:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, July 10, 2010

- hepi bestday moksu -


.: Dedikasi untuk adinda Nur Nabilah bt Mohamed :.

~ Selamat Hari Lahir ke- 19 ~
( 07/07/1991 - 07/07/2010 )

* Semoga panjang umur dalam ketaatan
* Semoga bahagia dunia akhirat
* Semoga redha Allah mengiringimu selalu


Monday, July 05, 2010

- Permata Ummi & Abah -

Permata Keluarga

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua

C/O:
Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya

Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa

Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana


* Semoga Auni menjadi anak solehah, penyejuk mata penawar hati ummi & abah (^_^)
* Syukur ya Allah, atas anugerahMu ini kepada kami

Saturday, July 03, 2010

- aktiviti hujung minggu -

10:30 pagi - 2.00ptg

1) Pergi Pasar Khadijah
2) Mydin Textiles, Kota Bharu
3) Mydin Mall, Kubang Kerian
4) Beli charger HP dan lauk

*** dapatlah beli 2 pasang tudung Auni kat Mydin Textiles tu

tudung masa nak pergi jalan-jalan

1- tudung warna pink ni comel dan sangat sesuai untuk si comel ni

2- tudung kaler biru ni menjadikan Auni nampak macam budak besar je hihihi

Ummi dan abah tak beli apa pun. Sebenarnya masa singgah Mydin Mall Kubang Kerian, ummi ingat nak beli ayam goreng yang selalu Ummi Na beli kalau singgah Mydin. Tapi tak dapat huhuhu. Auni tidur dalam kereta. Abah Yie solat. Takpela, lain kali kita singgah beli ayam tu okey!

Friday, July 02, 2010

- Picasa -

Hari ni memang rasa letih sangat-sangat. Auni pula masa siang tadi tak berapa nak tidur. Time ummi nak buat kerja, dia bangun. Time ummi nak rehat pun dia bangun. Sekarang ni Auni makin aktif sangat. Tak boleh duduk diam, ada je yang dia nak main. Bila kita angkat, dia marah. Kalau boleh, dia tak nak siapa-siap pun pegang dia. Dia nak main sendiri tanpa diganggu. Amboi anak ummi ni...

Hee..ini bukan cerita utama sebenarnya. Ummi Na sebenarnya nak letak gambar yang Ummi Na edit guna Picasa. Dulu (sebelum kenal Picasa), Ummi Na edit gambar guna Adobe Photoshop. Ummi Na suka sangat edit gambar guna Picasa sekarang ni. Cantik dan mudah aplikasinya tu. Macam Adobe, agak rumit sikit. Kadang-kadang tu Ummi Na edit gambar guna Adobe dan Picasa juga. Jom kita tengok gambar-gambar ni...

Ni gambar masa Auni dapat tudung baru tu...

gambar ni kat luar rumah...auni pakai tudung kaler lain
(soft focus & black n white)

Auni kan anak abah...dia selalu sebut 'aaa...baaaah'

ha...ni paling ummi suka...tengoklah tu, tunjuk apa entah masa ni kat Auni


Banyak lagi gambar yang Ummi Na edit sebenarnya. Sejak ada anak ni, memang GILA EDIT GAMBAR je hihihi. Ada je gambar yang nak di edit. Tak banyak, sikit pun jadilah. Folder dalam laptop Ummi Na pun dah penuh dengan gambar je.


** Ahad dan Isnin ni ummi ambik cuti sebab pengasuh Auni pergi Vietnam (rumah anaknya). Agak-agak, bilalah kami ni dapat gi Vietnam? Jangan kata Vietnam, Sabah Sarawak pun tak lepas lagi huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...