:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, February 29, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012

untuk entry terkini, sila skrol ke bawah


24 & 25 Mac 2012
Putrajaya International Convention Center
klik SINI untuk maklumat lanjut


Antara barisan panel ialah :
  1. Prof Dr. Muhaya Mohamad
  2. Prof Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
  3. Dato' Siti Nur Bahyah Mahmood
  4. Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
  5. Dr Niki Shuhada Shukor
  6. Ummi Roses Raudhatul Sakinah
  7. Datin Zaleha Omar
  8. Dr Rubiah K. Hamzah
  9. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
  10. Catriona Norhayati Ross Bahrin
  11. Nora
  12. Irma Hasmie Ibrahim
  13. Ustazah Amie Sofie Ahmad (Juara Solehah)
  14. Ustazah Firus Akhtar Mohamad Bokhari (Juara Ustazah Pilihan)
  15. Fatimah Syarha Mohd Noordin
  16. Puan Jamilah Samian (Pengarah Parenting Terkenal)
  17. Datin Yusmira Mohd Yusof (Pengasas Yusmira)
  18. Puan Rozita Ibrahim (Pengasa Sendayu Tinggi)
  19. Dato' Azlina Hj Che Abdulla (Pengasas DCL)

Tuesday, February 28, 2012

Bapak Borek Anak Rintik


Alhamdulillah. Setiap kali masuk waktu solat, anakanda solehah akan turut menyertai kami solat berjemaah (kalau kebetulan abah ada sekali. 
Kebiasaannya abah akan ke surau/masjid).

"Ummi, amik wudhu' deh," pintanya.
"Ummi, kumur-kumur dulu," auni mengingatkan ummi bilamana ummi terus sahaja suruh dia basuh muka hehe
"Tinga (telinga) mi," katanya lagi semasa ummi basuhkan kaki auni

"Tekung adik mana?" tanya solehah ummi dan abah.
Walaupun biasanya anakanda solehah akan solat hanya separuh jalan, hati kami berbunga dan bahagia bilamana dia ingin solat sekali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
percaya atau tidak, anak kecil seusia 2 tahun 6 bulan ini 
boleh menghafal zikir hasbi robbi?

Majlis Pelancaran Bulan Dakwah dan Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan


 jom kita ke sana ramai-ramai

Monday, February 27, 2012

Berikan kami sedikit masa

mood : batuk-batuk

Ummi cuti sakit 2 hari : semalam dan hari ini. Batuk kering sejak minggu lepas ditambah pula sakit urat mata sebelah kanan. Doakan agar diberi kesihatan yang baik ya (^__^)

puteri solehah yang sering solat berjemaah "separuh jalan" bersama ummi dan abah

Kepada yang masih menanti keputusan 28th Birthday Giveaway, harap dapat bersabar ya. Ummi dan abah masih meneliti dengan setelitinya. Pening juga nak cari yang terbaik kerana semuanya terbaik bagi kami. Harap dapat berikan kami sedikit masa.

penuh khusyuk dan tawaddhu' anak dara ni solat

~ minggu ini paling kurang BW (^__^)

Friday, February 24, 2012

Senarai Muktamad 28th Birthday Giveaway

Berikut merupakan 27 orang peserta 28th Birthday Giveaway
anjuran Teratak Mawaddah :


~ sila semak nama dan nombor anda.
~ insyaAllah kami akan umumkan 3 pemenang utama, berikan kami sedikit masa
~ ops, nama yang berwarna ungu tu tiada apa-apa makna ye...harap maklum (^__^)

Tamat sudah 28th Birthday Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim.
Secara rasminya, kami menutup sebarang penyertaan 
28th Birthday Giveaway
Jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang sudi menyertai GA kedua kami
InsyaAllah kami akan update senarai peserta GA ni sedikit masa lagi
Mohon maaf juga kerana kami belum sempat menerjah beberapa 
blog atas sebab-sebab tertentu (^__^)
Berikan sedikit masa ye
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ummi dan abah teruja sangat membaca karya kalian.
Ada yang pandai mengarang pantun, sajak, seloka, syair, disertakan juga beberapa keping gambar, kek dan sebagainya. Kami sangat menghargai usaha dan penat lelah kalian.
Harap maklum bahawa, sebarang keputusan penuh nanti adalah keputusan muktamad. Hanya yang benar-benar mencuri hati kami akan menjadi 3 pemenang utama. Kami berharap, kalian berpuas hati dengan keputusan tu nanti.

Hingga jumpa lagi dalam GA yang akan datang (^__^)

Thursday, February 23, 2012

Update : 28th Birthday Giveaway

PERHATIAN :

28th Birthday Giveaway akan tamat tepat jam 11.59malam ini ya.
Masih sempat kalau ada yang nak join GA ni.
Kepada mana-mana bloggers yang ummi belum terjah, sila tunggu ya (^__^)

Terima kasih kepada yang sudi join GA kami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sesiapa yang tag ummi untuk join GA, ummi minta maaf sebab belum sempat nak join.
Maklumlah, nak uruskan teratak kami dulu.
Harap bersabar ya

28th Birthday Giveaway

entri ini melekat sehingga 23.02.2012


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan ini, kami di Teratak Mawaddah berbesar hati menjemput semua Sahabat Mawaddah menyertai GA kami yang ke-2. "28th Birthday Giveaway" diadakan sempena hari lahir ummi dan abah yang jatuh pada bulan 
Februari 1984 (mengikut tahun masihi)

SAIDA MARLINA BT MOHD MOHTAR (09.02.1984)
&
MOHD FIKRY BIN MOHAMED (15.02.1984)


Syarat penyertaan :
1- Tulis ucapan selamat sempena hari lahir kami mengikut kreativiti anda (pantun, seloka, syair dan seumpamanya). Tidak perlu panjang berjela ye :p Yang penting ringkas dan padat.
2- Tajuk GA : "28th Birthday Giveaway"
3- Letakkan banner di atas dalam entri dan sidebar blog anda
4- Menjadi followers Teratak Mawaddah
5- Bila sudah selesai, tinggalkan nama dan URL blog anda di kotak komen

Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti dan ucapan yang berjaya mencuri hati kami berdua (^__^)

Hadiah yang kami sediakan seperti berikut :

Tempat Pertama :
- 1 kotak Pad Herba Avail
- 3 peket Green Fit
- 3 peket Kopi Kacip Fatimah

Tempat Kedua :
- 1 kotak Pad Herba Avail (Pantiliner)
- 2 peket Green Fit
- 2 peket Kopi Kacip Fatimah



Tempat Ketiga :

- 1 kotak Pad Herba Avail (Pantiliner)
- 1 peket Green Fit
- 1 peket Kopi Kacip Fatimah



************************************************

GA ini berlangsung
09.02.2012 ~ 23.02.2012


~~~~~~~~~~~~~
UPDATE : Senarai peserta 28th Birthday Giveaway setakat 20/02/2012


Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday


usai solat Isya' berjemaah dengan abah
inilah hasil kerja tangan anakanda princess solehah
(^__^)

~ janganlah letak bedak andamerata-rata tempat!

Monday, February 20, 2012

Operasi Membersih Rumah

 bersepah-sepah, barang terlalu banyak sampai tak tahu nak mula dari mana

 nampak tak budak kecik tengah baring kat hujung sana tu?
Keletihan mengemas barang-barang lah tu hihih

 alamak, camana nak mula menyimpan ni? tolong...........

 ni dekat dapur. Ini semua hadiah yang ummi dan abah dapat masa berkahwin dulu.
Banyak sangat hadiah pinggan-mangkuk

satu-satunya bilik yang hampir siap mengemas.
Bilik Princess Solehah (belum masukkan rak buku dan rak baju dia lagi)
Belum tampal lagi bahan-bahan belajar dia tu

Pencinta Mi

17/02/2012


(beberapa minit yang lalu, selepas solat Maghrib....)

auni : masak nasik jom. Ummi...jom masak nasik. Jom
ummi : masak nasi?
auni : dah lapor...ummi lapar?
ummi : tak...
auni : aaaargh... adik lapar
ummi : abah kan nak beli burger
auni : tak nak burger
ummi : tak nak burger? adik nak makan apa?
auni : makan mee. nasi ado?
ummi : nasi takde, belum masak
auni : makan mee lah

~ hari-hari nak makan mee.....aduhai anak, makanlah nasi.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
19/02/2012

ummi : abah, nak makan Ayam Eddlee lah hari ni
abah : okey sayang.
ummi : adik nak makan apa?
auni : mee ado? adik nak makan mee lah
ummi : kedai ni takde mee. Makan bubur nasi nak?
auni : bubur nasik? nok.
ummi : bubur nasi 3, ayam 3, air 3 lah bang
abah : okey, itu aje?
auni : ummi, mee ado? adik nok mee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, February 17, 2012

99.9 %

Alhamdulillah.
Suka dan gembira.
Kami dah boleh mendiami teratak kami.
Kipas lampu langsir api (elektrik) semua dah ada.
Tapi..
Apa yang 99.9% tu?
Barang-barang ada lagi sedikit yang belum punggah.
InsyaAllah dalam proses menguruskan barang-barang tu.
Doakan agar dipermudahkan segala urusan kami ya.

Monday, February 13, 2012

Koleksi tudung cantik


anda mencari tudung cantik?
Jom singgah di blog Nurlieysa
(^__^)
Pelbagai koleksi tudung dengan harga yang berpatutan menanti anda.

*********************************************
singgah jangan tak singgah.

Saturday, February 11, 2012

Sayonara, Shah Alam!

 solat Subuh. Bangun awal anakanda seorang ni (^__^)

 seperti biasa, kalau nak jalan jauh kena bawa bekal. 
Pagi tu sempatlah ummi buat Telur Bingkisan Rindu

 tak dilupakan, nasi goreng sebagai sarapan pagi tu

 Setiap kali nak balik ke Kelantan, waktu inilah dia nak bermanja dengan atok nenek hehe

 apa ajelah yang tak kena dengan auni ni...

kenangan dengan nenek auni yang patah kaki :)

*****************************************
Hingga jumpa lagi!!

Baucer Diskaun Giveaway 2012 di AnamarzaBlog.com

http://www.anamarzablog.com/2012/02/baucer-diskaun-giveaway-2012-di.html

Tahukah anda Minyak Kelapa Dara punya banyak khasiat? Antara khasiat-khasiat Minyak Kelapa Dara adalah:
  1. Menyokong fungsi sistem imunisasi dan fungsi metabolik yang sihat
  2. Mengurangkan berat badan
  3. Menyediakan satu sumber tenaga yang segera
  4. Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lain-lain lemak dan Nutrien penting untuk kesihatan yang baik
  5. Memudahkan penghadaman dan penyerapan zat makanan (Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil)
  6. Membantu untuk mengawal kencing manis, Osteoporosis dan penuaan pramatang dan pengerutan kulit
  7. Melembutkan dan melicinkan kulit, mengatasi kulit berminyak,  sangat bagus untuk masalah jerawat & jeragat serta parut2 lama juga mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat (termasuk yis)
  8. Mengurangkan risiko kanser, aterosklerosis dan tanda-tanda penyakit yang lain
  9. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
  10. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Hadiah yang ditawarkan :

Makan Malam @ Teratak Emakbabah

Alhamdulillah
Kami dapat berkumpul ramai-ramai pada malam sebelum ummi abah pulang ke Kelantan. Semua ada kecuali adik ummi yang berada di UiTM Kedah. Selepas solat Maghrib ummi dan abah terus beli barang-barang nak masak (^__^)

 proses membuat koktail yang sangat simple :)


- buah laici dalam tin
- buah longan dalam tin
- buah-buahan campuran
- jelly
- susu cair
- air ais krim soda
- gula

aha..ini untuk Mi Goreng Mamak

Taraaa..percubaan pertama
Habis licin mi ni malam tu, cuma guna 2 peket mi

Domino's Pizza yang Acik Ocob beli dan belanja

yeay, kesukaan kami di Teratak Mawaddah

adik-adik yang tak sabar nak makan!

apa-apa ajalah aksi auni malam tu hihi

********************************************
saya sangattttttttttttttttttt suka bila tiba waktu makan bersama keluarga (^__^)

Friday, February 10, 2012

1 Malaysia Book Expo 2012 @ PWTC

ambil masa juga nak bercerita pasal percutian kami

Masa di Shah Alam baru-baru ni, kami sempat pergi Book Expo yang diadakan di PWTC.
01.02.2012 ~ 06.02.2012 (dah lepas dah hihi)


 Cas bateri dulu sebelum sampai di PWTC :p

 ada sudut bermain dan belajar untuk kanak-kanak di booth Perpustakaan Negara kalau tak silap

 congkak?

 sopan sungguh puteri ni bermain congkak (^__^)

 kami tak beli buku sangat kat sini, banyak jalan-jalan tengok buku adalah.
Tapi sempatlah ummi beli beberapa buah buku dan novel

Wednesday, February 08, 2012

Surprise!

Nantikan sesuatu yang sangat istimewa esok pagi (^__^)

********************************************

Wordless Wednesday - edisi patah kaki

Kenangan nenek Auni patah kaki (^__^)

Tuesday, February 07, 2012

i-city, kami datang!

 Akhirnya!
Kami (abah, ummi dan auni) sampai juga di i-city
Kami pergi dengan Acik Ocob dan Ayah Su Auni
~ auni sangat teruja tengok lampu-lampu yang menarik tu

 "Kita naik Eye On I-City," kata abah (^__^)
~ kali ni ummi tak rasa gayat masa naik benda alah ni...
rm10/orang

 Family Potrait mesti ada
~ anakanda solehah demam lagi masa ni, cuma dah kurang sedikit panasnya tu

Acik Ocob pun nak tangkap gambar?

 Auni merajuk tu hehe

 singgah sebentar nak main Bumper Car
Sangat seronok sebab kami bertiga sahaja yang main

 Pinjam Hello Kitty anakanda

berlatar belakangkan pemandangan yang sangat cantik

Seronok ke i-city?
Tepuk dada, tanya diri hehehe

Monday, February 06, 2012

Mengidam sekali lagi

 ye, memang sejak kebelakangan ni ummi mengidam nak makan itu ini..
mcam-macam hal

Baru ni masa balik Shah Alam, ummi teringin sangat nak makan Dunkin Donuts
Maka, lepas ambil adik di Taman Pertanian, kami singgah di DD
Kebetulan ada promosi hari tu, maka ummi beli 5+1 dan percuma 3 biji DD 
Yeay!

 balik, makan dengan adik-adik.
Wah, sedapnya
"Dah hilang ke?" tanya abah
"Hilang apa?" ummi tak faham kata-kata abah tu
"Hilang mengidam nak makan DD"
Ummi senyum je hehe

si kecil ni dah tak sabar nak ngap!

Sejak kebelakangan ni, ummi asyik rasa berat kepala+loya+pening
Tapi...hanya bila naik kereta sahaja. Keluar dari kereta, terus okey
Tak pelik ke tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...