:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, July 03, 2010

- aktiviti hujung minggu -

10:30 pagi - 2.00ptg

1) Pergi Pasar Khadijah
2) Mydin Textiles, Kota Bharu
3) Mydin Mall, Kubang Kerian
4) Beli charger HP dan lauk

*** dapatlah beli 2 pasang tudung Auni kat Mydin Textiles tu

tudung masa nak pergi jalan-jalan

1- tudung warna pink ni comel dan sangat sesuai untuk si comel ni

2- tudung kaler biru ni menjadikan Auni nampak macam budak besar je hihihi

Ummi dan abah tak beli apa pun. Sebenarnya masa singgah Mydin Mall Kubang Kerian, ummi ingat nak beli ayam goreng yang selalu Ummi Na beli kalau singgah Mydin. Tapi tak dapat huhuhu. Auni tidur dalam kereta. Abah Yie solat. Takpela, lain kali kita singgah beli ayam tu okey!

Friday, July 02, 2010

- Picasa -

Hari ni memang rasa letih sangat-sangat. Auni pula masa siang tadi tak berapa nak tidur. Time ummi nak buat kerja, dia bangun. Time ummi nak rehat pun dia bangun. Sekarang ni Auni makin aktif sangat. Tak boleh duduk diam, ada je yang dia nak main. Bila kita angkat, dia marah. Kalau boleh, dia tak nak siapa-siap pun pegang dia. Dia nak main sendiri tanpa diganggu. Amboi anak ummi ni...

Hee..ini bukan cerita utama sebenarnya. Ummi Na sebenarnya nak letak gambar yang Ummi Na edit guna Picasa. Dulu (sebelum kenal Picasa), Ummi Na edit gambar guna Adobe Photoshop. Ummi Na suka sangat edit gambar guna Picasa sekarang ni. Cantik dan mudah aplikasinya tu. Macam Adobe, agak rumit sikit. Kadang-kadang tu Ummi Na edit gambar guna Adobe dan Picasa juga. Jom kita tengok gambar-gambar ni...

Ni gambar masa Auni dapat tudung baru tu...

gambar ni kat luar rumah...auni pakai tudung kaler lain
(soft focus & black n white)

Auni kan anak abah...dia selalu sebut 'aaa...baaaah'

ha...ni paling ummi suka...tengoklah tu, tunjuk apa entah masa ni kat Auni


Banyak lagi gambar yang Ummi Na edit sebenarnya. Sejak ada anak ni, memang GILA EDIT GAMBAR je hihihi. Ada je gambar yang nak di edit. Tak banyak, sikit pun jadilah. Folder dalam laptop Ummi Na pun dah penuh dengan gambar je.


** Ahad dan Isnin ni ummi ambik cuti sebab pengasuh Auni pergi Vietnam (rumah anaknya). Agak-agak, bilalah kami ni dapat gi Vietnam? Jangan kata Vietnam, Sabah Sarawak pun tak lepas lagi huhuhu

Friday, June 25, 2010

- tudung Auni -


Petang semalam ummi dan abah pergi Mydin beli barang-barang keperluan Auni. Antaranya pampers dan susu. Masa kat tingkat atas Mydin tu, mula-mula nak cari dompet ummi. Tapi tiba-tiba mata ni terpandang kat tempat tudung kanak-kanak. Apa lagi, kami pun menjamu mata lah sekejap. Belek punya belek, kami berkenan dengan sehelai tudung warna krim + hijau muda ni. Cantik sangat, mesti sesuai ngan Auni hehe. Beli lah satu, harga pon okey dalam RM5.90 kalau tak silap. Mahal ke? Okeylah tu sebab cantik sangat design dia tu.

suka sangat dapat tudung baru si Auni ni...tengok tu, ketawa besar dia

Auni macam kakak aisyah laaaa

si manja comel lote ni.....

Wednesday, June 23, 2010

( Pizza-Pizzu )

Tadaaaa!!

Kali ni ummi nak berkongsi resepi terbaru. Ummi namakan 'PIZZA-PIZZU' hehehe. Amatlah mudah dan jimat sekali untuk buat pizza ni. Mana ummi dapat resipi? Kawan ummi yang bagi. Thanks kat Ummu Syifa' eh! Ummi Na suka sangat. Ni first time ummi wat pizza. Syyy, malunye...nampak sangat cam tak pandai buat pizza kan?

Balik opis tadi ummi singgah PT (Pantai Timur) beli bahan-bahan nak buat pizza. Petang tu sampai rumah terus buat pizza. Punyalah semangat hihihi. Jom tengok bahan2 untuk buat PIZZA-PIZZU :-

bahan A
- 1 labu bawang besar (mayang halus)
- sedikit daun bawang (dimayang juga)
- lada sulah / lada hitam (ditumbuk halus)
- sedikit garam
- sedikit cili besar / lada benggala
- sosej (dipotong kecil-kecil) boleh tambahkan daging ayam kisar / daging burger / udang
tapi kena potong kecil-kecil ye

bahan B
- 5 biji telur biasa / 3 biji telur gred A (dipukul agak-agak sampai kembang)

bahan C
- 5 keping roti gardenia (dicarik halus)

campurkan semua bahan A. Gaul sebati

masukkan bahan B, gaul hingga sebati. Pastu baru masukkan bahan C, kacau-kacau sampai mesra semua bahan A, B dan C

Dah mesra, agih kepada 3 bahagian. Letak atas kuali yang telah dipanaskan bersama sedikit minyak. Pastu guna api perlahan dan tutup kuali tersebut.
(kalau nak buat sekaligus boleh juga, tapi kenalah kuali besar. Ummi rasa guna yang kecik lagi menarik dan cepat masak.....)

Pizza-Pizzu versi Auni dah sedia untuk dimakan!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...