:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, December 08, 2010

- kek coklat kerlipan cintaku -

Malam ni ummi masak ringkas + mudah je
Sebab ummi terkejar-kejar nak buat kek coklat (^_^)
balik opis, sakit kepala + loya lah pula
so, pas maghrib tadi terus pergi dapur buat kek & goreng nasi
Ini menu sarapan kami malam tadi :

"nasi goreng manja" - ummi panggang sosej lada hitam seketul seorang...

Asalnya abah yang nak goreng nasi ni, tapi azan isyak dah berkumandang. So, ummi lah yang goreng akhirnya. Kempunan nak rasa masakan abah malam ni :(

..................

Dari dapur Teratak Mawaddah, kami persembahkan kepada semua.........

"kek coklat kerlipan cintaku"

*

*

*

*
eh, ini belahan kerlipan cintaku
ops, sorry...........
*


*


*


*


*
inilah dia kek coklat kerlipan cintaku
air tangan abah dan ummi (^_^)

ummi malu sebenarnya nak letak gambar kek ni.
ummi rasa macam tak boleh letak nama "kek" lah...
sebabnya kek ummi last2 tu jadi macam bingka pulak hahaha....
entah silap mana lah pula, kali ni tak menjadi ummi buat kek huhuhu
selalunya jadi (masa zaman anak dara......)

ummi dah lama tak buat kek sebenarnya (sejak kahwin)
nampak sangat macam tak pernah buat kek kan???

resepi? ops, lupa nak bagitahu.
sebenarnya, ummi ambil resepi dari dapur ummi ni
Cuma...
ummi ubah sikit, ummi campur cara emak ummi buat kek.

Kalau tengok dalam blog ummi tu, dia kukus. Tapi ummi bakar je kek ni.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius, selama 40-45 minit.

** usaha lagi sampai kek ummi ni jadi....huhuhu

- testing2 -

- gambar di atas sekadar hiasan semata-mata ya -

dah lama ummi tak tangkap gambar guna webcam.
semalam abah download satu program tu
malam tadi beria tangkap gambar sama-sama (^_^)
dah lama tak tangkap gambar satu family (kami bertiga...)
maka...
inilah hasilnya kalau dah lama tak guna webcam tu hehe...
*

*

*

*
anak dara ni pelik sebab dia nampak diri dia sendiri dalam laptop ummi...

bapa borek anak rintik....
sepesen je gaya abah dan auni, kan?

cuba tengok betul2 warna kuning kat rambut auni tu......
(sepit baju dia buat ikat rambut hehehe..)

bergambar dulu sebelum hantar ummi ke pejabat pagi tadi...

ummi & abah
(menghitung hari.........)

** bahan2 nak buat kek coklat dah ada, tapi ummi loya2 lah hari ni.
Pening..pening....
nak muntah tapi tak keluar, tersekat kat kerongkong...
sabar lah ubatnya.......................................

Monday, December 06, 2010

- Salam Ma'al Hijrah 1432 -


Salam Ma'al Hijrah 1432 untuk
semua rakan bloggers yang mengenali kami
- ikhlas dari Teratak Mawaddah -

Apa azam baru anda?
ummi? ... biarlah hanya ummi sendiri yang tahu.
Moga tahun baru ini dapat ummi dan abah lalui dengan penuh kesabaran.
Semoga Teratak Mawaddah yang kami bina dua tahun lalu
kekal hingga ke Syurga hendaknya ...

** baru TERperasan yang tulisan atas tu 1431H (^_^) maaf ya, 1432 sebenarnya................

Sunday, December 05, 2010

- himpunan dua desa -

Macam yang ummi janji, ummi dah upload gambar2 family ummi datang kelantan baru-baru ni. Alhamdulillah, seronok sangat dapat jumpa keluarga Shah Alam walaupun tiga orang lagi adik ummi tak dapat datang. Family ummi tidur dua malam aja kat rumah sebab kelmarin mereka terus ke Kedah (adik sepupu kahwin). Semalam baru sampai Shah Alam semula.

Himpunan dua desa (Desa Paduka & Desa Kemuning). Desa Paduka di Kubang Kerian, manakala Desa Kemuning di Shah Alam. Dua desa bertemu, terhasillah Teratak Mawaddah :)

Jom tengok gambar :)

anak dara malu-malu bila jumpa dengan atok dan nenek nya hehe...

tidur dengan ayah su yang sangat penyayang dan pandai layan kerenah anak buah :)

Puteri Beradu ... jangan ganggu waktu puteri sedang lena diulit mimpi!!

anak2 emak yang comel ... yang pakai spec tu dah jadi mak budak pula

menantu vs mertua

ummi dan abah sempat lagi posing ...

inilah menantu yang soleh :) hidangkan air untuk keluarga mertua ...
dapat berapa markah mak?

nyum2...sedap masakan tokmi, moksu dan Cik Ewa ni...

menjamu selera ... err, tetiba terselit botol susu princess kat situ

ini memang betul-betul cucu tokmi...

nama saya Auni Nafeesa :) Kalau nak berkenalan, kena minta izin abah dan ummi dulu.

cucu nenek juga (^_^)

candid!! yeah ...

himpunan dua keluarga
Desa Paduka + Desa Kemuning

Lagi seronok & meriah jika semua adik-beradik dapat berkumpul


** Abang Long, Kak Long, Fiq, Din, Aisyah, Nafi', Edil, Eriz dan Efiq...inshaAllah kita akan berkumpul lagi jika diizinkan (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...