:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, December 15, 2024

Kenangan Musim Tengkujuh Tahun 2024

 Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...
Arghhh, dah lama tak menaip dalam blog ni.
Rindunyaaa  ☺
Agak² masih ada ke yang ingat blog Teratak Mawaddah ni? Hihi

Dah bertahun tak update cerita, terkial-kial juga nak sesuaikan diri dengan beberapa perubahan yang ada dalam blog ni hehe.

Sekadar permulaan, marilah layan beberapa keping gambar kami yang terkini masa musim tengkujuh baru ni.

Abah intai kawasan katanya...

Abah & Kak Long. Ummi tak ikut keluar tengok air. Maklumlah, sibuk di dapur haha.

Lorong depan nak keluar taman


Sebenarnya semua dah bersiap nak ke sekolah dan ofis pagi tu. Tapi tak berani nak redah air sebab tinggi.
Jadi masing² duduk rumah je lah...


Menu yang membuatkan semua menambah nasi...
Ikan rebus goreng
Sayur masak lemak
Budu

#prayforpantaitimur

Friday, August 06, 2021

Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Keluarga Bin Bilan

Alhamdulillah.
Malam tadi telah diadakan majlis perjumpaan keluarga besar sebelah mak akak.
Keluarga besar Bin Bilan menghimpunkan 4 generasi.
Syukur dapat join program malam tadi walaupun dibuat secara maya.

Bacaan Yaasin diketuai oleh Imam Muda Fikry 


Terima kasih semua dapat join majlis malam tadi.
Terima kasih kepada penganjur otai2 bin bilan.
In shaa Allah lain kali kita buat lagi dan harapnya bertambah ramai penglibatan ahli hehe.

Sama2 doa supaya kita dapat berkumpul ramai2 sambil makan Nasi Ambeng lepas Yasinan.

Tak puas rasanya berborak tanpa jumpa depan-depan hehe. Rindu nak masak sama-sama, nak bergossip haha, nak menyakat, nak bergurau-senda sampai bingit rumah nenek.



Semoga Covid ni cepat-cepat pergi.

Dah terlalu lama tak dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga

Thursday, August 29, 2019

Selamat Hari Lahir Kak Long


Selamat Ulangtahun Kelahiran kesayanganku 🌈❤️
10 tahun usiamu kini. 
Semoga menjadi penenang hati ummi, penghibur ummi di kala duka. Semoga ummi bertambah sabar dalam mendidik k.long yang semakin banyak akalnya 😁

Thursday, January 04, 2018

Resepi Pasta Spiral

 Alhamdulillah.
Berkesempatan nak buatkan sarapan untuk abah dan k.long sejak 1 Januari 2018.
Sebelum ni ada juga tak sempat buatkan sarapan yang heavy hihi.
Semalam buat Pasta Spiral + Chicken Egg Drop Soup.
Ahahhhh...nama sangat kerlass hihi.

Bahasa senangnya pasta dan sup ayam.
Boleh tak? Kikiki.
Tak menggunakan minyak yang banyak. Abah dan k.long suka, katanya sedap
dan kena dengan tekak melayu diorang.

Pasta Spiral

Ni cara ummi yang mudah :

Pasta Spiral (belilah jenama apa pun)
- panaskan air dalam periuk.
- bila dah mendidih masukkan sesudu minyak zaitun dan secubit garam
- masukkan pasta spiral (separuh plastik atau ikut berapa ramai orang yang nak makan haha) , dah agak lembut angkat dan toskan air. Ketepikan

Chicken Egg Drop Soup
- Dada ayam dihiris halus-halus. Ikutlah nak letak banyak mana. Ummi letak memang banyak, sedap hihi
- 2 @ 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar atau cincang halus)
- brokoli (potong kecil-kecil) dan lobak merah (potong dadu - kecil2)
- 2 biji telur (dipukul sedikit di dalam mangkuk kecil)
- sedikit bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
- perencah kohilal, garam, (sedikit lada hitam ditumbuk kasar)

***********
1- Tumis bawang putih dengan minyak zaitun.
2- Masukkan air hingga separuh periuk.
3- Masukkan dada ayam, biar hingga mendidih.
4- Masukkan segala sayuran pilihan. Masukkan juga garam, perencah, lada hitam
5- Masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
6- Last sekali masukkan telur yang dah dipukul tadi. Angkat mangkuk tinggi sikit, dan curahkan ke dalam sup.
7- Sambil tu tangan sebelah kanan sentiasa kacau sup masa kita curah telur tu 

Ok, siap.
Nikmati sup dengan pasta spiral tadi.
Nak kuah banyak, kuah sikit...terpulang.



Sunday, June 11, 2017

PERTAMA KALI


Syawal 1430h

Tahun pertama...
Pertama kali beraya sebagai suami isteri
Pertama kali beraya sebagai abah & ummi

Masa ni baru 22 hari melahirkan k.long hehe
Memang tengah dalam pantang sangat

Tapi...

tak boleh ank duduk diam
sibuk juga ikut beraya kat rumah pak sedara abang
sebuah rumah je...

Nampak tak degilnya k.mar ni?
Orang suruh pantang elok-elok kat rumah
kita sibuk nak gi rumah orang lain hahaha

Thursday, June 08, 2017

Ramadhan 1438h di Shah Alam (1)

Minggu lepas kami sekeluarga balik Shah Alam.
Sambut Ramadhan dengan family k.mar hehe. Sebab tahun ni tak dapat balik Shah Alam raya nanti. So, kita ambil cuti smbut Ramadhan kat Shah Alam.

Macam biasa, bila dah balik ramai-ramai ni..
adalah pembahagian tugas haha. Ada yang kena gi pasar cari lauk, ada yang buat air, ada yang masak itu ini. K.mar kali ni kena buat Ayam Goreng Berempah. Alahaiii, mudah je haha.

persiapan

(menu malam tu Shell Out, Ayam Goreng Berempah, Begedil,
Sup Kosong, Jus Mangga, Air Asam Boi) 

Memang happy dapat berkumpul semua adik beradik ni.
8 beradik, 6 ipar duai dan 10 orang anak sedara.
Gegak gempita rumah atok dan nenek haha.
Mujur rumah mak abah dah besar sikit sebab tambah ruang tamu dan bilik lagi satu.

 abang dan adik
baju pink tu Mia comeyyy.
Geram tau dengan budak kecit ni

 hambikkk
Shell Out penuh satu dulang. Kejap je licin hihi. 
Sempat makan sikit je sebab duk layan kerenah anak buah ni hah
Tapi memang TERBAIK Shell Out ni tau. Sedap!!

 semua tak sabar nak serbu hahaha
Yang baju pink siap tadah tangan tu....

sebahagian dari 26 orang haha
Puas hati sebab sama-sama masak dan sama-sama makan miahahaha

Okey, nanti kita sambung tengok gelagat anak sedara pulak.


Thursday, May 25, 2017

MENJELANG RAMADHAN

Hari ini.
Esok.
Lusa.

Ramadhan bakal menjelma.
Hari ni kitorang makan Laksa Penang.
Sedapnya ya Allah.......

K.mar dah lah suka sangat Laksa Penang ni.
Hari ni officemate merangkap bff belanja laksa.
Tapi...sebab k.mar demam dan sakit kepala, sepinggan ni je yang mampu masuk mulut.


Balik ni hajatnya nak buat cucur durian.
Bahan-bahan memang dah ada dan lengkap.
Harap-harap larat lah nak buat nanti hihihi



Tuesday, May 23, 2017

ANAKKU BERWAJAH BARU

Semalam lepas habis kerja terus ambil cermin mata Kak Long yang dah siap.
Ummi sebolehnya tak nak bagi Kak Long pakai spec huhu.
Tapi terpaksa lah bagi dengan berat hati. Kak Long tak rabun, tapi silau tinggi.

 "wajah baru" Kak Long

Ummi pakaikan sekali tali tu. Mudah hehe.
Nenek kata macam muka Tokmi =)


Yang biru tu spec Kak Long.
Spec ni abah dia lah yang tolong pilihkan. Masa ni ummi tak ikut.

Nanti kita ambik gambar berdua pakai spec hehehe

Thursday, May 05, 2016

Teruja & Tercabar

Ampunnn Ummu Muhammad, akak pinjam gambar ni hehehe
 
Teruja dan tercabar!
 
Hahah....apa benda yang membuatkan saya teruja dan tercabar ni? Aisehhhh. Dah lama saya blogwalking..blogwalking...blogwalking tak henti-henti ke Bayt Al-Iman ni tau. Saya teruja sebab Ummu Muhammad berjaya menurunkan berat badan beliau. Lebih kurang 10kg beliau buang berat badan tu hihi. Memang teruja bila saya baca kisah beliau JOM KURUS.
 
Tapi, kena saya rasa tercabar? Hehe...tercabar sebab UM istiqomah dalam menurunkan berat badan. Sedangkan saya? Hangat-hangat tahi ayam je. Awal tahun baru ni gigih saya berdiet, jaga pemakanan, bersenam untuk mengurangkan berat badan. Alhamdulillah, 2 bulan tu berat badan saya berkurangan. Memang rasa ringan je badan ni. Alhamdulillah...

Tetapi sudah hampir sebulan saya kembali malas untuk meneruskan diet ini hehe. Apabila penyakit M mula menguasai diri, memang agak sukar untuk hapuskannya. Kecuali dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kini, saya kembali bersemangat untuk meneruskan misi mengurangkan berat badan. Target awal, nak turunkan 10kg dahulu. Jom kita nantikan apa yang akan terjadi.

 

Sunday, March 06, 2016

Car & Room Perfume - Munif Hijjaz

Terujanya tengok car perfume by Munif Hijjaz ni tersusun rapi dalam kotak.
(^__^)


~ Wangian tanpa alkohol untuk kegunaan kenderaan dan bilik

Konsep wangian kami adalah jenis yang digantung. 
Hanya basahkan penutup botol wangian yang diperbuat dari kayu khas. 
Wangian yang melekat di penutup botol akan tersebar mengharumkan persekitaran anda.
Jika sudah kering, barulah kita terbalikkan lagi botol untuk membasahkan lagi penutup botol tersebut. 
Ini amat menjimatkan dan tahan lama. 

Wangian yang kami gunakan merupakan minyak pati dan tahan lama sehingga 30-45 hari 

Munif Hijjaz Car & Room Perfumes berkonsepkan mudah alih. 
Boleh digunakan di mana-mana sahaja seperyi di dalam kereta, bilik, ruang tamu, tandas dan atas meja di pejabat. 


Wangiannya tidak memeningkan kepala. 



~ Pembelian minima untuk car/room perfume adalah 2 unit/botol
 



- paris rose
- honey angel
- fizzy lime
- pandan fresh
- juicy orange
- aqua fresh
- aprikot
- blooming peach
- blueberry
- peach flowers
- fresh lemon

jom whatsapp 019-7289397 cepat2 untuk dapatkan stok ni. 
 

Friday, January 22, 2016

Japanese Cotton Gred AAA (1st batch)


JAPANESE COTTON GRED AAA

🌸 BIDANG 45"
🌸 KAIN SEJUK & LEMBUT
🌸 TIDAK LUNTUR SELEPAS DIBASUH
🌸 MUDAH DIGOSOK
🌸 BOLEH MIX & MATCH (2M+2M)
🌸 MINIMUM POTONG 2METER

🍃 Harga :
4METER RM75(SM)/ RM80(SS)

Berminat? Whatsapp 013-6943264 (Dian)









Tuesday, November 17, 2015

Produk Muslim Menjadi Pilihan

 Alhamdulillah.
v
v
v
v

Sebenarnya lama ummi menyepi dari dunia blogging ni sejak sibuk menguruskan urusan kerja di ofis dan sedikit bisnes kecil-kecilan =)

Ummi pilih untuk menjalankan bisnes kecil-kecilan untuk menjana pendapatan keluarga. Di samping itu ummi nak cari pengalaman hihi. Inilah bisnes yang sedang ummi jalankan.

1- Car/room perfume Munif Hijjaz
 

2- Better Olive Soap @ Sabun Ajaib Palestin
 

3- Coklat IQ (homemade) 


 In shaa Allah lepas ni ummi akan terangkan satu persatu kebaikan produk2 tersebut.
Jadi dengan penuh sukacitanya ummi nak invite semua rakan2 blogger, sudilah kiranya follow FB dan IG ummi ya =)

ig : @darihati_citer
fb : Marlina Mohtar
sms/whatsapp : 019-7289397







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...