:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, January 30, 2013

Baby Aufa Farhana

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Anak-anak adalah cahaya mata
penghibur hati penyejuk mata
Nikmat Allah yang paling bahagia
Hisbah benda lahiriah di dunia
Amanah Allah yang mesti dijaga

Sekalung tahniah buat pasangan Nurul Sakinah & Mohamad Adli
atas kehadiran seorang puteri, srikandi, mujahidah solehah pagi tadi
sebagai penyeri dan pengukuh cinta

v

v

v

v

 Aufa Farhana bt Mohamad Adli
30/01/2013
10.56 a.m
2.84kg

inilah ibu Aufa - Nurul Sakinah
Kawan ofis ummi dan antara yang paling rapat dengan ummi

* rindu..sangat2 rindu dengan bau haruman syurga T_T

Wireless Optical Mouse

Minggu lepas, ketika kami ke Tesco ummi temankan abah beli mouse. Mouse abah dah hilang rupanya, ummi pun baru tahu hihi. Pada awalnya ummi tak teringin masuk dalam kedai Acer tu. Ummi temankan auni kat luar kedai. Tapi tengok abah lama sangat, ummi pun masuk jugalah dalam kedai. Alamak, cantiknya! Sangat teruja plus excited sekali bila tengok mouse ni haha. "Ummi nak beli ke?" tanya abah. "Nak, cantiklah" ummi pun senyum penuh makna hihi. Abah beli 2, satu untuk abah dan satu untuk ummi. Abah punya warna hitam.

Cantik kan? Ummi pilih jenama Acer. Sebelum ni ummi memang guna Wireless Optical Mouse. Sangat mudah dan selesa digunakan. Tak adalah serabut dengan wayar tu.

sangat sesuai dengan jiwa ummi....

baru buka

harganya hanya RM38.00
Pada ummi murah juga lah sebab mouse ummi sebelum ni RM45 kalau tak silap.

Ada ruang untuk kita simpan "kabel" dia...hehe. Ummi pun tak tahu nama apa, tapi faham kan bila kita tengok gambar tu. Alah, macam USB tu lah..

Wordless Wednesday - Wireless Optical Mouse

cinta hati terbaru ummi

cerita akan menyusul kemudian...................

Tuesday, January 29, 2013

Anak Dara Bajet Cun

Gambar kurang cantik disebabkan hanya menggunakan tablet. Harap maklum.

 Pandai bergaya....waduh-waduh, masih tak perasan ummi tengah snap gambar dia

 Dah mula perasan tu...tapi masih sengih-sengih tunjukkan gigi rongak yang sangat cantik hehe

 "ummi, cun tak adik?"
Adik tahu ke maksud cun tu apa? hahahaha

************************************



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...