:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, January 29, 2010

- Princess Auni Nafeesa -

- Princess Auni Nafeesa -

Salam sejahtera...

Alhamdulillah, baru sudah makan tengahari dan solat. Hari ni tidur agak lama sedari pagi tadi huhu. Nak men'cover' tidur untuk malam tadi. Dah beberapa hari si 'puteri' tu tak tidur malam. Merengek, bercakap, meniarap, bermain itulah yang si 'puteri' lakukan malam-malam. Maka, secara automatik Ummi Na pun tak dapat tidurlah. Melayan kerenah Auni.

Auni nampak comel sangat2 bila pakai tudung. Jom tengok gambar dia pakai tudung ni...

Ni 'telekung' Cik Ewa, Auni pinjam jap ek?

Nyenyak sungguh tidur dengan tudung Cik Ewa dia tuu..

Gaya tidur yang terkini..

Si puteri bersama ummi tersayang...


** tak sabar nak belikan tudung untuk Princess Auni

Wednesday, January 27, 2010

- oh, banyaknya kerja -


Oh, banyaknya KERJA!!


1) Kertas Kerja Kak Zah untuk bulan 3, 4, 5 belum siap lagi...

2) Taklimat Khas Pengkhususan Kerja Semasa (28/01/2010) jam 2.30 petang...

3) Buat bajet bulanan huhuhu...

4) Rekod Fail di opis...

5) Beli barang keperluan Our Little Princess 'Auni' = susu+pampers+baju (rasanya macam baru beli baju...)

6) Check tiket Air Asia...

Monday, January 25, 2010

- mak budak baru belajar -

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun di atas amat sesuai untuk kami sekarang ni. Why? Sebenarnya kitorang tengah belajar dengan lebih mendalam tentang Adobe Photoshop ni. Walaupun sebelum-sebelum ini pun dah edit gambar guna Adobe ni, tapi banyak lagi benda baru yang tak tahu. Baru-baru ni ada kursus Adobe di opis, wah...banyaklah benda baru yang Ummi Na dapat. So, ini antara gambar-gambar yang Ummi Na edit...

5 bulan usia Auni. Ketika umur sehari hingga seminggu. Gambar paling besar tu masa usia dia dah 5 bulan...

Sejak ada anak ni, gambar dia ajalah yang nak di edit hehehe. Ilove this picture!

Gambar ni 'kurang' okey, nampak ada yang 'kurang'...

Header blog kami...so sweet, namun perlu dibaiki lagi

Ini header blog abang. YIK-UUM


** baru belajar benda baru dengan adik ipar tadi, pasni boleh applikasikan lagi...

Tuesday, January 19, 2010

> 5 bulan usiaku

Alhamdulillah...

Usia permata hati kami sudah masuk ke-5 bulan :) Pejam celik, sekejap sangat rasanya. Lima bulan bergelar abah dan ummi, bahagia sungguh rasanya. Kelmarin Auni pergi klinik. Berat Auni yang terkini 5.5kg. Okeylah tu dan misi memang berpuas hati dengan berat badan Auni. Cuma kena teruskan bagi susu ibu.

Masa Lahir = 2.1kg
1 bulan = 2.5kg
2 bulan = 3.3kg
3 bulan = 4.3kg
4 bulan = 5.0kg
5 bulan = 5.5 kg

Seronok sangat sebab dapat merasai dan melihat anak membesar di depan mata. Auni dah pandai meniarap, ketawa, mengamuk dan mengajak ummi nya bercerita. Klau lambat bagi susu, mengamuk sungguh dia. Mengamuk sakan orang cakap. Mlam-malam pula lambat tidur. Adakala jam 3-4 pagi baru dia tidur lena. Maka abah dan ummi kenalah berjaga malam melayan kerenah Auni tu.

Betul kata Tok Mah. Auni ni nak bagi ummi pahala yang banyak. Kalau ummi sabar dalam melayan kerenah Auni, maka banyaklah pahala yang Ummi Na dapat. Jika sebaliknya...? Ya Allah, semoga kami suami-isteri sabar dalam melayani kerenah anak kami ini...



Kalau menangis dah tak 'kaba' orang klate cakap


Yeeehaaa! sukanya 'saya' ni hehehe

Auni suka sangat senyum cenggini...


Monyok je tu...mood tak berapa baik sebab nak kena cucuk kot..

Apalah yang Auni tengok tu?


** Auni dah kenal suara orang di kelilingnya terutama suara UMMI NA yeeee..!!

Wednesday, January 13, 2010

- cerita sikit je -

Assalamualaikum kepada semuanya...

Lama sungguh tak 'kemas-kemas' Teratak Mawaddah ni. Semakin hari semakin sibuk dengan kerja-kerja di ofis yang semakin bertambah dari hari ke hari. Ditambah pula dengan ragam anak kecil yang bernama 'Auni' hehehe. Namun, kali ni Ummi Na curi-curi masa juga nak update teratak ni.

Kelmarin ( 12/01/2010) merupakan hari lahir umi. Kami cuma belikan hadiah untuk umi. Jom kita tengok sikit gambar-gambar ni...

Abang sedang memilih pembalut yang terbaik untuk hadiah umi...

Pekerja Pantai Timur yang baik hati lagi comel ni sedang membalut hadiah umi...

To : Umi tersayang
Selamat Hari Lahir dengan iringan doa agar umi gembira dan bahagia
From : Yie, Ina & Auni

Tadaa...hadiah istimewa untuk umi (^_^)

Apa hadiahnya? Maaflah, Ummi Na tak boleh nak bagitahu...rahsia. Namun yang pasti, ia adalah hadiah yang sangat istimewa dan berguna. Heh, apa itu??

Tengahari tadi pula Ummi Na ke Pantai Timur mencari alatulis. Jom kita tengok gambar-gambar ini pula


Alatulis itu adalah :
1- Buku Nota untuk mencatit minit mesyuarat @ apa-apa laporan/maklumat
2- Pen hitam dan biru..sudah semestinya untuk menulis
3- Gam untuk menampal apa-apa yang patut
4- Pembaris pendek untuk 'menggaris' hehehe
5- Note pad kecil untuk catat benda-benda yang patut dibuat


Keadaan meja yang agak bersepah..huhuhu. Banyak sangat kerja, sampaikan tak sempat nak kemas macam biasa


Okey ke meja macam ni?

Emm, itu sahajalah untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi ye...

** kali ni nak tulis apa ye untuk NOTA CINTA BUAT SUAMIKU??

Sunday, January 10, 2010

- Entah -

Salam...

Macam takde apa yang nak dicoretkan hari ni. Sekarang ni sedang melayari internet sikit. Sambil-sambil check e-mail, layan facebook sekejap. Pastu update blog, mengembara blog2 kawan-kawan...letih juga hehe. Mata yang letih ni...

zzzzzzzzzzzz ngantok pulak, nak tido dah..

** Pagi tadi dalam sejarah, Perjumpaan Bulanan RISDA Kelantan Utara diadakan sehari lamanya huhu. Letih dok dalam bilik ber air-cond tu.

Tuesday, January 05, 2010

- seafood oh seafood -


Aha, seronok sangat masa balik Shah Alam baru ni. Antara aktiviti yang kami buat adalah...seafood oh seafood!! Eheh, makan makanan laut lah.. Antaranya sotong, ketam, udang, ikan dan ditambah pula dengan daging lembu, sayur pun ada dan pencuci mulut. Pencuci mulut ni Ummi Na yang buat tau heee.

Cumanya aktiviti ni mula agak lewat. Dahlah kami berkejar masa nak kejar keretapi jam 8.30 malam tu. Tapi mujur juga abah dan mak hantar kami ke KL Sentral petang tu. Kalau tak, confirm lah TERLEPAS keretapi. Jom tengok ada apa dengan gambar-gambar ni...

Konon-konon Ummi Na yang panggang udang tu...hehehe

Sangatlah berkhasiat sayur-sayuran ni kalau direbus...

Ada gaya chef ke abah ni??
* abah hanya pandai rebus dan panggang je hehehe

Wah..wah...ososb tu dah tak sabar nak makan sebenarnya...

daging?? yelah tu...ada juga ikan kat situ...

antara bahan2 yang diperlukan...

"Best", itulah agaknya yang Abah Yie nak cakap...sampai guna bahasa isyarat je hehehe

Lihatlah..ini namanya makanan laut...

wow...sedapnya...nyum2..

Ini laaaagi sodap~!!

Apa kena dengan adik ni? Jangan sampai gigi tercabut sudah...

Acik Ocob mengopek kulit udang tu Auni...

Fuh!! Memang kenyang sungguh hari tu...


** Banyak lagi aktiviti nak buat. Tapinya masa yang membataskan semua tu huhuhu. Takpelah, yang penting masa Ummi Na balik ni semua ahli keluarga berkumpul sekali. Masing-masing cuba balik awal semata-mata nak jumpa kami sekeluarga (Auni, Ummi Na dan Abah Yie). Waaa...terharunya.

Saturday, January 02, 2010

- makcik kecil -


Balik Shah Alam hari tu, sempatlah Ummi Na pergi ziarah makcik kecil Auni (adik sepupu Ummi Na) yang baru. Rasanya dah 20 hari umur baby ni. Namanya Nurul Afiqah binti Mohd Faidin. Ummi Na tak ingat Fiqa ni lahir bila hehehe. Fiqa ni ana kedua pakcik Ummi Na. Tengok ajalah gambar-gambar ni...

Tengok tu, lebat sungguh rambut Fiqa. Rambut Auni?

gambar kiri : Sempat juga kami nak posing..
gambar kanan : Nurul dengan baby kecik

Inilah ayah Fiqa...pakcik Ummi Na...adik bongsu kepada emak...

gambar atas : Nurul & Afif (anak sulung pakcik Ummi Na)
gambar bawah : bersama anak-anak kecil


** sebelum pergi rumah pakcik, sempat lagi Ummi Na ke sekolah KAFA bayarkan yuran adik. Apalagi, posing lah kejap dengan Kak Jun

- Happy Bestday Yayang @ Nurul -

Alhamdulillah, Rabu lepas (30/12/2009) genaplah 6 tahun usia anak buah Ummi Na yang duk kat umah tu. Ui, 6 tahun dah rupanya. Tapi masih manja hehehe. Petang Rabu tu kami ke Giant Shah Alam untuk membeli-belah. Kita tengok ajalah gambar-gambar di bawah ni...


Birthday Girl

...dah 6 tahun rupanya tuan puteri ni. Cepat sungguh masa berlalu. Moga menjadi anak yang solehah, penyejuk mata ayah dan mama ye...

Selamat Hari Lahir Yang ke-6
NURUL ELYSHA HANA @ Yayang

Suapan untuk mama...

...pasni dah tak boleh nakal-nakal. Kena ikut cakap mama ye...

Ini pula untuk acik ina..

...nak posing juga walaupon masa ni tengah nak baca doa...

antara makanan yang berjaya disediakan..

...sempatlah kami goreng nugget dan samosa tu. Ummi Na buat dessert, yang lain pun turut sama gotong-royong membuat persiapan...

antara senario yang sempat di "tangkap"

...tetamu pun cuma dalam 5-6 orang yang datang, tapi cukup meriah. Seronok waktu ni berkumpul ramai-ramai...

Kek coklat..sedapnya...yummy

...sebenarnya banyak sangat pilihan, sampai rambang mata dengan kek-kek yang dijual. Akhirnya, kek coklat ni jadi pilihan...

hadiah untuk yayang daripada acik yie...

...kena beli 2 set hadiah ni sebab si Zikri tu 'pantang' nampak kakaknya dapat hadiah. Dia pon nak sama dapat hadiah walaupun bukan birthday nya...

ini hadiah daripada mama pula...

...jam tangan tu jenama barbie sebab si yayang ni memang suka dengan barang-barang barbie...

set alatulis dan jam tangan barbie...

** Kenyang sungguh la malam tu...habislah, bertambahlah kalori dalam badan ni huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...