:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, December 04, 2010

- sakit kepala=tak tidur malam -

Assalamu'alaikum semua (^_^)

Usahakan juga untuk update blog ni. Ummi berkejar masa ni (nampak macam busy je kan?). Tapi itu hakikatnya. Cuti-cuti pun ummi masih buat kerja2 opis. Laporan kena hantar esok (due date) before nak submit kat Pejabat Negeri. Ummi kan baru tukar kat bahagian pengembangan tu. Banyak lagi yang ummi kena belajar. Kumpul laporan dari semua stesen, masukkan data dalam komputer. Masalahnya masih ada lagi satu stesen belum hantar laporan walaupun due date untuk stesen-stesen hantar laporan adalah 28hb yang lalu. Ini yang ummi pening ni.

Ummi maih belum ada mood nak cerita pasal family Shah Alam datang rumah baru-baru ni. Bukan apa, gambar-gambar family datang hari tu adik ummi belum masukkan dalam facebook dia. Hanset ummi kan rosak, tak leh nak tangkap gambar. So, adik ummi yang tangkap gambar. Kena tunggu gambar dia masukkan dalam facebook, ummi copy paste baru ummi akan cerita sket ye? (^_^)

Ummi ada cerita tak, yang dua minggu kebelakangan ni ummi susah nak tidur malam? Kalau tidur pun kadang-kadang jam 4@5 pagi. Lewat kan? Kadang-kadang tu, tidur-bangun tidur-bangun. Kalau dah bangun tu, payahlah sikit nak tidur. Terkebil-kebil biji mata, puas juga tawaf satu rumah. Baca surah-surah pendek, 3 Qul, ayat kursi pun mata masih tak mahu pejam. Ummi kejut abah pun, abah tak bangun. Ingatkan nak suruh dia teman ummmi yang tak boleh nak tidur ni huhu. Kadang-kadang tak tahu nak buat apa, ummi bukalah laptop. Ummi BW blog kawan-kawan ummi hehehe..

Bila dah tak tidur malam, esok pagi tu sakit kepala pulak. Kadang-kadang lepas solat Subuh, ummi tidur semula. Masuk kerja pun agak lewat lah. Selalunya ummi punch card pukul 7.40, dua minggu ni asyik 07.56 takpun 07.59 pagi. Dekat-dekat dah pukul 08.00 pagi huhu. Ummi kalau sakit kepala bukan sejam dua terus baik, kadang-kadang seharian pun belum tentu baik. Tapi ummi tak suka makan panadol atau pain killer. Biasanya ummi akan biarkan kepala ummi baik sendiri. Mujur tekanan darah stabil (^_^)

Minggu depan kawan ummi nak datang. Nak masak apa ya? Ummi teringin nak buat kek coklat. Dah 2-3 hari ummi asyik tengok resepi kek coklat kukus dari blog ummi ni hehehe. Dah salin resepi, cuma nak pergi cari bahan-bahan nak buat kek ni. Okey, bila dah jadi nanti ummi masukkan dalam blog ya.

* 07hb ni cuti sempena awal Muharram (^_^) nak pi mana ek??

Wednesday, December 01, 2010

- sabar ye..ummi akan kembali -

Salam semua :)

Lamanya ummi tak update blog. Maaf ye, kalau masuk teratak kami ni baca entry yang lama je. Family ummi datang rumah sekarang ni. Jadi ummi asyik tak sempat nak update blog. Sekadar jenguk kejap-kejap bolehla, itu pun kat opis (^_^)

InsyaAllah nanti ummi cerita lagi pasal kedatangan family ummi ya. Ummi pun tak sempat nak BW sekarang ni. Rindunya nak jalan2 kat blog kawan2 teratak kami ni. Tunggu ya, ada masa insyaAllah ummi BW kat blog kalian.

Kerja ummi kat opis pun makin bertambah. Banyak laporan yang ummi kena siapkan. Abah pula sibuk dengan sekolahnya walaupun sekarang ni tengah cuti sekolah. Minggu lepas kelas tambahan, minggu ni sibuk dengan persiapan nak pembentangan kerja kumpulan. Auni? Si comel manis tu semakin lasak sekarang ni. Tak duduk diam. Selagi mata belum pejam, dia akan main tak henti-henti. Ummi akan ceritakan juga kisah auni nanti. Sabar ye!

Hingga jumpa lagi
* petang ni akan ke Kubang Kerian, makan malam di rumah umi dan abah. Bawa family S.Alam (^_^)

Saturday, November 27, 2010

- Habibi Ya Mustafa -


Tanggal 12 Rabiul Awal di tahun gajah
Tangisan barakah memecah keheningan subuh…
Suara puji-pujian bergema di alam…
Kota Makkah disinari cahaya rembulan
Terangnya memancar di setiap pelusuk…
Zuriat teragung anugerah Ilahi…
Membuka lipatan mehnah sejarah…

Ya khatimul Anbiya’,
Kekasih Allah yang tercinta…
Peribadimu bak lembaran Al-Quran
Harumnya bak hembusan kasturi…
Disinari nur kasih Rabbul Izzati
Agungnya dirimu di sisi Ilahi

Ya habibil Mustafa,
Perjuanganmu penuh onak duri…
Tohmahan dan cacian menusuk di kalbu
Batinmu tersiksa bak ditusuk sembilu
Sirahnya terkandung di kitab-kitab sejarah…
Namun dirimu…
Tetap tabah dan pasrah menghadapinya…
Kerana memegang amanah Ilahi…
Menegakkan kalimah suci Allah…
Di tanah bumi yang gersang…
Menyuluhkan cahaya ke jalan kebenaran.

Muhammad ,
Jasamu seluas lautan…
Tak bisa untukku membalasnya…
Kalaupun ada hanyalah secebis Cuma
Akan kuturuti segala ajaranmu…
Yang tersingkap di balik sunnahmu…
Moga itu bisa menggembirakan dirimu
Wahai kekasihku…habibi Mustafa

** sajak ni ummi hasilkan masa tahun 2004 kalau tak silap. Pernah dan selalu disiarkan di IKIM.fm.

Dah lama ummi tak tulis sajak...rindunya...................

Sunday, November 21, 2010

- Princess ummi & abah -

Princess ummi & abah semakin bijak dan nakal :) Sungguh terhibur dengan gelagat Auni. Sekarang ni ummi angkat bendera putih kalau nak lumba lari dengan si princess tu hehe. Kasi can kat abah lah yang lumba lari dengan Auni. Auni memang menangis kalau ummi dan abah masukkan dia dalam katil. Iyalah, ummi dan abah nak mengemas rumah, kalau si kecik tu ada mesti dia sepah-sepahkan balik apa yang ummi kemas. Kalau ummi kemas sini, dia sepahkan sana. Kalau ummi kemas sana, dia sepahkan sini. Main kejar-kejarlah dengan dia hehe...

Auni pun kalau dengar enjin kereta abah, laju dia sebut "abah!". 2-3 kali juga dia sebut perkataan tu. Sampaikan kalau tengah menyusu, dia mesti berhenti jap dan bangun pastu sebut abah lagi. Kalau kenderaan lain yang lalu, dia buat tak reti je. Buat selamba je macam kenderaan tu tak wujud (^_^).

Masuk je kereta, "Nok"...kadang-kadang ummi dengar dia sebut "nop" :) heheh, maknanya nak. Masuk kereta je, dia akan cari apa-apa yang boleh dimakan. Selalunya ummi letak biskut dalam kereta. Selagi dia tak dapat, dia sebut nok..nok..nok...Kalau takde makanan dalam kereta, habislah mengamuk dia.

Auni pun dah pandai ikut arahan.

"Adik yak (buang air besar) ye? Buka seluar, ummi cebukkan"

Terus je dia buka baju hehe. Kadang-kadang tu, dia sendiri akan buka seluar kalau pampers dah penuh sangat. Auni buka seluar bukan dengan tangan, tapi guna kaki juga. Camana tu? Err...payah juga nak explain, tapi gitulah :) dia buka seluar guna dua-dua kaki.

Auni pun selalu Qiyamullail. Jangan tak tahu, setiap malam dia Qiyamullail. Alhamdulillah....cuma ummi dan abah je jarang-jarang Qiyamullail. Mata Auni akan terbuka luas jam 4-5 pagi. Kalau tak masukkan semula dalam katil, mesti dia merayau-rayau keliling rumah.

Ummi perasan, si kecik ni tak suka makan kek dan seumpamanya. Mesti dia ludahkan semula kalau yang masuk dalam mulut dia tu kek dan adik-beradiknya. Sayur pun macam tu juga. Kalau makan nasi, ada sayur...nasi tu dia makan. Sayur tu dia buang. Ummi tak perasan sejak bila dia tak makan sayur.

** Anak ummi & abah.........dikaulah penghibur duka lara (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...