:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, July 03, 2011

- Karnival Seni Budaya Negeri Kelantan 2011 -

Alhamdulillah...semalam dapatlah kami makan angin setelah hampir 6 hari berkurung dalam rumah je. Ingat tak yang pasal Panahan Petir tu? Pagi semalam kami ke Kota Bharu nak beli modem Streamyx tu. Tapi dah sampai sana, bahagian jual modem ni tutup. Abah decide nak beli kat kedai komputer je.
Puteri ayu yang tak lekang dengan botol susu.

Sebenarnya, hari tu ada karnival rupanya. Karnival Seni Budaya Negeri Kelantan 2011. Tempatnya di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Bermula 01 hingga 04 Julai ni. Esok sempat lagi kalau nak pergi. Memang banyaklah gerai kat situ. Makanan, minuman, pakaian, perhiasan, lukisan dan macam-macam lagi ado (^_^). Ada juga wakil dari hotel-hotel yang grand buka gerai.

ini sebahagian gerai yang kami sempat ambil gambar. Ini semua dekat gerai makanan/minuman. Kuih tradisional Negeri Kelantan ada..
* masa ni lah bateri hp ummi dah nak kong huhu

Masa kami sampai ni, ada kumpulan sedang bermain kertup.
Minuman ditaja oleh Nescafe ya.
- Auni nak minum sendiri....


Balik dari karnival, kami singgah kedai komputer. Lama juga abah kat kedai tu. Setting modem baru tu. Alhamdulillah, sampai rumah terus pasang dan terus enjoy online. Tapi ummi tonton drama Melayu kat youtube sambil ziarah Sahabat Mawaddah (^_^)

* sesiapa yang kat Kelantan tu, jangan lupa pergi Karnival Seni Budaya ya.

- Juara Imam Muda 2 -


.: TAHNIAH IM HASSAN ADLI :.


Petikan kata-kata teman kami sewaktu di UIA dulu :-



Kata abah pula :

"Hassan tu abang tengok dia memang suka senyum. Lagipun dia bercakap dengan orang lain, macam dah lama kenal je. Kita pun tak rasa kekok lah, sebab dia mudah mesra"

Syabas dan Tahniah dari kami
Teratak Mawaddah

(agak2 IM Hassan baca tak entry ni?)

Saturday, July 02, 2011

- Sudut Belajar & Membaca Auni -

Alhamdulillah...

Hasrat untuk menyiapkan Sudut Belajar & Bermain Auni hampir terlaksana. Sebenarnya dah lama ada sudut tu, cuma kali ni bertukar tempat. Ummi dan abah alihkan di hadapan ruang tamu. Mudah sikit (^_^).

Sempena usia Auni setahun 10 bulan baru ni, kami hadiahkan Auni :-
"ummi..ni pe?"
"ummi..ni pe?"
"ummi..ni pe?"
Soalan yang sama dan berulang-ulang. Setiap gambar dalam "TABIAT BAIK" akan
dia tanya kat ummi, minta penjelasan.

Alhamdulillah, bila ummi minta tunjuk semula dia akan tunjuk dengan betul.
"Auni, mana gambar abang bagi kucing minum susu? Auni, mana gambar abang basuh tangan dengan sabun?" - tunjuk gambar sambil sebut "ucing...usu...atok..."

masih bersepah dan tidak teratur (^_^)

Friday, July 01, 2011

- Amalkan Gaya Hidup Sihat -

Hasrat untuk bermain badminton sedari awal bulan terlaksana juga petang tadi (^_^). Dari hari tu lagi sebenarnya nak berlawan dengan abah. Di Pasir Mas (PM) asyik hujan tiap-tiap petang. Lebat pula tu, angin kuat. Asyik tangguh-tangguh, balik Kubang Kerian (KK) hari ni, dapatlah bermain badminton.

Punyalah bersemangat nak main, minggu lepas masa ke Mydin kami beli raket (^_^) Tak ketinggalan, si puteri pun dapat 1. Memang lenguh+sakit badan lah lepas main tadi. Dah lama tak main katakan...peluh sana sini. Tapi seronok. Selain dapat mengeluarkan peluh, ia dapat menambahkan kemesraan antara suami isteri+anak2..hihi. Almaklum, ummi kan jarang bersenam. Kalau kat ofis tu naik turun tangga aja. Inilah masanya nak keluarkan peluh dengan banyak..kan?

Jom...amalkan gaya hidup sihat!!
* Kami nak aerobic juga setiap minggu (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...