:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, May 25, 2017

MENJELANG RAMADHAN

Hari ini.
Esok.
Lusa.

Ramadhan bakal menjelma.
Hari ni kitorang makan Laksa Penang.
Sedapnya ya Allah.......

K.mar dah lah suka sangat Laksa Penang ni.
Hari ni officemate merangkap bff belanja laksa.
Tapi...sebab k.mar demam dan sakit kepala, sepinggan ni je yang mampu masuk mulut.


Balik ni hajatnya nak buat cucur durian.
Bahan-bahan memang dah ada dan lengkap.
Harap-harap larat lah nak buat nanti hihihi



Tuesday, May 23, 2017

ANAKKU BERWAJAH BARU

Semalam lepas habis kerja terus ambil cermin mata Kak Long yang dah siap.
Ummi sebolehnya tak nak bagi Kak Long pakai spec huhu.
Tapi terpaksa lah bagi dengan berat hati. Kak Long tak rabun, tapi silau tinggi.

 "wajah baru" Kak Long

Ummi pakaikan sekali tali tu. Mudah hehe.
Nenek kata macam muka Tokmi =)


Yang biru tu spec Kak Long.
Spec ni abah dia lah yang tolong pilihkan. Masa ni ummi tak ikut.

Nanti kita ambik gambar berdua pakai spec hehehe

Thursday, May 05, 2016

Teruja & Tercabar

Ampunnn Ummu Muhammad, akak pinjam gambar ni hehehe
 
Teruja dan tercabar!
 
Hahah....apa benda yang membuatkan saya teruja dan tercabar ni? Aisehhhh. Dah lama saya blogwalking..blogwalking...blogwalking tak henti-henti ke Bayt Al-Iman ni tau. Saya teruja sebab Ummu Muhammad berjaya menurunkan berat badan beliau. Lebih kurang 10kg beliau buang berat badan tu hihi. Memang teruja bila saya baca kisah beliau JOM KURUS.
 
Tapi, kena saya rasa tercabar? Hehe...tercabar sebab UM istiqomah dalam menurunkan berat badan. Sedangkan saya? Hangat-hangat tahi ayam je. Awal tahun baru ni gigih saya berdiet, jaga pemakanan, bersenam untuk mengurangkan berat badan. Alhamdulillah, 2 bulan tu berat badan saya berkurangan. Memang rasa ringan je badan ni. Alhamdulillah...

Tetapi sudah hampir sebulan saya kembali malas untuk meneruskan diet ini hehe. Apabila penyakit M mula menguasai diri, memang agak sukar untuk hapuskannya. Kecuali dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kini, saya kembali bersemangat untuk meneruskan misi mengurangkan berat badan. Target awal, nak turunkan 10kg dahulu. Jom kita nantikan apa yang akan terjadi.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...