:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, June 12, 2011

- Penyu Tamatkan Kemarau -

- KREDIT UNTUK eN. gOOGLE (^_^) -

Tahniah!!!

Tahniah untuk pasukan Terengganu atas kemenangan malam tadi. Ganu Kita berjaya menjulang Piala FA bagi tahun 2011 selepas berjaya menumpaskan pasukan Red Warriors 2-1. Daripada apa yang ummi tengok malam tadi, Skuad Kelantan tidak menunjukkan aksi permainan yang memuaskan (pandangan peribadi ummi). Permainan seakan hambar, nampak macam pemain kurang bersemangat. Bak kata abah "Bakpo tu? Ada mmugo ko?" (^_^) ummi no comment ya.

Apa yang pasti, Sultan Mizan tersenyum lebar tu (hadiah sempena keputeraan baginda) hehe. Penyu kembali bertelur!! Tahniah ya Skuad Penyu. Kempunan Skuad Red Warriors malam ni. Walau apa pun, cuba lagi untuk perlawanan seterusnya. Berjuanglah bersungguh-sungguh.

* Gomo Kelate Gomo
(dalam hati tersenyum riang gembira...hehe)

Saturday, June 11, 2011

- Final Piala FA 2011 -

Perlawanan Akhir Piala FA 2011
- Kelantan vs Terengganu -


80,000 tiket habis dijual. 60% dikuasai oleh Kelantan manakala selebihnya penyokong Ganu Kita. Ini tak termasuk yang ada di luar stadium huhu. Pertemuan 2 pasukan Pantai Timur yang akan menentukan siapa yang layak bergelar Juara pada kali ini. Kalau tengok tv tadi, memang penuh dengan lautan warna merah Red Warriors (^_^) Difahamkan juga Sultan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan) juga hadir menyaksikan perlawanan pada hari ini. Tak terkecuali Y.D.P Agong Sultan Mizan sudi mencemar duli pada hari ini.

Ummi sokong mana? I tak tahu lah.... (^_^)

Abah semestinya sokong Kelantan. Walaupun semangat Selangor tetap kebal dalam diri ni, bagi menghormati abah...ummi sokong juga pasukan Kelantan hehe. Tapi, kalau Kelantan bertembung Selangor, semestinya Selangor menjadi pujaan hatiku (^_^)

Okey, untuk mengetahui siapa yang akan bergelar juara, jom kita saksikan perlawanan antara Kelantan dan Terengganu!!

Gomo Kelate Gomo...

- Sambal Udang Bermadu -

* Sambal Udang Bermadu *


Bahan2 :-

- udang (ikutlah nak 1/2 kilo ke....sekilo ke....)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 2 batang serai dititik
- 3 sb sos tomato
- sedikit cili kisar
- 3 ulas bawang putih ditumbuk
- 4 ulas bawang merah ditumbuk
- 1 sk lada hitam ditumbuk
- 3 helai daun limau purut
- beberapa biji tomato ceri (yang kecik2 selalu orang buat salad tu...)
- 3 sb madu (ummi guna madu jenama Cosway, sebab dicampur limau kasturi..sedap)
- garam/gula secukup rasa


Cara-cara :-

1. siang dan basuh udang bersih-bersih
2. tumis bawang merah+bawang putih yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan serai. Masukkan cili kisar+sos tomato, tumis hingga masak ya cili tadi (masa ni jangan masukkan lagi garam/gula/serbuk perasa)
3. Bila cili dah masak, barulah masukkan gula/garam dan madu tadi. Masukkan juga lada hitam yag ditumbuk kasar.
4. Kemudian, masukkan udang, daun limau purut dan tomato ceri tadi. Gaul sebati semuanya hingga udang disaluti sambal. Rasa dahulu sebelum dihidang bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

* ini yang ummi masak kelmarin, masa family Shah Alam datang sini (^_^)

Tuesday, June 07, 2011

- Diari Ummi -

07/06/2011
11:36 mlm

Gatal dan sakit seluruh badan. Sudah hampir dua minggu berkeadaan begini. Waktu tengah malam, perut memulas-mulas sakit. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya rasa. Zikrullah dan Kalamullah peneman setia. Namun selera makan baik setakat ni. Masuk hari ni, dah MC selama 6 hari, bersambung hingga hari Khamis ni.

Ya Allah...
Berikanlah aku kesabaran agar aku dapat menghadapi ujianMu ini. Aku hamba yang lemah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Sesungguhnya Engkau tempat aku berserah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...