:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday - Edisi kembar tak seiras

Adakah ini satu kebetulan?
Dua sepupu yang sama-sama pakai seluar jeans, berbaju blaus coklat gelap?
Kebetulan juga tudung masing-masing hilang entah ke mana.
Inilah kembar tak seiras (^__^)

Sunday, March 18, 2012

Anak Dara Bercinta

Sejak bila anak dara ummi dan abah pandai bercinta ni?
Ummi perasan sangat, asal handphone ummi dan abah letak atas meja, 
mesti ada tangan yang mengambilnya.
Dahlah senyum-senyum kambing, buat muka tak bersalah pula tu.

 tengok tu....tak lepas handphone tu dari tangan.
Khusyuk betul....

 Apa agaknya yang dibualkan oleh anak dara ni agaknya?
Mai kita gi dekat sikit
v

v

v

v

v
(sampai senget-senget badan tu)

"Hello, assalamu'alaikum, nenek! Bila datang rumah kita?Nenek make doh? sihat ko?"

dengan kata lain.............

* Hello, assalamu'alaikum, nenek! Bila nak datang rumah Auni?Nenek makan dah? sihat ke?"

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday - Candid!

Pengantin baru tangkap gambar anakanda solehah 
yang rancak berbual dengan Acik Ain tu hihi.

Ada bakat tak Ayah Din tu?

Tuesday, March 13, 2012

Semangat Baru!


macam boleh baca isi hati ummi ni, maka ofis mengadakan gotong-royong 2,3 hari selepas ummi publish entry tu hihi. Sehari suntuk kami gotong-royong bersihkan ofis. Kebetulan hari ini ada mesyuarat do ofis ummi

uish, sakit mata ni rasanya...

bawah meja pun berselerak sangat-sangat
kotak biru ni ummi punya stok makanan dan air kotak :p

nampak tak? sangat kurang cantik meja ummi

proses mengerah tenaga dan keringat untuk mencantikkan meja :)

v


v


v


v


v

ini hasilnya selepas mengemas
nampak teratur dan kemas sikit berbanding tadi

fail-fail kemas di hujung tu

bawah pun dah kosong, cuma gelas hijau tu memang saje ummi letak situ sebab baru lepas minum air hihihi...

***************************
kawan-kawan rajin tak mengemas meja masing-masing di ofis?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...