:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, September 07, 2010

- Bukit Bendera -

milik siapakah gadis ini...? (bertudung ungu)

Ummi telah ditag oleh adik sepupu ummi dalam gambar ni. Ini gambar masa zaman bujang dulu hehe. Masa ni kami sekeluarga dan keluarga pakcik ummi pergi Bukit Bendera. Waahhh, amat seronok sekali pergi sana. Ummi pun tak ingat tahun bila gambar ni, yang pasti semestinya masa ni ummi sekolah menengah :)

*** terINGIN sekali bawa Auni makan angin.......kat mana? Cameron boleh tak??


Sunday, September 05, 2010

- Akram vs Auni -


Muhammad Akram Majdi (15 hari usianya ketika gambar diambil)

Inilah gambar "anak buah" baru kami, Akram yang lahir 19.08.2010 baru-baru ni. Kami berdua amat rapat dengan abah+ummi Akram, so anak mereka sudah semestinya anak buah kami juga....kan? Comel sangat tengok Akram ni. Dia lebih mirip rupa umminya. Tengok tu, celik betul si Akram ni. Kalau Auni, kuyu je mata dia hehehe.


sejibik muka Ummi Nor (^_^)

Okey, kali ni ummi nak beritahu perkembangan si manja kami. Wah2, sejak dah setahun ni dia semakin pandai sangat. Pandai meniru aksi orang2 di sekeliling. Salah satunya, Auni malu-malu bila orang tengok dan usik dia. Mulalah dia tunduk malu-malu sambil senyum hehe. Memang lucu sangat. Tapi bila orang nak pegang/dukung dia menangis. Kiranya Auni ni hanya boleh diusik dan diagah dari jauh je. Kalau nak pegang/dukung...SORRY.

Pastu, si manja ni dah pandai "pok-pok" ummi supaya ummi dapat tidur lena hahaha. Pok-pok ni istilah Ummi Na iaitu "Tepuk-tepuk". Kalau nak tidurkan Auni, ummi akan cakap..."adik bam (baring) sini, ummi pok-pok (tepuk2) ye?" Biasanya ummi akan tepuk2 peha atau lengan Auni sambil dodoikan dia dengan zikir2 atau ayat2 Al-Quran. Kelmarin masa kat rumah Tokmi, ummi nak tidurkan dia. Last2 dia yang tidurkan ummi hehehe. Dia duduk sebelah ummi, pastu tangan kirinya tepuk2 lengan ummi. Kiranya nak tidurkan ummi lah. Sungguh, memnag betul akhirnya ummi yang tidur setelah di pok-pok oleh Auni. Hihihi. Bagus sungguh anak ummi ni.

** sabar menunggu perkataan UMMI keluar dari mulut si manja (^_^)



Saturday, September 04, 2010

- Medan Ilmu -

Lokasi : Medan Ilmu, Kota Bharu
Tarikh : 03.09.2010

bergambar dulu sebelum ke Medan Ilmu
- Auni tersepit di antara dua hahaha

*

*

*

ummi campur sekaligus...
- mudah + jimat masa nak edit gambar hihihi

aksi auni masa di Medan Ilmu

asyik main...sampai keletihan akhirnya

** malam tu kami ke Qaryah Ramadhan mendengar forum yang TER sangat best, Mertuaku Ibubapaku, Menantuku Anakku (^_^) Seronok sangat dengar kupasan barisan panel jemputan. Banyak input menarik yang kami dapat.

*** balik tu, kami berlari-lari anak dalam hujan rahmat.....alhamdulillah

Thursday, September 02, 2010

- ceritera penghuni Teratak Mawaddah -

** just tengok gambar2 ni...maaf, ummi sedang bertarung berhabisan melawan sakit, belum ada mood nak bercerita........

kami on the way ke Dataran Ilmu nak dengar kuliyah agama.
- tengok muka si kecil tu...amboi3x garangnya!

Ifthar di sekolah abah
- tengok tu, orang lain tengah dengar tazkirah...auni sibuk dengan beg tangan ummi

di rumah Tok Mi dan Tok Bah
- auni dan abah berposing sakan...menarik nampak?

dapat walker baru
- muka seposen...macam nak nangis....

di hadapan rumah Pasir Mas
- siap nak buat peace tu...tapi lidah terjelir hehehe

dalam kereta on the way nak balik K.K
- masa ni dia "yak-yak" hihihi....

dalam katil auni
- suka dan bergembira...sampai ketawa terbahak-bahak...

** sekian...terima kasih (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...