:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 08, 2010

~ percutian singkat (4) ~

Hari keempat...
20/03/2010
Sayonara...huhu, sedihnya nak balik. Tapi TERPAKSA lah balik Kelantan, esoknya dah mula kerja. Cuti pun tak bolehlah nak ambik lama-lama kan? Hehehe. Kalau tak silap Ummi Na, pagi ni kami sarapan nasi goreng. Sambil sarapan tu, sempatlah adik-adik yang lain dukung Auni puas-puas. Tengoklah gambar ni...

Auni bersama Acik Eriz, Acik Ocob, Acik Dana dan Acik Efiq

Macam selalu, ambil gambar ramai-ramai sebelum balik (^_^)


Sebenarnya, kami balik sekali dengan mak dan abah. Kebetulan abah nak ke Kuala Lipis, ada Hari Wilayah Luar Bandar. Najib Tun Razak tu merasmikan majlis berkenaan. Sempatlah menjamu mata tengok gerai-gerai kat sana. Banyak sangat yang dibeli hahaha


Letih betul perjalanan balik Shah Alam kali ni sebab banyak sangat tempat yang kami pergi. Naik Myvi ni agak jimat, memang jimat sangat-sangat pun. Minyak dan tol semua sekali kira-kira RM270. Kalau dari Kelantan terus ke Shah Alam, dan tak singgah mana-mana, rasanya LAGI JIMAT (^_^). Kiranya save budget sangatlah......


** Sayonara Shah Alam. Insya Allah ketemu lagi bulan 8 ni (^_^)

- jatuh katil -

Khamis (08/05/10)
3.01 pagi

...mencelah kejap (sebelum sambung cerita percutian singkat)
Ya Allah, tadi Ummi Na rasa takut + terkejut + sedih tengok Auni huhuhu. Kenapa? Si comel tu jatuh katil. Memang tak sangka pun. Abah Yie dodoikan dia dalam bilik. Ummi dah letih sangat, tengah buat kerja ofis yang BANYAK sekali ni...Ummi buat kat luar. Dari luar tu dengarlah dodoian Abah Yie. Tiba-tiba senyap. Ummi Na ingatkan dua beranak tu dah tidurlah.
Tup-tup, ada bunyi 'bedebuk'. Bunyi jatuhlah tu. Auni pun nangislah...huhu. Kesian anak ummi. Ummi Na dengar je, dengan terkejut yang amat sangat menjeritlah 'abang!'. Tengok2 auni dah kat atas karpet bilik. Tak nampaklah dia jatuh macam mana. Kesian anak ummi. Auni nangis, tapi beransur diam bila Ummi Na angkat, peluk, pujuk dan dodoikan.
Anak ummi...anak ummi (^_^). Moga-moga tak ada apa-apa yang berlaku. Tengok kepala dan badan dia, takde bengkak-bengkak dan lebam-lebam ke. Mujurlah. Cuma risau kalau dia demam esok pagi. Apa pun, anak ummi KUAT!!

Saturday, April 03, 2010

- percutian singkat (3) -

Hari ketiga : Jumaat (19/03/10)
Pagi ni arah tujuan kami adalah ke rumah Cik Dah (mak sedare) untuk mengambil barang-barang Cik Mah. Namun sebelum tu, kami sempat meluangkan masa singgah ke rumah Ateh. Ateh ni makcik yang kami selalu datang rumahnya semasa kami di UIA dulu. Memang dah lama sangat kami tak ke rumah ateh. Sejak Ummi Na sakit dulu, berkahwin, hinggalah mempunyai seorang permata hati, baru inilah dapat berjumpa ateh semula.


Rupa-rupanya ateh akan duduk di rumah kebajikan di Kuala Kubu Baru hujung minggu tu. Sedihnya, sebab tak ada sesiapa dapat jaga ateh. Mama (adik ateh) pun kerap sakit, jenguk ateh hanya waktu malam sahaja. Pak Long (abang ateh) dah meninggal, jadi tinggal ateh seorang diri di rumah.

Kami singgah rumah Cik Dah dah tengahari. Makan tengahari dan solat di situ. Dapatlah rehat-rehat sekejap, mandikan Auni pula tu. Cuaca panas, peluh pula Auni. Ingatkan nak singgah PWTC (Pesta Buku Antarabangsa) jumpa Ayah Lah (suami Cik Dah), tapi bila kami tengok jalan jem teruk, tak jadilah nak singgah. Lagipun susah nak dapat parking, huhuhu.
Balik rumah, siap-siap pula nak pergi Tanjong Karang. Sepupu mak kahwin (sebaya Ummi Na). Balik pun, sekejap sangat, tak sempat nak singgah rumah nenek. Namun, dapatlah melepaskan rindu kat nenek dan pakcik-pakcik Ummi Na yang ada tu...

Balik daripada Tanjong Karang, kami singgah kat tepi jalan. MAKAN DURIAN. Waahhh, sedapnya. Buah kegemaran Ummi Na. Hahaha, banyak sungguh makan durian malam tu. Abah Yie, mula-mula tak nak makan...kenyang sangat katanya. Namun, setelah DIPAKSA oleh abah dan Ummi Na, dia pun makanlah juga walaupun tak sebanyak kami berdua hehehe.
Sampai rumah, dah lewat malam. Apa lagi...zzzzzzzzzzzzzzz lah kami. Esok pagi nak bertolak balik Kelantan...


~ durian memang kegemaran Ummi Na dan abah. Mujur yang lain kurang minat, dapatlah kami makan banyak hehehe

Thursday, April 01, 2010

~ percutian singkat (2) ~

Episod 2
Masa hari kedua kami di Shah Alam, pagi tu kami mendapat khabar bahawa adik arwah atok (Atok Mamat) telah kembali menghadap Ilahi. Selesai sarapan (bihun dan nasi goreng), kami bertolak ke Felda Sertik bersama keluarga pakcik dan makcik saudara Ummi Na. Maka, lihatlah gambar-gambar ni....
aksi auni sebelum kami bertolak

dalam perjalanan ke Felda Sertik

di masjid...
~ Al-Fatihah untuk Atok Mamat

singgah sebentar di RnR


Perjalanan hari ni terasa letih sangat. Balik dari Felda Sertik, sampai rumah dah Maghrib. Memang letih yang teramat sangat, tak terungkap dengan kata-kata. Hari ni perjalanan kira-kira 9 jam juga (samalah macam dari Kelantan ke Shah Alam huhuhu).
~ pengembaraan seterusnya...lebih menarik........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...