:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, April 12, 2010

- auni nak susu -

gambar baru lepas nangis, ummi lambat bagi susu

Laju je minum tu...lapar sangat heheh

kesian anak ummi ye...

~ saje nak masukkan gambar2 ni, Ummi Na suka tengok! So sweet (^_^)

- dapat jugak akhirnya -

Alhamdulillah. Dapat juga mencari baju untuk Pesta Sukan RISDA. Lewat petang baru-baru ni, lebih kurang dalam pukul 6.00 petang kami ke KB Mall. Rupa-rupanya waktu tu ada PC Fair kat sana. Sesak lah jugak dengan orang ramai. Sampai-sampai je, kami terus ke tingkat bawah. Mujur ada baju yang sama 'kaler' dengan baju sukan yang diberi. Harganya pun dalam RM35.00 Okeylah tu, daripada tak ada. Malas nak tawar menawar, Ummi Na capai baju tu dan terus bayar. Saiz? Hehehe, besarlah jugak...berbanding sebelum mengandung dulu huhuhu.


~ tak dapat jugak nak makan RCH hari tu huhu. Bilalah nak gi makan RCH ni?
(macam kenal je baju kaler maroon tu...abang dapat kat mana? hehehe)

(selit jugak gambar ni...seksilah auni ni)

Auni pon, ragamnya masih tak henti-henti sekarang ni. Malam-malam, mujur ada mak mertua tolong gilir jaga Auni. Ummi dah letih seharian layan kerenah Auni, malam giliran abah pula yang layan kerenah Auni sekarang ni. Moga-moga, ummi dan abah semakin sabar dalam menjaga Auni...terutamanya UMMI ni lah...


Tidurlah Auni, jangan menagis
Tidurlah sayang, ummi dah letih
Auni kan comel, lagilah baik,
Tidurlah sayang, jangan menangis

Saturday, April 10, 2010

- auni meragam -

Anak ummi meragam! Huhu, sejak jatuh dari katil tempohari...keadaan Auni tak menentu. Senang cakap, tak macam selalu. Sekarang ni kejap tidur, kejap bangun. Asyik nangis je. Menangis macam sakit lah...bagi susu, tak nak. Angkat, didodoi pun menangis. Sampaikan ummi pon tak tahu nak buat apa.
Selalunya, auni suka bila diagah. Pandai ajak orang bercerita, bermain. Menangis pun kalau lambat bagi susu/nestum, takpun lambat ditukarkan pampers dia. Ummi rindukan Auni yang mudah senyum kalau ummi agah (V_V) huhuhu. Cepatlah sembuh anak ummi...
~ jadi ke tak nak gi cari barang ni? Huhuhu....abang?

~ Jalan-jalan ~

Ha, hari ni Ummi Na cadang nak pi kedai buku, kedai baju, Mydin, RCH (Radix Chicken House). Wow, banyaknya tempat hehehe.

1) Kedai Buku
Nak cari novel Cinta Sufi. Novel terbaru RAM (Ramlee Awang Murshid). Hari tu, pergi dua kedai buku. Tapi novel RAM tak ada lagi huhu. Walhal novel tu dah keluar pon. Memang best baca novel ni. Erm, boleh tak kalau nak beli novel Ustaz Ubai jugak? Antara Cinta dan Wahyu...?

2) Kedai Baju
Nak beli baju kaler maroon. Esok ada Sukan RISDA Kelantan. Ummi Na masuk permainan Batu Seremban. Alamak, baju yang diorang bagi ni lengan pendek. Jadinya, Ummi Na kenalah cari baju lain untuk dipakai bersama. Kaler baju tu maroon. Nak cari kat mana ek?

3) Mydin
Hehe, Mydin ni saje je nak window shopping (^_^) Itupon kalau Abah Yie nak pergi huhu. Duit dah takde, ada hati nak jalan-jalan Mydin hehehe.

4) RCH
Haa, ni memang dah janji ngan adik ipar nak gi sana. Ummi Na dah pergi hari tu. Kali ni nak bawa adik-adik ipar makan sana. Tapi bila agaknya? Petang kot huhu. Nak makan apa ye? Nasi ayam lagi..? Atau Chicken Chop...? Satey...? Semua-semua sedaaap sangat!! Aiyooo, bertambahlah kolestrol dalam badan ni huhuhu...Oh, tidakkkk!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...