi.aufa kejap je lepas bentangkn sejadah n pakaikan tudung utk die, rukuk terus sujud tengok2 ilang dh dr sejadah .fokus kt mama die lak..hihi

    ReplyDelete
  2. cantiknya telekung auni.. kalo anis & aliya tgk mesti minta belikan.. depa punya putih jer.. ade la corak2 kat hjg2..

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...