:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, September 05, 2010

- Akram vs Auni -


Muhammad Akram Majdi (15 hari usianya ketika gambar diambil)

Inilah gambar "anak buah" baru kami, Akram yang lahir 19.08.2010 baru-baru ni. Kami berdua amat rapat dengan abah+ummi Akram, so anak mereka sudah semestinya anak buah kami juga....kan? Comel sangat tengok Akram ni. Dia lebih mirip rupa umminya. Tengok tu, celik betul si Akram ni. Kalau Auni, kuyu je mata dia hehehe.


sejibik muka Ummi Nor (^_^)

Okey, kali ni ummi nak beritahu perkembangan si manja kami. Wah2, sejak dah setahun ni dia semakin pandai sangat. Pandai meniru aksi orang2 di sekeliling. Salah satunya, Auni malu-malu bila orang tengok dan usik dia. Mulalah dia tunduk malu-malu sambil senyum hehe. Memang lucu sangat. Tapi bila orang nak pegang/dukung dia menangis. Kiranya Auni ni hanya boleh diusik dan diagah dari jauh je. Kalau nak pegang/dukung...SORRY.

Pastu, si manja ni dah pandai "pok-pok" ummi supaya ummi dapat tidur lena hahaha. Pok-pok ni istilah Ummi Na iaitu "Tepuk-tepuk". Kalau nak tidurkan Auni, ummi akan cakap..."adik bam (baring) sini, ummi pok-pok (tepuk2) ye?" Biasanya ummi akan tepuk2 peha atau lengan Auni sambil dodoikan dia dengan zikir2 atau ayat2 Al-Quran. Kelmarin masa kat rumah Tokmi, ummi nak tidurkan dia. Last2 dia yang tidurkan ummi hehehe. Dia duduk sebelah ummi, pastu tangan kirinya tepuk2 lengan ummi. Kiranya nak tidurkan ummi lah. Sungguh, memnag betul akhirnya ummi yang tidur setelah di pok-pok oleh Auni. Hihihi. Bagus sungguh anak ummi ni.

** sabar menunggu perkataan UMMI keluar dari mulut si manja (^_^)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...