:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, April 29, 2011

- 1st Day at Shah Alam -

Alhamdulillah.

27/04/2011 (Rabu) kami bertolak dari Pasir Mas ke Shah Alam kira-kira jam 7.30 pagi. Cuaca okey, cerah sepanjang perjalanan. Dalam kereta, auni okey tak banyak sangat kerenah macam selalu. Mungkin sebab dia ada tempat khas untuk landing sambil menonton video dan bermain kat belakang tu hihi.

Sang Puteri yang lena beradu.
masa ni baru je bertolak, lebih kurang 1/2 jam jugalah...dah tido

aksi yang diLARANG sama sekali ketika memandu
* jangan tiru ya

seia sekata sehati sejiwa
Februarian Parents

Allahu Ahad!! Allahu Ahad!!

minat membaca sedari kecil...
* biar terbalik asal boleh

inilah sudut aktiviti auni
ummi pun tumpang sekaki menonton video nasyid tu

Suka sangat auni dengan video nasyid tu
Dalam sehari, berkali-kali dia minta dipasangkan video ni

ummi, noleh ke pakai kopiah ni?

khusyuk...khusyuk...

Fokus itu penting

Banyak kali jugalah kami singgah di stesen minyak/masjid sepanjang perjalanan. Cuma kami singgah makan di Gua Musang (ummi bakar Ayam Madu dan buat tom yam aja). Kami sampai di Shah Alam kira-kira jam 6.15 petang. Lewat juga tu sebab selalunya cuma 8 jam perjalanan.

Setakat ni kami dah belanjakan kira-kira :
- duit minyak = RM90 (minyak masih banyak hingga hari ke-3 ni)
- duit tol = RM12.40

Okey kan? Kereta kami cuma Myvi tu aja.

Hari pertama tu, kami cuma rehat-rehat balik tu. Letih. Keesokan hari baru kami keluar berjalan-jalan. Ke mana ummi dan abah bawa Auni? Ikuti episod seterusnya.............


Thursday, April 28, 2011

'asleenda 2nd Giveaway'

Ummi telah di tag oleh Kak Idah untuk GA ni. Wah, baru ummi berkesempatan nak selesaikan tugasan ni hehe. Mudah aja. Jom ramai-ramai kita join GA dari asleenda ni :) Syaratnya pun tak susah.

Tarikh tutup : 30 April 2011

Ummi nak tag : Cik As. Cik As...silalah buat ya! hehehe...

Wednesday, April 27, 2011

- Shah Alam again! -

27/04/2011

7.00 pagi : Pasir Mas ----------> Shah Alam.

Doakan semoga selamat sampai (^_^).

Sunday, April 24, 2011

- Petua mencerahkan wajah -

Petua mencerahkan kulit wajah

Bahan2 :-
- susu tepung/susu pekat
- air

Cara2 :-
- ambil sesudu susu, titiskan sedikit air (jangan terlalu likat, agak-agak cair sikit)
- lumur ke muka (macam pakai krim)
- biar hingga kering dan tegang
- basahkan jari, gosok muka seolah-olah pakai scrub
- Bilas muka hingga bersih dan lapkan muka

(pakai tiap-tiap malam pun boleh)

Tuesday, April 19, 2011

- Sekali lagi berwajah baru -

Alhamdulillah...

Rasa sedih dah hilang (^_^)

Ceria-ceria sokmo.

Teratak kami juga berwajah baru untuk kali yang ke berapa pun ummi tak tahu hehe.

Sejak dua menjak ni ummi asyik tulis pasal masak-masak kan? Erm, rasanya lepas ni ummi akan berkongsi petua pula.

Petua apa? Tunggu........

Macam-macam petua ada. Kebanyakannya ummi ambil dari nenek ummi (^_^)

Orang dolu-dolu kan "kaya" dengan petua....

Okey, hingga jumpa lagi.

Monday, April 18, 2011

- Hati Ini Telah Dilukai -

Hati ini telah dilukai...
Bukan oleh abah...apatah lagi Auni...

Tapi..
Hati ummi telah dilukai..
Oleh mereka yang sengaja mencari kesilapan ummi...
Mereka yang sengaja membesar-besarkan cerita...
Mereka yang suka menunding jari kepada orang lain...
Mereka yang selalu memandang sinis kepada ummi...
Mereka yang sering merasakan diri mereka sahaja yang betul...

Apa salah ummi??
Kerana nila setitik, rosa susu sebelanga huhuhu

*****************************************************************
* sekadar luahan rasa...nanti ummi akan padam entri ni

Sunday, April 17, 2011

- Menu ringkas -

Makan malam untuk haru ni (^_^)
Cukup ringkas, tapi sedap!
Ikan bakar, telur goreng dan sayur air je

tiap kali makan, ummi tabur lada hitam yang ditumbuk kasar.
Nampak tu, penuh dengan lada hitam.
* tak sempat nak hiris halia la....

Ikan bakar.

Bahan-bahan :
- 2 ekor ikan kembong @ se-adik beradik dengannya...

(ditumbuk)
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 sk jintan kasar
- 1/2 sk ketumbar
- 1/2 sk lada hitam

(dihiris)
- 2 helai daun limau purut
- sedikit halia

* madu (wajib dalam setiap masakan ummi hehe)
* garam/gula

- Perap semua bahan2 di atas. Bakar hingga masak.

Monday, April 11, 2011

- berPANTANG lagi -

Assalamu'alaikum dan selamat petang (^_^)

Ummi tengah berPANTANG ni. Betul, ummi tengah berpantang macam orang lepas bersalin.

Sebenarnya adalah dalam 2 minggu lebih dah ummi berpantang. Kenapa? Ingat tak kisah yang ummi masuk hospital hari tu? Masa ummi sakit urat mata dan sakit perut? Em, sebenarnya sebelum tu lagi ummi memang ada sakit perut dan sesekali sakit di bahagian peranakan. Ummi pergi berurut satu badan, masa tu bidan tu cakap rahim ummi bengkak. Oh, patutlah ummi rasa semacam je.

Lepas keluar dari hospital, eh kejap. Sebenarnya ummi masuk hospital 2x tau. Sekali masa di Pasir Mas hari tu, dan kali kedua ummi masuk HUSM Kubang Kerian. Lepas keluar HUSM tu lah ummi mula berpantang hehe. Ummi siap beli barut berherba HPA dan Losyen Mustajab Pati Halia. Ummi pakai barut macam orang lepas bersalin tu lah (nak kecutkan rahim tu). Makan pun ummi masak rebus-rebus atau bakar je.

Hari tu ummi panggang ayam. Semalam ummi buat Ikan Selar masak kicap dan sayur air/jangan bening. Itulah makanan harian ummi. Biasanya ummi akan hiris halia nipis2 dan tumbuk lada hitam 1 sudu besar. Ummi tabur atas nasi panas, makan dengan sayur air dan ikan/ayam bakar. Sedapnya. *rasa macam baru lepas bersalin la pula...tapi baby Auni dah besar hehe.

Sayur air /* jangan bening
*orang jawa panggil jangan bening


Bahan2 :- (cara ummi masak)

- bawang putih 3 ulas (hiris nipis) (letak banyak sedap sikit)
- bawang besar 1/2 labu (hiris nipis)
- 1/2 kiub ayam
- 1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
- lobak merah (potong panjang/bulat)
- sawi / kobis (potong ikut suka hati) hehe
- 1 biji kentang (belah 6@8)

Cara-cara masak :-

1- panaskan air dalam periuk, masukkan bawang putih yang ditumbuk dengan lada hitam. (bawang putih tak perlu hancur sangat)
2- bila dah mendidih, masukkan kentang.
3- Apabila kentang hampir empuk, masukkan lobak merah dan batang sawi (ummi asingkan daun dan batang sawi tadi)
4- Kemudian masukkan kobis, sawi, bawang besar dan kiub ayam.
5- Sebelum tutup api, perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.

* Bila ummi berpantang, abah pun tumpang sekaki kena berpantang sekali hehe.

Saturday, April 09, 2011

- Selamat Tinggal Cikgu (2) -

Ini sambungan "Selamat Tinggal Cikgu" ya. Maaflah dah lambat nak update. Banyak hal dan kerja yang ummi nak selesaikan dulu. Okey, jom kita tengok gambar-gambar ni dulu. Abah dapat hadiah banyak betul masa last day kat sekolah. Penuh satu kereta dia angkut hadiah-hadiah tu. * ummi tumpang merasa juga hadiah abah hehe...

macam biasa, mestilah tuan puteri yang comel ni duduk di barisan paaling hadapan, kan?
- membelek hadiah-hadiah abah, mana satu agaknya yang berkenan di hati?

hadiah yang abah terima dari guru-guru dan anak didiknya.
- terima kasih semua!!

antara kad ucapan dari anak didik abah...
- abah ni femes kat sekolah, sebabnya abah ni cikgu yang paling "halus" kat sekolah tu hehe

Ali Cafe pon abah dapat juga...
- masih ada lagi kat dapur tu...sedap!
\
frame ni buat letak gambar abah dan ummi..
- menambah koleksi bingkai gambar kat rumah tu

inilah hadiah yang abah dapat setelah disusun elok-elok
- nak kena beli almari untuk letak barang-barang ni

juga antara kad-kad "cinta" dari anak didik abah
- ini pun kena simpan buat kenangan

* terima kasih warga SMU (A) Riayatul Diniah.
- ummi memang seronok dapat berkenalan dengan semua kawan-kawan dan anak didik abah

Monday, April 04, 2011

- Tak kenal maka tak cinta -

Alhamdulillah...ummi baru selesai ziarah semua Sahabat Mawaddah. Tapi, bak kata orang..."tak kenal maka tak cinta". Ummi dan auni + abah nak "bercinta" dengan semua Sahabat Mawaddah (^_^) Dalam ertikata lain kami nak saling kenal-mengenali dengan semua Sahabat Mawaddah.

Ada antara kalian yang ummi dah kenal. Ada juga yang belum. Nama pun kadang-kadang ummi tak tahu hehe (tak patut betul). Ummi minta jasa baik semua, boleh tak beritahu ummi nama panggilan kalian dan umur kalian? Contohnya Aminah Ahmad = Minah (^_^). Senang ummi nak bahasakan bila berkomunikasi/tinggalkan jejak nanti. Kalau nak suruh ummi panggil ibu, ummi, mama, kak, makcik pon boleh...hihi. Takde masalah, tapi kalau boleh..beritahu nama penuh dan ummi perlu panggil kalian apa. Boleh kan?

Contoh :

- Auni Nafeesa bt Mohd Fikry
- Auni @ princess
- 17 bulan

** selamat berhujung minggu (^_^)
**
- SAIDA MARLINA BT MOHD MOHTAR
- ummi @ ina
- 27 tahun

- Aku dimadu? Oh, tidak! -

Poyo je tajuk atas tu kuikuikui... (^_^)

********************************
Sebelum ummi tulis sambungan "Selamat Tinggal Cikgu", mari kita lihat apa yang ummi masak semalam (^_^). Petang semalam, lepas balik kerja ummi terus perap ayam. Malas nak buat macam-macam lauk, ummi cuma panggang ayam. Abah dah tanak nasi sebelum tu. Jadi, kerja ummi lagi mudahlah :) Jom tengok apa bahan2 yang ada kat dapur ummi tu...

Ayam Madu Belahan Cintaku (^_^) - suka2 hati ummi letak nama ...

Nampak sedap...terliur nak buat lagi hehe...

Bahan2 :
- 2 ketul peha ayam (besar)
* kelar sedikit ayam tu...

Bahan A (Tumbuk lumat)
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 1 sk lada hitam
- 1 sk jintan manis
- 1 sk ketumbar

Bahan B
- 2 sb madu
- 1 sb sos tiram
- 1 sb kicap cair
- sedikit garam/serbuk perasa

Bahan C (Rebus/celur)
- lobak merah potong ikut suka hati
- sayur kobis bunga/brokoli @ apa2 sayur yang sesuai...

Cara2 :
1- Basuh ayam dan toskan airnya
2- perap ayam dengan bahan A dan bahan B (kalau perap lama lagi bagus, tapi semalam ummi nak cepat, so kejap je perap dalam sejam lah)
3- Panggang atas pemanggang sampai masak. Bila nampak agak kering, lumur bahan perap tadi dan balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
4- Sementara tu, rebus atau celur sayur-sayuran tadi. Air rebusan tu jangan dibuang, boleh digunakan untuk membuat sos lada hitam pula.

Bahan2 untuk sos lada hitam (cara ummi)
- 2 ulas bawang putih
- 1 sk lada hitam
- 2 sb SOS lada hitam
- sedikit tepung gandum
- garam/gula
- sedikit minyak

Caranya :
1- Tumis bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk tadi dengan sedikit minyak atau planta
2- masukkan sedikit air dan sos lada hitam
3- bila air mendidih, masukkan pula tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air (untuk likatkan kuah)
4- perasakan dengan garam/gula ikut suka hati ya...
5- kacau hingga kuah nampak likat (bukan terlalu likat...)
6- bila dah masak, tuang atas ayam yang dipenuhi dengan sayur-sayuran tadi (^_^)

Ummi masak ni ikut suka ummi je sukatan bahan2 nya...terpulang pada selera masing-masing lah ya.


Sunday, April 03, 2011

- Pesta Buku Kelantan 2011 -

Alhamdulillah. Tahun ni kami sekeluarga sempat meluangkan masa ke Pesta Buku Kelantan 2011 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Kali terakhir ummi pergi masa mengandungkan Auni 5bulan (2009). Memang letih berjalan seharian huhu. Terbakar lah kalori ummi ni kan..?? Tak silap ummi pesta buku ni sampai hari Isnin (04/04/2011).

seperti biasa, princess didukung oleh abah ya. Tapi lepas tu dia dibiarkan berjalan sendiri...

Nun di sana lah cintaku....oh, Pesta Buku...

memang ramai sangat orang waktu ni. Bersesak-sesaklah dalam tu...
.mujur auni tak meragam mana

ummi : adik nak buku ni ke?
auni : (berfikir.....)

auni : ummi, buku cerita ni macam okey juga...
ummi : (berfikir...)

ummi : abah, buku ni okey tak untuk auni?
abah : (angguk kepala)

Santai hujung minggu bersama keluarga....

singgah sebentar di kedai komputer. Mencari beberapa barang yang sangat2 diperlukan...
tengok anak dara ummi, dia suka baring macam tu kalau ada meja kat kedai..

inilah buku2 yang kami beli...
Thanks abah, sebab belanja ummi dan auni (^_^)

abah : Essential Physics & Essential Science
ummi : Majalah Pa&Ma & Novel Nyanyi Sunyi
auni : Buku Lughatul Jannah, Kad Imbas Jawi & Alphabet Mini Book

(kalau boleh memang nak beli lagi, tapi letih duduk dalam tu lama-lama...)

Friday, April 01, 2011

- Selamat Tinggal Cikgu (1) -

kubiarkan gambar yang "berbicara" ....












*


*


*

Alhamdulillah..
Cikgu/Sir Fikry akan bertukar ke Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin
di Tanah Merah. Ada sape2 yang study sana? Eheh...

03/04/2011 Ahad ni lapor diri (^_^)
- ummi pula terlebih excited.

Lepas ni nantikan episod seterusnya Selamat Tinggal Cikgu (2)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...