:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, January 02, 2010

- makcik kecil -


Balik Shah Alam hari tu, sempatlah Ummi Na pergi ziarah makcik kecil Auni (adik sepupu Ummi Na) yang baru. Rasanya dah 20 hari umur baby ni. Namanya Nurul Afiqah binti Mohd Faidin. Ummi Na tak ingat Fiqa ni lahir bila hehehe. Fiqa ni ana kedua pakcik Ummi Na. Tengok ajalah gambar-gambar ni...

Tengok tu, lebat sungguh rambut Fiqa. Rambut Auni?

gambar kiri : Sempat juga kami nak posing..
gambar kanan : Nurul dengan baby kecik

Inilah ayah Fiqa...pakcik Ummi Na...adik bongsu kepada emak...

gambar atas : Nurul & Afif (anak sulung pakcik Ummi Na)
gambar bawah : bersama anak-anak kecil


** sebelum pergi rumah pakcik, sempat lagi Ummi Na ke sekolah KAFA bayarkan yuran adik. Apalagi, posing lah kejap dengan Kak Jun

- Happy Bestday Yayang @ Nurul -

Alhamdulillah, Rabu lepas (30/12/2009) genaplah 6 tahun usia anak buah Ummi Na yang duk kat umah tu. Ui, 6 tahun dah rupanya. Tapi masih manja hehehe. Petang Rabu tu kami ke Giant Shah Alam untuk membeli-belah. Kita tengok ajalah gambar-gambar di bawah ni...


Birthday Girl

...dah 6 tahun rupanya tuan puteri ni. Cepat sungguh masa berlalu. Moga menjadi anak yang solehah, penyejuk mata ayah dan mama ye...

Selamat Hari Lahir Yang ke-6
NURUL ELYSHA HANA @ Yayang

Suapan untuk mama...

...pasni dah tak boleh nakal-nakal. Kena ikut cakap mama ye...

Ini pula untuk acik ina..

...nak posing juga walaupon masa ni tengah nak baca doa...

antara makanan yang berjaya disediakan..

...sempatlah kami goreng nugget dan samosa tu. Ummi Na buat dessert, yang lain pun turut sama gotong-royong membuat persiapan...

antara senario yang sempat di "tangkap"

...tetamu pun cuma dalam 5-6 orang yang datang, tapi cukup meriah. Seronok waktu ni berkumpul ramai-ramai...

Kek coklat..sedapnya...yummy

...sebenarnya banyak sangat pilihan, sampai rambang mata dengan kek-kek yang dijual. Akhirnya, kek coklat ni jadi pilihan...

hadiah untuk yayang daripada acik yie...

...kena beli 2 set hadiah ni sebab si Zikri tu 'pantang' nampak kakaknya dapat hadiah. Dia pon nak sama dapat hadiah walaupun bukan birthday nya...

ini hadiah daripada mama pula...

...jam tangan tu jenama barbie sebab si yayang ni memang suka dengan barang-barang barbie...

set alatulis dan jam tangan barbie...

** Kenyang sungguh la malam tu...habislah, bertambahlah kalori dalam badan ni huhuhu

- Oh, my Shah Alam -



Alhamdulillah, kami pulang jua ke Shah Alam pada minggu lepas. Pulang selama 3 hari sahaja. Namun seronok sangat sebab dapat berkumpul bersama keluarga. Banyak sangat aktiviti yang kami buat. Cumanya kali ni kita tengok dulu gambar-gambar ni...

Apalah kepala Auni ni senget sikit...tak nak pandang kamera pun..


kita bergambar dulu sebelum bertolak...

Hai, Auni cantik tak posing macam ni?

Si tembam yang menggeramkan ummi nya...hehehe

Auni syok sendiri dengan jari jemarinya...

Saayang anak abah...

Waaa...nak susu..nak susu...

Ala sayang cucu nenek...jangan nangis..sayang..sayang...

Tidur pun Auni...


Tengoklah Auni...sampai meleleh air liur dia tu..

Auni tido setelah Ummi dodoi...pinjam buaian Safiyya

Sekian...bersambung lagi ye...


- Family Day RISDA -

Salam to all of you...

Erm, banyak sangat kerja sampaikan nak update teratak ni pon tak berkesempatan. Cerita pasal Family Day RISDA pon dah 'basi'. Hehehe. Lagipon takde sangat cerita menarik yang nak dikongsi pasal FDR ni. Kami cuma pergi sekerat hari je coz masa tu Auni dah meragam. Menangis tak henti-henti. Kebetulan ada sahabat kami nak datang rumah. Mujurlah Ummi Na sempat cabut hadiah bertuah tu hehehe. Cuma tak dapat nak merasa gulai daging tengahari tu huhuhu. Takpelah, bukan rezeki kami hari tu.

Tengok jelah gambar-gambar yang sempat ditangkap ni.

Kenapalah time ni Auni tak pandang kamera?

Anak abah yang comey ni...!

tertidur dalam perjalanan...nyenyak betul

Penerangan dari AJK Sukaneka...bla..bla..bla...

Anak-anak staff tak sabar nak bermain tu..

Acara yang ni je sempat disnap photo nya...huhuhu

Apa air liur Auni ni meleleh...

Auni dah bosan tunggu ni...(lambatnya nak balik huhuhu)

Dah mula meragam tu....

Habis dah. Hadiah? Huhuhu, tak ingat langsung nak ambik gambar. Yang pasti Ummi Na dapat hadiah pembakar roti, sim kad maxis dan makanan ringan. Takpelah, tahun depan kita tangkap lagi banyak gambar. Ok, bye..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...