:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, July 22, 2010

- edit gambar -

Bismillahi walhamdulillahi...

Aiyyo...sudah berapa tak kemaskini blog hehehe. Mula bersawang dah ni :) Walhal balik opis duk depan laptop sampai awal pagi huhu. Ops, Ummi Na bukan duk sesaja. Ada kerja (^_^) Sekarang ni banyak buat keje opis dan edit gambar untuk projek terbaru. Projek apa?

1) Edit gambar kahwin Cikgu Zue
Sekarang ni Ummi Na tengah edit gambar-gambar kahwin cikgu sekolah Abah Yie. Dia nak suruh buat movie la tu. Seronok edit-edit gambar ni. Ummi Na memang suka buat kerja ni hehe. Dah habis buat DVD untuk BIG, la ni kami buat cikgu Zue punya. Kita tengok apa hasilnya nanti ye!!

2) Edit gambar-gambar Auni
Haaa, bestday princess ummi tu tak lama lagi. So, ummi saje je lah edit gambar-gambar dia sejak lahir sampailah sekarang ni. Masa awal-awal lahir hingga 3-4 bulan, gambar si 'tomel' =comel tu memang banyak sangat. Maklumlah, masa tu ummi dia tak banyak sangat 'kerja'. Sekarang ni, tengok gambar-gambar dia dalam folder, ayoyo....sikit je. Seciput orang cakap. Maknanya, ummi dia 'malas' nak tangkap gambar Auni lah ni......

Cakap pasal Bestday Auni, ummi dan abah Auni bercadang nak buat jamuan kesyukuran di Shah Alam masa 1 Syawwal nanti. Sebabnya, masa tu meriah banyak...semua sedare-mare berkumpul kat rumah abah Ummi Na. Lagipun, bestday Auni nanti dalam bulan Ramadhan. Cadangnya kami nak baca doa selamat je waktu ni. Apa pun, masih belum tahu keputusannya kerana semua ni masih dalam perbincangan 'round table' family kami - abah - ummi - auni (^_^)


** berat Auni sekarang (11 bulan) = 7.4kg je......

Friday, July 16, 2010

- CUTE LIL MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST -

Assalamualaikum semua.

Tadi, kami berjalan-jalan ziarah blog kawan-kawan dan keluarga. Auni seronok sangat sebab dapat jumpa ramai kawan (^_^) Ada kawan baru lagi tu. Tiba-tiba masa jalan-jalan, Auni terjumpa blog Damia ni. Cooomel sangat2!! Yeye, Auni dapat kawan baru.

Rupa-rupanya tak lama lagi birthday Damia. Walid dan ibu Damia ada buat contest. Contest apa? Itu...Cute Lil Muslim & Muslimah Contest. Penyertaan ni terbuka kepada kawan2 yang berumur bawah 5 tahun tau. Lelaki dan perempuan. Erm, yang lelaki bolehla pakai kopiah/songkok. Kalau nak pakai satu set baju melayu atau jubah pun boleh. Mesti comel, kan?Untuk kawan-kawan perempuan mesti pakai tudung. Barulah namanya Muslim dan Muslimah, kan? Kawan-kawan bolehla pergi blog DAMIA RUJHAA ni ye untuk info yang lebih banyak lagi. Tak rugi, sebab kawan2 boleh dapat raaaamai kawan baru macam Auni hehehe.

From Damia':

Hai kawan2..nama saye Damia' Rujhaa binti Ahmad Zainol Arifin.. Mia dilahirkan pada 20 Julai 2009 di Kuantan.. tak lama lagi birthday Mia.. haa..ajak laa ibu ayah kawan2 datang rumah Mia nanti... ni birthday pertama Mia..haaa sempena birthday Mia ni, walid Mia buatla contest ni..nak kumpul2kan kawan2 Mia kat luar sana.. haa..ape lg kawan2.. jom la..mintak ibu ayah kawan2 snap gambar kawan2 yang paaaaaling cute skali... walid cakap ade hadiah menarik menanti kawan2..tak dapat datang umah Mia pun takpe.. nanti Mia suruh walid post hadiah tu kat kawan2..hihi... =p walid cakap, cara nak sertai contest ni mudah je kawan2.. ok meh Mia nak terangkan satu2...



Dengan izin ummi dan abah, Auni dapat juga masuk contest ni. Pertama kali Auni masuk contest ni tau. Auni nak cari ramai kawan, jadi sape-sape yang nak berkenalan dengan Auni bolehlah jenguk blog Auni juga :) Auni harap Damia dan kawan2 kat luar sana sudi jadi kawan Auni ye (^_^)

Nama : Auni Nafeesa binti Mohd Fikry
Umur : 11 bulan
Tarikh Lahir : 29/08/2009


.: Selamat Hari Lahir Damia' Rujhaa :.
Semoga membesar sebagai srikandi mukminah sejati dan menjadi anak solehah


- agak2 birthday Auni bulan depan...ummi dan abah nak buat apa ye?

Ops! pssst, kawan2...entry ni Auni guna blog kami......................

Thursday, July 15, 2010

- B.I.G -

Assalamu'alaikum semua.

Alhamdulillah, dapat juga ummi curi-curi taip dalam laptop ni. Sejak dua menjak ni jaranglah ummi dapat menaip 'bebas' macam dulu-dulu. Sebab apa? Abah Yie sedang guna laptop ni. Banyak sangat kerja yang dia buat. Kerja sekolah, kerja-kerja kuliyah dia terutamanya B.I.G nya tu. Eh, BIG tu apa? (^_^) BIG = BESAR?

Bagi anda yang belum mengetahuinya, B.I.G ni singkatan bagi Bina Insan Guru. Sebenarnya, dah hampir sebulan Abah yie pergi Kem BIG ni. Tak silap ummi, kem ni bertujuan untuk menguji dan membina ketahanan fizikal dan mental guru-guru. Kem BIG ni adalah kerjasama antara Guru-guru YIK dan UUM.

Ummi Na tak nak ulas panjang pasal BIG ni, cumanya Ummi Na nak ceritakan sikit pengalaman Abah Yie ni. Dia diamanahkan untuk menyiapkan movie maker untuk program ni. Alhamdulillah sangat, sebab akhirnya movie ni hampir siap 95%. InsyaAllah siap 100% dalam minggu ni. Kalau nak ikutkan, dah lama siap dah movie ni. Namun, terlalu banyak halangan dan masalah yang berlaku ketika proses menyiapkan movie kali ni.

Kalau sebelum-sebelum ni, kami tidak mengambil masa yang lama untuk membuat movie. Hampir sebulan jugalah kami mengambil masa untuk membuat movie BIG ni. Terpaksa berkorban masa dan tenaga yang ada. Dengan kerja-kerja sekolah, kelas yang perlu dihadiri pada hujung minggu, belum lagi urusan keluarga di rumah, kerja-kerja luar dan sebagainya. Kadang-kadang ummi perasan yang Abah Yie jarang tidur malam. Bila ummi terjaga tengah malam, nampaklah dia tengah edit movie tu. Tersengguk-sengguk juga depan laptop tu hehehe.

Bila Abah Yie tunjuk movie yang dah siap pada mulanya, ada juga komen positif dan kritikan membina yang diterima. Namun, dengan komen dan kritikan itu jugalah Abah Yie mengedit semula movie ni. Daripada segi design, pemilihan gambar-gambar dan lagu, cover, susunan letak gambar dan sebagainya. Movie kali ni kami menggunakan gabungan movie maker 2.6 dan swish. Namun pada saat akhir, kami menggunakan program "Ulead" untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

Terima kasih kami (Abah Yie terutamanya) ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menghasilkan movie BIG yang amat hebat ini. Juga jutaan terima kasih kepada peserta BIG kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Abah Yie untuk membuat movie ini yang sebenarnya tidak dirancang pada awalnya. Segala komen dan kritikan yang membina amatlah diharapkan agar kami dapat membuat movie yang lebih baik dan hebat daripada ini.

Maaf dipinta andaikata terdapat kekurangan dan kelemahan kami ketika menghasilkan movie ini. "Bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak. Namun, andaikata kita telah berusaha sehabis daya dan sehabis baik, yakinlah bahawa usaha kita itu pasti membuahkan hasil yang hebat"- (ayat untuk pujuk diri sendiri hihihi).

Saturday, July 10, 2010

- Cameron Highland? -

Salam hujung minggu.

Erm, rasanya dah tiba masanya kami ber-3 pergi bercuti :) Dah lama sangat tak pergi bercuti. Sekali dulu je rasanya, masa honeymoon awal-awal kahwin hehe. *thanks cik udi bagi hadiah Sudara Beach Resort sebagai hadiah perkahwinan kami :p

Cadangnya nak pergi Cameron Highland lah. Kali terakhir Ummi Na pergi masa di Matrikulasi UIA PJ dulu. Lamanya tak rasa suhu dingin C.H ni hehehe (^_^) Okey juga kalau pergi C.H 2 hari 1 malam je. Jalan-jalan pergi ladang teh, strawberry, pasar malam, taman rama-rama. Bestnya yeyeye.

with Mukha, kawan baik Ummi Na ni

Atok ngan nenek Auni di ladang teh baru-baru ini

** Jeles betul, atok ngan nenek serta family S.Alam pergi C.H tak ajak Auni pun huhuhu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...