:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, March 31, 2010

~ Percutian singkat (1) ~

...bertemu kembali...
Cuti dua hari yang tiada sebarang perancangan bercuti ke mana-mana destinasi. Masa yang ada hanya diisi dengan mengemas rumah sambil melayan kerenah si comel Auni, menziarahi sahabat dan saudara terdekat. Mengemaskini blog? Baru ini berkesempatan.
Rasanya dah basi nak cerita pasal balik Shah Alam ni. Maklumlah, dah 3 minggu berlalu. Entah kenapa sekarang ni Ummi Na rasa agak 'malas' dan sedikit 'lemah' untuk mengemaskini blog huhuhu. Apa kata, untuk kali ni kita lihat gambar-gambar ini yang akan menceritakan segala-galanya (^_^)
17 Mac 2010 @ 7.00 pagi @ Kubang Kerian - Shah Alam

~ Auni dah ada kerusi sendiri
~ beli di Mydin Kubang Kerian @ RM160


berehat di RnR Gua Musang sambil menikmati nasi goreng

agak-agak, boleh ke Auni ganti tempat abah? abah dah letih tu

Sambung perjalanan...lagi berapa jam agaknya??

Nangis...kenapa ntah. Letih agaknya Auni ni...

sampai Shah Alam dah...macam2 gaya

Suka sangat dengan pooh tu..tak renggang langsung

Thursday, March 25, 2010

- mood -

Salam kembali...
Hujung minggu yang sangat dinantikan akan menjelma esok yeyeye :) hujung minggu ni banyak aktiviti boleh dibuat...esok, bermulalah aktiviti mengemas rumah hehehe. Last week kami balik Shah Alam. Ummi Na sedang mencari masa untuk mengemaskini blog ni huhuhu. Lama sangat rasanya tak update blog. Camana ni?? Cerita makin banyak....
Haaa...esok Jom Heboh kat Kelantan. Rasa-rasa macam nak pergi pagi-pagi lagi. Saje je nak pergi gerai-gerai tu ha. Dengar cerita murah-murah semuanya. Nak cari apa ye??

Sunday, March 14, 2010

- aktiviti hujung minggu -

1) Beli-belah di Mydin

Ummi Na baru berkesempatan masuk Mydin Kubang Kerian semalam. Itu pun sebab nak mencari barang keperluan. Memang besarlah Mydin Mall ni. Banyak barang dan jugak banyakkk pilihan (^_^) Selesa lah berbanding pasaraya yang lain. Ada surau, cafe, tandas (of course ada hihi....). Hari tu Ummi Na beli kerongsang dan pampers Auni je pon.....


Uii...rambang mata ni. Nak pilih mana satu? Semuanya cantik belaka...

suamiku yang hensem...sedang memegang barang-barang yang baru dibeli

Mydin Mall Kubang Kerian...kini dibuka


2) Potong kuku Princess Auni

Susah juga nak potong kuku si comel ni sekarang. Lasak sungguh...letih ummi. Tapi bila lama-lama tu, senang sangat. Dia diam je sambil tengok ummi potong kuku. Kadang-kadang sengih juga Auni ni bila Ummi Na potong kuku sambil berzikir....

Tengok tu...khusyuk dia tengok ummi potong kuku...

Sekarang duk diam-diam ye..ummi nak potong kuku adik.

Okey, lagi sikit je...dah nak siap ni

Dah siap potong...seronoklah abah dapat dukung


3) Auni urut abah
Auni memang anak yang baik. Sebabnya dia suka sangat urut muka abah dan ummi dia tu...hihihi. Kalau baring sebelah dia, mesti dia tengok muka kita lama-lama dulu. Pastu mulalah tangan yang comel tu menjalar kat muka, urut-urut muka kita...


Kenapa bibir abah ni??

urut pipi abah ni sikit...alamak, apa menggerutu ni? Oh, jerawat.............

Abah selalu pening layan Auni kan...meh Auni urut dahi pulak...


4) Belajar A.B.C
Benda alah ni kami jumpa masa mengemas bawah tangga kelmarin. Ummi Na tak ingat pon benda ni. Actually benda ni percuma sekali ngan sampel susu Wyeth Mom....berguna sungguh benda ni especially untuk Auni belajar sebab saiznya sangatlah besar....


a.b.c Auni yang bergambar ni comel, kan? Besar pulak tu....

Posing sikit....

Auni letih dah ni...rehat kejap ye

Thursday, March 11, 2010

- gigiku sakit -


Assalamu'alaikum semua.

Waa...dah dua hari sakit gigi. Depan pulak tu. Aduh, memang sakit yang teramat sampaikan tak tahu nak terangkan sakit macam mana huhuhu. Semalam sambutan maulud nabi kat opis Ummi Na. Pagi-pagi sampai opis tu tak terasa sakit. Tiba-tiba lepas sarapan pagi..mula rasa berdenyut-denyut. Masuk dewan, semakin sakit dan semakin kuat denyutan tu. Sepanjang masa sampai tengahari tu, asyik letak tangan kat mulut...konon-konon nak hilangkan rasa sakit hehehe.

Lepas Zohor, memang Ummi Na terus tidur dalam musolla opis. Tak tahan sakit. Makan panadol sebiji, tapi kejap je hilang sakit tu. Ummi Na duduk dalam musolla tu sampai waktu Asar (uii..lamanya cik kak ni tido....). Balik rumah pula, bertambah sakit gigi Ummi Na. Letaklah uabt gigi formula Dr. Rodzi kat celah gigi yang berlubang dan pecah tu. Okey sikit, tapi sakit semula. Gusi pon bertambah bengkak dan sakit. Kadang tu kumur-kumur dengan air garam. Hehehe, menangis juga lah Ummi Na sekejap malam tu....malu jugak rasanya hehehe.

Sekarang ni rasa dah okey sikit, tak berapa sakit macam semalam. Erm, takde cerita menarik pon. Cuma nak kongsi rasa sakit tu je hihihi. Okey, jumpa lagi


~ tak tolong ummi masak bihun semalam, walhal kawan2 suami Ummi Na yang datang rumah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...