:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, March 15, 2011

- Ayam Bakar Perindu Sepi -

Kebelakangan ni ummi asyik tak berkesempatan nak update blog. Memang buka blog hari-hari, tapi memang tak sempat nak jalan-jalan ziarah Sahabat Mawaddah sangat. Kesibukan kembali melanda, ditambah dengan sekarang ni ummi tengah sakit tekak dan kepala. Malam ni gagahkan diri juga nak tulis sesuatu di sini.

Malam baru-baru ni (ummi tak ingat malam bila...) lepas balik dari Kubang Kerian ummi tak masak nasi pun. Cuma bakar ayam dan sosej, serta celur lobak merah, lada benggala dan kobis. Konon-konon nak buat ala weatern food lah..hehe. Tapi kobis bunga dan brokoli takde, itu yang ummi celur kobis je. Memang itu ajalah sayur yang ada dalam peti ais.

- terliur tak? -

Bahan2 :
- 2 ketul dada ayam (dikelar-kelar halus)
- 4 ketul sosej (dikelar-kelar halus)
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 1/2 sudu lecil lada hitam
- 1/2 sudu kecil jintan manis
- 1/2 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil sos tiram
- 2 sudu kecil kicap cair
- 1 sudu kecil cili giling
- sedikit garam dan gula
- sedikit kunyit

Cara-caranya :
1- tumbuk halus bawang putih + halia + lada hitam + jintan manis + ketumbar
2- perapkan ayam dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi BERSAMA sos tiram + kicap cair + cili giling + garam + gula + kunyit. Ummi perap lebih kurang sejam je sebab nak cepat hehe.
3- Panaskan oven. Ummi panaskan 190 darjah celcius je.
4- Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam = 190 darjah celcius. Mula-mula ummi guna suhu bawah, setengah jam kemudian ummi guna dua-dua bahagian.
5- Begitu juga dengan sosej, cuma ummi panggang sekejap je. lebih kurang 10 minit.

Sementara tu, celur sayur-sayur tadi dengan air yang ditambah sedikit garam :)

Selamat mencuba....resepi yang sungguh mudah. Abah siap pesan kat ummi : "Lain kali ina buat macam ni selalu...."

Sunday, March 13, 2011

- Mari Mengaji -

aa..wa..ma..

tengok tu kaki si comel ni...siap silang kaki tu...

Mari mengaji kawan2....

nak baca surah Yaasin pula....

boleh juga baca sambil buat gaya macam ni....

Puteri Solehah
Permata hati ummi + abah
Auni Nafeesa bt Mohd Fikry
(^_^)

Friday, March 11, 2011

- binatang kesayangan saya -

Ini binatang kesayangan saya

Saya mempunyai seekor binatang kesayangan. Namanya "Cik Kam". Cik Kam sangat comel sebab Cik Kam ada seekor anak. Anak Cik Kam sangat kecik dan sungguh comel sekali. Tiap-tiap petang saya akan main dengan Cik Kam di padang.

Saya suka usap Cik Kam tapi saya tak suka mandikan Cik Kam. Bau dia sangat busuk sebab tak mandi. Cik Kam takut air eh? Cik Kam pun suka dekatkan badan dekat badan saya. Tapi saya tak kisah sebab saya tahu ummi akan mandikan saya juga selepas itu.

Cik Kam ada banyak ahli keluarga. Ada ayah, emak, suami dan anak. Semuanya tinggal sekali dalam satu kandang. Baru-baru ini Cik Kam bunting. Dia akan melahirkan anak bila-bila masa sahaja. Mesti anak Cik Kam comel, kan?

Kalau dalam sehari saya tak jumpa Cik Kam, saya boleh naik angin. Ummi kalau nak diamkan saya, sebut je nama Cik Kam mesti saya diam atau tak menangis. Nampak, saya memang tak boleh hidup tanpa Cik Kam di sisi. Tapi, apa boleh buat. Cik Kam ada anak, mesti dia nak tidur dengan anak dia kan? Ummi pun ada anak, mesti ummi nak tidur dengan anaknya kan? Dan anak itu adalah saya. Maknanya saya kena tidur dengan ummi sebab saya anak ummi, bukan anak Cik Kam.

Sekian sahaja karangan pendek saya buat masa ini. Saya sayang Cik Kam...


* ditulis oleh ummi kerana anakanda Auni sedang nyenyak dibuai mimpi (^_^)
** untuk tatapan anakanda Auni Nafeesa. Ketahuilah nak, inilah binatang kesayanganmu sewaktu kecil.

Thursday, March 10, 2011

- Rahmat Ujian -

Album : Layar Keinsafan
Artis : Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabhalah menghadapiSegala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

***************************************************

* Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini (v_v)
** malam semalam ummi tak jadi pergi KBMC sebab abah call, doktor pakar bahagian saraf dan tulang tu pergi umrah. Balik sini 23hb nanti.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...