:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, May 18, 2012

Gelagat di Mydin


Lewat petang tadi ummi ke Mydin Kubang Kerian nak mencari barang-barang dapur. Ramainya orang. Ingatkan ramai pergi KL sebab esok perlawanan Piala FA kan. Ternyata ummi silap. Penuh kereta kat luar Mydin tu. Masuk dalam, lagi penuh dengan orang ramai. Tengok di kaunter bayaran, mak aii?? Lautan manusia membanjiri kaunter bayaran hehe.

Bukan itu yang ummi nak cerita sebenarnya. Ummi cuma nak kongsikan gelagat orang ramai di Mydin ni.

Disebabkan barang yang ummi beli ngam-ngam 10 barang je, ummi layaklah beratur di Kaunter Ekspress. Ummi pun beraturlah dengan sabarnya walaupun terpaksa juga menunggu hampir 20 minit untuk membuat bayaran. Ummi dah perasan ada seorang lelaki ni pegang 3 barang di tangannya. Barangan bayi lah kiranya. Dia mundar-mandir berhampiran ummi. Dalam fikiran ummi, mesti dia nak potong barisan atau nak suruh orang tolong bayarkan. Ummi buat tak tahu sambil melayan mesej abah (^__^) Ummi tak pandang pun kat lelaki tadi tu.

Memang betul sangkaan ummi. Tak lama tu, lelaki tadi tegur adik yang beratur di hadapan ummi. "Dik, boleh tak tolong bayarkan barang ni? Boleh ye?". Alamak, muka adik di hadapan ummi tu dah berubah. Dia pun serba-salah ummi tengok. Kawan adik tu tak perasan. Adik depan ummi tu tak cakap apa. "Bolehlah ye? Tiga barang ni aja," lelaki tadi terus masukkan barang-barang tu dalam bakul adik di hadapan ummi. Lepas tu dia hulurkan duit. "Takpelah, encik tunggu kat depan lah" kata adik tu perlahan. Geramnya ummi!! Dush--dush--dush...hahaha.

Giliran ummi nak bayar. Ummi kaunter 19. Ada satu keluarga ni di kaunter 18, giliran dia juga nak bayar. Wah, ni bukan 10 barang ke bawah. 

Pelanggan : "Maaflah ye, saya tak perasan kaunter ni Kaunter Ekspress. Beratur lama dah, sampai sini baru tahu ini Kaunter Ekspress"
Cashier : Eh, takkan encik tak tahu. Dah tulis kat sini dah.
Pelanggan : Saya bukan tak tahu baca, tapi memang saya tak perasan pun. Alah, bukannya payah, saya juga yang bayar semua barang ni. Boleh kan? Anak saya bayar sikit, saya bayar sikit, isteri saya bayar sikit. Okeylah tu...
Cashier : Marah orang kat belakang tu nanti...
Pelanggan : Tak adanya nak marah.
Cashier : Lagi satu encik, minyak masak ni terhad seorang satu (keluarga) je
Pelanggan : takpelah, lagi satu isteri saya yang bayar

Waaa....geram juga ummi dengar tadi!

Adakah anda pernah mengalami situasi ini ketika di pasaraya? Boleh kongsikan bersama kami.


Thursday, May 17, 2012

Teratak Mawaddah : 16 Mei 2012

 Pagi tadi masuk ofis, terus buka laptop dan buka internet sebentar. Hajat nak siapkan blog Puspanita pejabat ummi. Tiba-tiba tergerak hati nak tengok Teratak Mawaddah.
Paling tinggi mencatat sejarah : 391 Pageviews (16.05.2012)
* nampak macam "jakun" lah pula...padahal orang lain berlambak lagi 500++ hehehe


Penangan Hilangnya Doa Seorang Ibu
Tengok tak cerita tu malam tadi?


ipad untuk anakanda solehah

 canggih anak ummi dan abah ni...dah ada ipad. Ummi baru merancang nak beli ipad...
dwibahasa : arab + english
ada surah, doa, nasyid, dan dilengkapi bacaan ketika solat.

 tak sabar buka hadiah yang ummi dan abah beri..

  eh, apa ni? Besarnya - kata auni dalam hati

ummi : laptop
abah : notebook
auni : ipad

canggih betul anak2 zaman sekarang ye (^__^)


Tiada Duka Yang Abadi


jawapan kepada soalan kecik_boyzz dalam entry Hilangnya Doa Seorang Ibu

*

*



Terima kasih Cik Anon tolong jawabkan (^__^)

* memang sedap lagu ni....ummi jatuh cinta bila dengar buat pertama kali


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...