:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, March 08, 2014

Resepi Kek Tiramisu


Alhamdulillah.
Baru siapkan tempahan Kek Tiramisu & Cheesetum untuk cikgu sekolah abah =) Dah berbulan lamanya ummi kurang aktif dalam dunia blogging ni. Kesibukan kerja ofis sedikit-sebanyak menghadkan masa ummi untuk menulis seperti dulu. Okey, berbalik kepada resepi Kek Tiramisu, sebenarnya ummi banyak melihat resepi2 sifu masakan =)

Antara blog yang ummi rujuk untuk buat tiramisu ni :-

1- http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html
2- http://www.azlitamasammanis.com/2011/10/blueberry-tiramisu.html
3- http://www.secubitgaramnor67.com/2013/06/kek-tiramisu.html
4- http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2009/12/tiramisu.html


Sekarang kita tengok cara ummi pula hehehe.

Bahan2 :-

- 250gm cream cheese (ummi guna Tatura)
- 250ml whipping cream (ummi guna Anchor)
- 50ml fresh milk
- 5 sb gula
- 1 sk esen vanilla
- 1 sk serbuk nescafe/indocafe (bancuh dengan air 1/2 cawan)
- 3 sb serbuk Oligo + 1 sb serbuk indocafe
- kek gulung @ kek span (ummi pilih perasa kopi)
- biskut marie (ummi pilih biskut marie jenama LEE)


Cara-cara :-

1- Putar cream cheese + gula + esen vanilla hingga sebati dan gebu.
2- Masukkan whipping cream + fresh milk. Putar lagi. Guna kelajuan rendah dulu barulah ditingkatkan kelajuan.
3- Potong kek mengikut kesesuaian bekas. Susun kek dalam bekas dan lembapkan kek dengan bancuhan nescafe/indocafe tadi. Biasanya ummi guna sudu. Tuang sikit-sikit atas kek. (sekadar nak lembapkan kek)
4- Tuang bancuhan cheese tadi atas kek. Kemudian, tabur serbuk oligo+indocafe tadi atas lapisan cheese yang pertama. Pastikan guna penapis ya.
5- Celup laju-laju biskut marie dalam bancuhan air nescafe/indocafe tadi. Kemudian susun atas lapisan cheese yang pertama tadi. Biskut marie ni ummi buat 2 lapisan.
6- Tuang bancuhan cheese tadi atas lapisan biskut marie pula. Kemudian, tabur serbuk oligo+indocafe tadi atas lapisan cheese yang kedua pula.
7- Sejukkan dalam peti ais dahulu barulah makan. Peti ais bahagian bawah ya. Sedap makan sejuk-sejuk. Yummy!

Selamat mencuba! (^__^)


Monday, February 03, 2014

Menternak Lemak

 bisnes baru TM
Kek Tiramisu

Nampaknya ummi 'menternak' lemak dalam badan haha


bahan-bahan :-
- Cream Cheese
- Whipping Cream
- Gula
- Kek Chiffon
- Biskut Marie

akan menyusul...cara2 nak buat Kek Tiramisu (^__^)

Thursday, December 12, 2013

Ceritera Cinta

Assalamualaikum semua... ^__^


Baru buka blog hari ni haha. Dapat mesej Kak Zefa, laju je ummi upload gambar dan menaip haha. TQ K.Zefa sebab sudi singgah dan minta update blog ni. Huwaaa...mau bersawang blog ni. Dah berapa lama agaknya ummi tak update blog. Sekarang ni ummi agak sibuk berbisnes =) Kalah tokey jual kain pasang kat Jalan TAR tu hihi...

Ya, ummi agak sibuk dengan bisnes yang semakin berkembang ni. Bisnes kain pasang yang macam-macam : Tissabella, Italian Alina Style, SB Line, Velvet, La Dora De Paris dan yang terkini..............KAIN COTTON VIETNAM. Di samping tu, kalau nak kulit tegang, cantik, cerah dan gebu macam Ayu Raudhah, sms/whatsapp je ummi okey (^__^)

OPS!
Sekadar promo ya..jangan marah...hihi.

Ceritera Cinta Ustaz Taufiq & Dr. Dalilah
06.12.2013 baru ni, adik ipar ummi (Ust Taufiq) selamat mendirikan masjid dengan pasangannya Dr. Dalilah. Alhamdulillah, bertambah lagi seorang ahli baru dalam keluarga besar kami. Ini bermakna Tokmi dan Tokbah telah menerima 4 orang menantu perempuan ^__^

Just married
dalilah & taufiq

 Anakanda solehah yang sentiasa menjadi puteri di hati ummi dan abah

bersama sepupunya : Nafi'

 ...majlis kenduri kesyukuran di pihak kami...

p/s : lama tak upadate blog, tiba-tiba tak tahu nak tulis apa haha........


Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday - Edisi Sepupu

 Kak Long bersama sepupunya...

ceria menggayakan busana hadiah dari tokmi =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...