:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, September 27, 2010

- Pesanan dari Auni -

Gambar keluarga di Mesir
(Syawwal 1431h)

pesanan dari Auni :

Kakak Ecah, Nafi', Ayah Long, Mak Long dan Ayah Chik juga...cepat2 balik Malaysia.
Auni tak sabar nak main dengan kakak ecah dan nafi'.
Mainan Auni banyak, ummi baru belikan permainan baru petang tadi.
Nanti kalau kakak ecah ngan nafi' balik,
Auni ajak datang tido rumah Auni ye.
Kita main dalam katil Auni yang Tokmah bagi tu.

Ayah Long dan Mak Long...
Kalau balik sini, mesti bawak Auni makan angin kat pantai ye?
Ayah Long dan Mak Long boleh ajar Auni bahasa Arab jugak, kan? kan? (^_^)
Tak sabar nak makan nasi tomato Mak Long hehehe.

Ayah Chik...
Lepas ni bolehlah Auni bermanja dengan Ayah Chik pulak..(asyik kakak ecah ngan nafi' je)
Bolehlah Ayah Chik 'jaga' Auni kan? kan?
Kita main sama-sama, Ayah Chik boleh juga ajar Auni main bola...tapi Bola Jaring ye!!


Abah, ummi...jom terbang ke Mesir ...

** luahan hati Auni...ummi tolong taipkan hahaha


Saturday, September 25, 2010

- JJCK -

JJCK?

Ni bukan Jalan-Jalan Cari Kenduri yang hari tu ye. Tapi ni Jalan-Jalan Cari Kawan (JJCK). Sejak dua menjak ni, ummi rajin sangat nak JJCK setelah lama tak JJCK. Puas ummi ziarah blog sana sini. Kebanyakan yang ummi tengok adalah blog berkaitan Contest dan keluarga (perihal anak2). Seronok sungguh, ummi pun dapat ramai kawan baru (merangkap kawan kami se-family).

Sempat juga ummi tengok blog-blog berkaitan resepi. (terliur tengok gambar2 masakan dalam tu...) Ummi teruja sangat bila baca pengalaman ibu-ibu dengan diorang. Waah, bestnya dan happy je rasa. Sangat2 teruja bila baca blog ibu yang sedang menanti kehadiran orang baru :)
- nak pregnant lagi je rasanya.

*********************************************


Auni, suruh ummi belikan yogurt

Okey...ummi, ayah su suruh beli yogurt!

tak jadi beli yogurt...pastel ribena ni lagi sedaplah.....(ambik satu)

** aksi2 Auni masa di Mydin Mart, Shah Alam



Friday, September 24, 2010

- Contest Memek Muka Si Manja -


Lagi sekali, bila dah JJCK ni, ummi TERjumpa contest ni dalam blog EmIenAqil hehe.
Kebetulan esok tarikh akhir penyertaan, so jom kita pakat join contest ni
di samping menambah kenalan :)

Untuk lebih detail, klik sini

Kali ni ummi nak masukkan gambar tuan puteri dengan memek mukanya yang cute ni

*

*

*
Nama : Auni Nafeesa binti Mohd Fikry
Umur : 1 tahun 1 bulan (sekarang)


** semoga berjaya anak ummi (^_^)


- Aksi Ceria Si Manja -

Masa aktiviti Jalan2 Cari Kawan, ummi terjumpa pula contest ni. Rasa nak join (^_^)
Jom kita klik sini kalau nak tahu lebih detail.
Mari kita sama2 memeriahkan contest ni di samping mencari kenalan
Tarikh tutup penyertaan : 30 September 2010

Dalam banyak2 gambar, ummi paling berkenan gambar ni...

*

*

*

*

*


Nama : Auni Nafeesa binti Mohd Fikry
Umur : 1 tahun 1 bulan

ummi nak tag Auntie Min untuk contest ni

** semoga berjaya Auni (^_^)

Wednesday, September 22, 2010

- Wajah baru -

Salam bersua kembali...

Kali ni ummi saje nak letak gambar2 header blog Teratak Mawaddah selam ni. Banyak kali bertukar daa. Rumah mestilah berwajah baru kan? Apatah lagi sempena Syawwal yang tiba baru-baru ni, kami pun decorate lah sket teratak kami ni hehe. Jom kita imbas kembali header teratak kami ni....Ops! Tapi tak tersusun ye :) ummi pakai letak je gambar2 ni...banyak sebenarnya, tapi ummi just ambik mana yg ummi berkenan sket hehe..........

tema hijau (^_^) background tu ciplak dari header blog suami yang dulu2 punya...
- aisey..macam ada anak kembar plk...hehe

tema ungu pula...so sweet :)
- masa ni takde gambar yang menarik dan cantik sebab auni asyik pejam mata

dan ungu lagi temanya....
- tulisan pun hampir sama je...

masa ni tuan puteri masih dalam perut ummi (^_^)
- abah dan ummi berdua sahaja menghuni teratak...

ni masa mula2 kahwin hahaha
- semoga ianya dipenuhi dengan mahabbah...mawaddah dan rahmat selamanya...

dan...yang terkini pula

*

*

*

*

*
seperti yang dapat anda saksikan di atas tu :*

- gambar ni masa 1 Syawwal 1431h
- tema UNGU LAGI...tiada tema lain yang kami minat
- tagline baru : ...berkeluarga hingga ke syurga...
- very2 simple, tak serabut sangat



~ ...berkeluarga hingga ke syurga...


Monday, September 20, 2010

- ziarah Akram -

...tiada mood untuk menulis...

- ummi letih + sakit kepala + nak muntah + loya = NAK pregnant ke? :* (tadi muntah dalam kereta masa on the way nak hantar Auni ke klinik...)

- saja nak cerita sikit, minggu lepas (sehari pas balik dari s.alam) kami ziarah Akram. Lain pula muka Akram rasanya. Auni punyalah seronok kat sana. Sangat TERLEBIH mesra alam dengan adik2 Kak Nor tu hehe. Selalunya dia payah nak senyum-senyum dengan orang yang dia tak kenal. (mujur juga tak meragam macam selalu)

Akram masa 15 hari
(masa pergi baru ni tak dapat nak snap gambar dia sbb asyik menyusu je)

'masuk' lah warna baju auni dan Ummi Nor tu hihi
- Abah Zul jadi cameraman

khusyuk bercerita...tapi tak jelas butir bicaranya hehe
- dua-dua memang suara perlahan


TAHNIAH la untuk Kak Jamilah & Ustaz Syafie atas kelahiran Muhammad Naufal Zuhaili seberat 3.01kg pada .............. (tak ingat tarikh...sorry)


** dengar kawan2 dapat baby baru ni, semangat untuk PREGNANT kembali berkobar-kobar......namun masih belum ada rezeki hingga saat ini


Thursday, September 16, 2010

- Syawwal 1431h -


Alhamdulillah...

dapat juga nak update blog setelah hampir seminggu tak buka blog :) Kali ni ummi just nak tepek gambar2 masa kami balik Shah Alam dan Tanjong Karang tempohari. Lewat sikit ummi update, sebab nak edit dulu gambar2 ni...

alhamdulillah...Syawal 1431 kali ni sangat meriah
sebab semua anak menantu dan cucu ada...

kenangan bersama nenek, abah dan mak

berkeluarga hingga ke syurga...insya Allah :)

macam pasukan nasyid je...hahaha
- macam2 gaya tangan diorang ni...

abah beraya dengan nenek buat pertama kalinya...

sebak dan terharu dengar amanat abah isk..isk..isk..

abah suapkan auni ye...

sambut bestday anakanda auni dan acik eriz dia skali..
- sedap banget kek ni...nyum2

maila...ummi tolong potong kek ni skali....

auni : ummi...ummi...nak ummi..
acik edil : alolo..sayang nuni...saaayang nuni...

gaya bersahaja auni...bila diusik dan diagah oleh acik edil hihihi

nak balik tanjong ni...jom!!

gambar anakanda auni yang paling COMEL :)

bersama nenek Tanjong Karang


** insyaAllah, tahun depan beraya di Kelantan bersama abg long, kak long, fiq, aisyah dan nafi' (^_^)

Wednesday, September 08, 2010

- Salam Eidulfitri 1431h -

:: SELAMAT HARI RAYA :: MAAF ZAHIR BATIN ::

Mohd Fikry...Saida Marlina...Auni Nafeesa

Tuesday, September 07, 2010

- Bukit Bendera -

milik siapakah gadis ini...? (bertudung ungu)

Ummi telah ditag oleh adik sepupu ummi dalam gambar ni. Ini gambar masa zaman bujang dulu hehe. Masa ni kami sekeluarga dan keluarga pakcik ummi pergi Bukit Bendera. Waahhh, amat seronok sekali pergi sana. Ummi pun tak ingat tahun bila gambar ni, yang pasti semestinya masa ni ummi sekolah menengah :)

*** terINGIN sekali bawa Auni makan angin.......kat mana? Cameron boleh tak??


Sunday, September 05, 2010

- Akram vs Auni -


Muhammad Akram Majdi (15 hari usianya ketika gambar diambil)

Inilah gambar "anak buah" baru kami, Akram yang lahir 19.08.2010 baru-baru ni. Kami berdua amat rapat dengan abah+ummi Akram, so anak mereka sudah semestinya anak buah kami juga....kan? Comel sangat tengok Akram ni. Dia lebih mirip rupa umminya. Tengok tu, celik betul si Akram ni. Kalau Auni, kuyu je mata dia hehehe.


sejibik muka Ummi Nor (^_^)

Okey, kali ni ummi nak beritahu perkembangan si manja kami. Wah2, sejak dah setahun ni dia semakin pandai sangat. Pandai meniru aksi orang2 di sekeliling. Salah satunya, Auni malu-malu bila orang tengok dan usik dia. Mulalah dia tunduk malu-malu sambil senyum hehe. Memang lucu sangat. Tapi bila orang nak pegang/dukung dia menangis. Kiranya Auni ni hanya boleh diusik dan diagah dari jauh je. Kalau nak pegang/dukung...SORRY.

Pastu, si manja ni dah pandai "pok-pok" ummi supaya ummi dapat tidur lena hahaha. Pok-pok ni istilah Ummi Na iaitu "Tepuk-tepuk". Kalau nak tidurkan Auni, ummi akan cakap..."adik bam (baring) sini, ummi pok-pok (tepuk2) ye?" Biasanya ummi akan tepuk2 peha atau lengan Auni sambil dodoikan dia dengan zikir2 atau ayat2 Al-Quran. Kelmarin masa kat rumah Tokmi, ummi nak tidurkan dia. Last2 dia yang tidurkan ummi hehehe. Dia duduk sebelah ummi, pastu tangan kirinya tepuk2 lengan ummi. Kiranya nak tidurkan ummi lah. Sungguh, memnag betul akhirnya ummi yang tidur setelah di pok-pok oleh Auni. Hihihi. Bagus sungguh anak ummi ni.

** sabar menunggu perkataan UMMI keluar dari mulut si manja (^_^)



Saturday, September 04, 2010

- Medan Ilmu -

Lokasi : Medan Ilmu, Kota Bharu
Tarikh : 03.09.2010

bergambar dulu sebelum ke Medan Ilmu
- Auni tersepit di antara dua hahaha

*

*

*

ummi campur sekaligus...
- mudah + jimat masa nak edit gambar hihihi

aksi auni masa di Medan Ilmu

asyik main...sampai keletihan akhirnya

** malam tu kami ke Qaryah Ramadhan mendengar forum yang TER sangat best, Mertuaku Ibubapaku, Menantuku Anakku (^_^) Seronok sangat dengar kupasan barisan panel jemputan. Banyak input menarik yang kami dapat.

*** balik tu, kami berlari-lari anak dalam hujan rahmat.....alhamdulillah

Thursday, September 02, 2010

- ceritera penghuni Teratak Mawaddah -

** just tengok gambar2 ni...maaf, ummi sedang bertarung berhabisan melawan sakit, belum ada mood nak bercerita........

kami on the way ke Dataran Ilmu nak dengar kuliyah agama.
- tengok muka si kecil tu...amboi3x garangnya!

Ifthar di sekolah abah
- tengok tu, orang lain tengah dengar tazkirah...auni sibuk dengan beg tangan ummi

di rumah Tok Mi dan Tok Bah
- auni dan abah berposing sakan...menarik nampak?

dapat walker baru
- muka seposen...macam nak nangis....

di hadapan rumah Pasir Mas
- siap nak buat peace tu...tapi lidah terjelir hehehe

dalam kereta on the way nak balik K.K
- masa ni dia "yak-yak" hihihi....

dalam katil auni
- suka dan bergembira...sampai ketawa terbahak-bahak...

** sekian...terima kasih (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...