:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, November 27, 2010

- Habibi Ya Mustafa -


Tanggal 12 Rabiul Awal di tahun gajah
Tangisan barakah memecah keheningan subuh…
Suara puji-pujian bergema di alam…
Kota Makkah disinari cahaya rembulan
Terangnya memancar di setiap pelusuk…
Zuriat teragung anugerah Ilahi…
Membuka lipatan mehnah sejarah…

Ya khatimul Anbiya’,
Kekasih Allah yang tercinta…
Peribadimu bak lembaran Al-Quran
Harumnya bak hembusan kasturi…
Disinari nur kasih Rabbul Izzati
Agungnya dirimu di sisi Ilahi

Ya habibil Mustafa,
Perjuanganmu penuh onak duri…
Tohmahan dan cacian menusuk di kalbu
Batinmu tersiksa bak ditusuk sembilu
Sirahnya terkandung di kitab-kitab sejarah…
Namun dirimu…
Tetap tabah dan pasrah menghadapinya…
Kerana memegang amanah Ilahi…
Menegakkan kalimah suci Allah…
Di tanah bumi yang gersang…
Menyuluhkan cahaya ke jalan kebenaran.

Muhammad ,
Jasamu seluas lautan…
Tak bisa untukku membalasnya…
Kalaupun ada hanyalah secebis Cuma
Akan kuturuti segala ajaranmu…
Yang tersingkap di balik sunnahmu…
Moga itu bisa menggembirakan dirimu
Wahai kekasihku…habibi Mustafa

** sajak ni ummi hasilkan masa tahun 2004 kalau tak silap. Pernah dan selalu disiarkan di IKIM.fm.

Dah lama ummi tak tulis sajak...rindunya...................

Sunday, November 21, 2010

- Princess ummi & abah -

Princess ummi & abah semakin bijak dan nakal :) Sungguh terhibur dengan gelagat Auni. Sekarang ni ummi angkat bendera putih kalau nak lumba lari dengan si princess tu hehe. Kasi can kat abah lah yang lumba lari dengan Auni. Auni memang menangis kalau ummi dan abah masukkan dia dalam katil. Iyalah, ummi dan abah nak mengemas rumah, kalau si kecik tu ada mesti dia sepah-sepahkan balik apa yang ummi kemas. Kalau ummi kemas sini, dia sepahkan sana. Kalau ummi kemas sana, dia sepahkan sini. Main kejar-kejarlah dengan dia hehe...

Auni pun kalau dengar enjin kereta abah, laju dia sebut "abah!". 2-3 kali juga dia sebut perkataan tu. Sampaikan kalau tengah menyusu, dia mesti berhenti jap dan bangun pastu sebut abah lagi. Kalau kenderaan lain yang lalu, dia buat tak reti je. Buat selamba je macam kenderaan tu tak wujud (^_^).

Masuk je kereta, "Nok"...kadang-kadang ummi dengar dia sebut "nop" :) heheh, maknanya nak. Masuk kereta je, dia akan cari apa-apa yang boleh dimakan. Selalunya ummi letak biskut dalam kereta. Selagi dia tak dapat, dia sebut nok..nok..nok...Kalau takde makanan dalam kereta, habislah mengamuk dia.

Auni pun dah pandai ikut arahan.

"Adik yak (buang air besar) ye? Buka seluar, ummi cebukkan"

Terus je dia buka baju hehe. Kadang-kadang tu, dia sendiri akan buka seluar kalau pampers dah penuh sangat. Auni buka seluar bukan dengan tangan, tapi guna kaki juga. Camana tu? Err...payah juga nak explain, tapi gitulah :) dia buka seluar guna dua-dua kaki.

Auni pun selalu Qiyamullail. Jangan tak tahu, setiap malam dia Qiyamullail. Alhamdulillah....cuma ummi dan abah je jarang-jarang Qiyamullail. Mata Auni akan terbuka luas jam 4-5 pagi. Kalau tak masukkan semula dalam katil, mesti dia merayau-rayau keliling rumah.

Ummi perasan, si kecik ni tak suka makan kek dan seumpamanya. Mesti dia ludahkan semula kalau yang masuk dalam mulut dia tu kek dan adik-beradiknya. Sayur pun macam tu juga. Kalau makan nasi, ada sayur...nasi tu dia makan. Sayur tu dia buang. Ummi tak perasan sejak bila dia tak makan sayur.

** Anak ummi & abah.........dikaulah penghibur duka lara (^_^)

- naik pangkat? -

(ummi update blog dari tempat ofis baru :p )
Saja nak bagitahu..ummi dah bertukar tempat sekarang ni. Sebelum ni ummi duk Stesen Pasir Mas, sekarang ummi naik pangkat hehe. Kalau dulu ummi duk tingkat bawah, la ni ummi naik tingkat 2. Okeylah tu.
Sekarang ni kerja belum ada sangat. Tunggulah hujung bulan ni...mesti macam lipas kudung huhu.
Okey, ummi sambung semula nanti. Saje nak test guna komputer belakang tempat duduk ummi hehehe....
Naik pangkat ke Naik tingkat??

Saturday, November 20, 2010

- imbas kembali -

Tadi ummi belek-belek gambar dalam laptop Tok Mah
(nenek sedara Auni = makcik abah)
Banyak betul gambar.
Ummi pun copy beberapa keping gambar Auni.
Sangat comel bila tengok gambar Auni.

tengok abah tu..siap buat macam-macam gaya
nak ambil gambar Auni (^_^)

Auni membelek muka ummi
Agaknya dia nak cakap muka ummi takde jerawat :p

"Muka Auni ikut siapa? Cuba teka..."
Ramai orang cakap ikut abah, tapi mata semestinya ikut ummi

Pertama kali Auni jejak kaki atas gigi pantai :)

muka nak nangis tu....

- hari ni ummi sangat2 letih sebabnya kejar-kejar ngan Auni.
Sampai tertidur keletihan...letihnya.....

** lain kali ummi masukkan gambar abah masa kecik2....lagi comel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...