:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, April 11, 2011

- berPANTANG lagi -

Assalamu'alaikum dan selamat petang (^_^)

Ummi tengah berPANTANG ni. Betul, ummi tengah berpantang macam orang lepas bersalin.

Sebenarnya adalah dalam 2 minggu lebih dah ummi berpantang. Kenapa? Ingat tak kisah yang ummi masuk hospital hari tu? Masa ummi sakit urat mata dan sakit perut? Em, sebenarnya sebelum tu lagi ummi memang ada sakit perut dan sesekali sakit di bahagian peranakan. Ummi pergi berurut satu badan, masa tu bidan tu cakap rahim ummi bengkak. Oh, patutlah ummi rasa semacam je.

Lepas keluar dari hospital, eh kejap. Sebenarnya ummi masuk hospital 2x tau. Sekali masa di Pasir Mas hari tu, dan kali kedua ummi masuk HUSM Kubang Kerian. Lepas keluar HUSM tu lah ummi mula berpantang hehe. Ummi siap beli barut berherba HPA dan Losyen Mustajab Pati Halia. Ummi pakai barut macam orang lepas bersalin tu lah (nak kecutkan rahim tu). Makan pun ummi masak rebus-rebus atau bakar je.

Hari tu ummi panggang ayam. Semalam ummi buat Ikan Selar masak kicap dan sayur air/jangan bening. Itulah makanan harian ummi. Biasanya ummi akan hiris halia nipis2 dan tumbuk lada hitam 1 sudu besar. Ummi tabur atas nasi panas, makan dengan sayur air dan ikan/ayam bakar. Sedapnya. *rasa macam baru lepas bersalin la pula...tapi baby Auni dah besar hehe.

Sayur air /* jangan bening
*orang jawa panggil jangan bening


Bahan2 :- (cara ummi masak)

- bawang putih 3 ulas (hiris nipis) (letak banyak sedap sikit)
- bawang besar 1/2 labu (hiris nipis)
- 1/2 kiub ayam
- 1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
- lobak merah (potong panjang/bulat)
- sawi / kobis (potong ikut suka hati) hehe
- 1 biji kentang (belah 6@8)

Cara-cara masak :-

1- panaskan air dalam periuk, masukkan bawang putih yang ditumbuk dengan lada hitam. (bawang putih tak perlu hancur sangat)
2- bila dah mendidih, masukkan kentang.
3- Apabila kentang hampir empuk, masukkan lobak merah dan batang sawi (ummi asingkan daun dan batang sawi tadi)
4- Kemudian masukkan kobis, sawi, bawang besar dan kiub ayam.
5- Sebelum tutup api, perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.

* Bila ummi berpantang, abah pun tumpang sekaki kena berpantang sekali hehe.

9 comments:

  1. Mak Wan doakan semoga Ummi Auni cepat sembuh. Syafaakillah!

    ReplyDelete
  2. as salam, semoga ummiNa cepat sembuh..insyaallah.

    ReplyDelete
  3. a'ah teringat halia tu mase 'berpantang'..best jugang ikan singgang ;)

    ReplyDelete
  4. syafakillah..semoga ummu auni cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua :)

    ummu muhammad : mmg sedap makan nasi panas2 dengan halia dan lada hitam. ikan singgang mmg sedap....

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah.. ^_^

    Semoga cpat smbuh dr brpantang dan dihrpkn dpt bt kerja seharian spt biasa. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. boleh slim macam ni..

    apa2 pun kakyong doakan ummi auni beransur sihat & pulih... agaknya kenapa yg rahim boleh bengkak? doktor cakap apa?

    apa2 pun selamat berpantang... jika ikut gynea kakyong dulu, dia syorkan makan obimin untuk cepatkan proses kecutkan peranakan...

    ReplyDelete
  8. dengar name pantang aduh seksa jiwe rage!! teringat mase bersalinkan razziq dulu hari2 kene makan ikan kering bakar ngan sambal lade hitam..myza bersalin operate so tak boleh bertungku ke ape kan so pantang makan je la.. tp belakang mak curik2 jugak makan ayam goreng..hehe..i follow

    http://mummymyza.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. samalah kita...operation hehe. smpai skrg ni still sakit2 pinggang belakang huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...