:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, November 22, 2009

- Pokteh & Mokteh -

Salam hujung minggu...

Ini hari Ahad..hari ini hari Ahad. Hehe, selalunya hari Ahad ni ramai yang buat kenduri kahwin, kan? Kalau kat negeri lain, ahad cuti. Jadi bolehlah pergi kenduri tu bila-bila masa. Kelantan ni hari Ahad kerja, jadi agak payah sikit nak pergi kenduri tu (Ummi Na lah...) Jadinya, disebabkan hari ni nak pergi 2 kenduri, Ummi Na pon ambiklah cuti rehat sehari (^_^) - Nak gi kenduri pon sampai amik cuti rehat, ada tak orang lain buat cenggini? Makanya bos-bos di luar sana, silalah periksa dengan teliti agar anak buah anda tidak termasuk dalam senarai yang amik cuti rehat semata-mata nak gi kenduri hehehe.

Sebelum nak cerita panjang, awal-awal lagi Ummi Na dan suami nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sahabat-sahabat kami yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan ni dan bulan depan. Ramai sangat, sampaikan bertindih-tindih tarikh. Tak tau nak gi mana satu. Ada yang kami boleh pergi, ada juga yang tak boleh. Maaf ye!

Ucapan tahniah kepada pasangan mempelai dan bakal mempelai :

Mokteh & Pokteh (22/11/2009)
Ros & KD (22/11/09)
K.zuni & Mior (29/11/09)
Maar & Afifi (06/12/09)
Puah & Nordin (19/12/09)

Sampailah saatnya...nak cerita pulak pasal kami pergi walimah Pokteh dan Mokteh. Apasal kami panggil Pokteh dan Mokteh ye? Ntahlah...hehehe.Sedikit info mengenai mempelai :

Suami : Muhammad Hanafi bin Masri / 24 tahun
Isteri : Rasidah bt Ahmad / 25 tahun
Tarikh nikah : 22/11/09 (sure lkah hari ni....tu yang tadi cakap gi umah dia)
Asal : Napi (Johor) / Kak Shidah (Kelantan)
Tema perkahwinan : Merah campur krim...kot. (kot?)
Bidang pengajian di UIA : Ilmu Wahyu (dua-dua tu...)

Yang syoknya, kami pon pakai baju warna merah...samalah pulak dengan mempelai (^_^) Malas nak story panjang, apa kata tengok je gambar-gambar ni...

hadiah apa tu...? Rahsia...

eksklusif bersama pengantin baru...merah semuanya.

So sweet (^_^)

Haha, apalah kata Pokteh dan Mokteh ni bila baca posting terbaru kami ni. Okey, apa pun selamat bergelar raja sehari untuk mempelai...daripada Auni, Abah Yie dan Ummi Na.

** Auni tak ikut sebab dia demam. Kesian anak ummi ni...

*** teringat Mokteh dan Moktam...gelaran anak sedara Ummi Na (Momok Putih & Momok Hitam)

Friday, November 20, 2009

- cermin mata ummi -

Salam semua...

Hari ini hari Jumaat. Di luar hujan sedang turun dengan lebatnya. Kami berdua kesejukan di dalam rumah. Di dalam rumah ini hanya ada Ummi Na dan Auni. (hehe, skema betul ayat kali ni...apa daa) Erm, sejuknyalah. Hujan memang turun tak henti-henti dari kelmarin lagi. Mujur kawasan rumah kami tak banjir.

Auni baru lena. Memang hanya tinggal Ummi Na dan Auni sahaja kali ni. Abah Yie ada program luar dari malam semalam. Pagi tadi pula, mertua pergi hantar adik ipar Ummi Na ke Pasir Puteh. Juga ada program. Makanya, tinggallah kami berdua dalam kesejukan ni hehe.

Sebelum-sebelum ni Auni dah cerita pasal kawan baru dia lah...pasal barangan kesayangan umminya (sayalah tu...)...kali ni Ummi Na pula nak cerita. Apa dia? Mai baca seterusnya...


Haa, ini apa? Cermin mata. Bagus...inilah cermin mata Ummi Na. Dah setahun Ummi Na pakai. Masuk ni, dah berapa cermin mata yang Ummi Na pakai sebenarnya. Paling lama pun, setahun aja. Kalau tak Ummi Na yang terpijak, adik-adiklah yang pijak. Hehehe...

Power? Kali terakhir Ummi Na check, 1xx. Kalau tak silap, Ummi Na silau sebelah kiri. Kali pertama Ummi Na mula pakai cermin mata ni masa tingkatan dua dulu. Dah bermacam-macam jenis bingkai Ummi Na pakai. Ingatkan kali ni bolehlah bertahan lama. Rupa-rupanya...


Tadaaaaa...

Cermin mata ni minta tukar yang baru pulak! Adoilaa...duit lagi. Nampak tak cermin mata Ummi Na ni dah rosak. Ummi Na terpijak masa kat surau opis minggu lepas. Memanglah susah sangat kalau cermin mata ni rosak. Dahlah penglihatan tak jelas, susahlah lagi nak buat kerja. Huhuhu. Camana ni? Nampaknya nak kena tunggu bonus bulan depan baru boleh buat cermin mata. Gaji bulan ni nak digunakan untuk aqiqah Auni...

Okey, ni je yang Ummi Na nak cerita. Bersambung di lain masa....

** Pasni kena beli cermin mata BESI kot..baru tak rosak hehehe

Thursday, November 19, 2009

- kawan baru Auni -

Salam kepada semua...

Kali ni Auni nak tunjukkan kawan baru Auni. Kawan baru? Hehehe, jangan cemburu. Auni ada kawan-kawan baru. Semuanya comel belaka (macam Auni yang memang comel ni...) Jom tengok kawan-kawan Auni ni...

Froggy + hyppo + kwek + debby

Haaa, comel tak kawan-kawan Auni? Comel sangat kan? Semua ni Tok Sue yang bagi. Thanx Tok Sue. Saaayang Tok Sue (^_^). Auni sukalah dengan hadiah ni. Auni picit je, dia keluarkan bunyi. Entah kat mana Tok Sue jumpa kawan-kawan Auni ni.

Ummi dan abah yang beri nama kat semua kawan Auni ni. Pandainyer...hehehe.

Okey...Auni tak nak citer banyak-banyak. Auni nak letak gambar je dalam blog kali ni...jom tengok!

Auni dan ummi serta abah. Masa ni kami duk depan tv

Auni dah pandai senyum tau...tengok tu Auni senyum, comel tak?

Friday, November 13, 2009

- Haziq -

Salam untuk semua pengunjung Teratak Mawaddah yang Auni sayang :) Hari ni hari Jumaat ya, sekali lagi...JUMAAT. Kenapa? Saje je Auni nak bagitahu hari ni hari Jumaat hehehe. Baaanyak sangat yang Auni nak cerita sebenarnya. Auni akan citer satu persatu. Ok tak?

Kita tengok dulu gambar Auni yang terbaru ni...

Ada perubahan tak? Yaa...semakin tembam ini budak.

Erm, alkisahnya begini....petang tadi kawan Auni datang. Siapa?

Nama : Mohd Haziq Ahwaz bin ....... (Auni lupalah nama ayah Haziq hehehe)
Nama timangan : Haziq
Tarikh Lahir : 31/08/2009 (selang 2 hari dari tarikh Auni lahir...)
Tempat lahir : Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (sama ngan Auni...)
Berat sekarang : 4.9kg (Auni 3.3kg....kurusnye..)

Tengoklah tu...Auni tido je. Haziq pulak senyum bila ummi tangkap gambar dia. Comel tak Haziq ni? Ummi Haziq tu sebenarnya kawan abah dan ummi masa kat UIA dulu. Tak sangkalah pula kami lahir di hospital yang sama. Haziq ni anak MERDEKA tau. Tanggal 31 bulan 8 2009, hari yang mulia hari bahagia, Haziq lahir jadi anak MERDEKA (sila nyanyi macam Almarhum Sudirman nyanyi....)

Ummi Haziq bagi hadiah kat Auni. Banyak betul koleksi botol susu Auni. Setakat ni Auni ada 10 botol susu termasuklah yang ummi Haziq bagi.

Sambil tu, tengoklah gambar terbaru Abang Razeen (anak Meksu) dan Fawwaz (anak Cik Un) ni...


** Kawan Auni semua "boy" huhuhu...takde "girl" ke?
Senarai kawan Auni setakat ni :

1- Razeen
2- Fawwaz
3- Haziq
4- Abang Haris

- Auni nak kawan-kawan dengan Qisy (anak Uncle Amin) boleh tak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...