:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, September 30, 2009

- Auni meragam -


(5.10pm)

aduhai anak ummi...
(Kenapa ni sayang? Auni asyik nangis je ni. Ummi dah susukan, dodoi...nangis lagi)

- Ummi Na tengah menaip sambil memangku Auni. Huh, bayangkanlah keadaanku yang memangku Auni sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menaip. Huhuhu....


Hari ni memang terasa letih sangat. Betul2 menguji kesabaranku sebagai ibu huhuhu. Auni menangis tak henti-henti. Tapi dia diam bila didodoi atau dipangku. Satu kerja pon Ummi Na tak buat hari ni (melainkan makan, tengok tv dan surf internet, tapi itu pon curi2 sambil memangku Auni ni). Sabo ajelah...

Yaa...hari ni dah pilih mana2 gambar untuk dicuci. Makanya Ummi Na pilih sedikit gambar Auni, gambar masa raya dan gambar keluarga. Pasni entah bila dapat jumpa si Aisyah ni lagi. Anak buah seorang ni nak balik Mesir dah hujung bulan depan huhuhu. Sebelum tu, memang banyaklah kami tangkap gambar dia. Aisyah pon dah pandai sebut "Adik" = Auni. Kalau sebut adik je, terus dia masuk bilik kami nak cari Auni. Bila kita kata "Aisyah, sayang adik," dia terus cium Auni. Dulu dia dekatkan telinga kat pipi Auni bila kita sebut sayang adik :) luculah si Aisyah ni hehehe

Letih sangat sampai tak tahu nak tulis apa dah. Okeylah, Ummi Na rehat dulu.

## Hujan lebat sungguh hari ni. Macam ribut juga tadi, angin terlalu kuat.
### bilalah boleh
berkebun ni....?

Tuesday, September 29, 2009

- sebulan usiaku -

Geram sungguh...nak cubit2 je pipi Auni ni...

Salam kepada semua...

Alhamdulillah....usia permata hati kami genap sebulan hari ini. Seronok melihat perkembangan Auni. Jadual tidurnya turut berubah sedikit demi sedikit. Jika dulu Auni mesti bangun setiap malam dan tidur sepanjang siang hari. Namun kini, dia hanya akan bangun sekali pada tengah malam. Jadi, dapatlah Ummi Na tidur lena sikit :) Waktu siang pula, tak menentu. Kadang tu Auni akan menangis bila umminya letakkan di atas tilam. Namun dia akan diam bila umminya pangku atau dodoikan dia. Aduh, susahlah macam ni.

kesian Auni...jadi mangsa ummi ye. Asyik tangkap gambar je...hehehe

Pulak tu, Auni sekarang ni semakin kuat menyusu. Adakala tak sampai satu jam, dia minta disusukan semula. Tapi waktu menyusu, tak pernah pula Auni buka mata. Matanya mesti pejam. Kalau menangis, kuat suaranya memecah sepi. Tak padan sungguh dengan badan yang kecil tu hehehe. Namun, alhamdulillah. Auni mudah diurus dan dijaga. Dia mudah mendengar kata. "Auni anak ummi yang baik, yang comel, yang cantik kan? Kalau budak yang baik, comel dan cantik dia mesti dengar cakap ummi. Auni tidur ye sayang. Auni jangan asyik menangis, kesian kat ummi. Esok ummi ada kerja nak buat lagi. Auni tidur ya?" itulah yang Ummi Na selalu bisikkan di telinga Auni setiap kali sebelum tidur.

Walaupun dah sebulan usia Auni, Ummi Na masih belum berani mandikan dia. Tiap-tiap hari mak mertua Ummi Na yang mandikan Auni. Biasanya Ummi Na hanya lapkan badan Auni. Kecil sangat, Ummi Na takut nak mandikan. Berat Auni sekarang ni 2.4kg berbanding masa lahir dulu cuma 2.1kg.

Bolehlah layan...besar nanti dapat anugerah Anak Fotogenik IA-Tech hahaha
(dah ummi ngan abahnya dapat gelaran Pasangan Fotogenik IA-Tech)

09:05pm
Erm, nak citer apa ya? Okey, tadi kami gi klinik sebab Auni dah sebulan kan. Punyalah lama tunggu. Berat Auni 2.5kg...okey ke? Macam tak okey aja. Nurse tu pulak cakap Auni kurang zat. Adoi...KURANG ZAT. Siap tanya lagi, "awak ni berpantang kuat ke?" Apa kaitan berpantang kuat dengan Auni yang kurang zat?? Huhuhu. Nak kata Ummi Na tak makan sayur, makan. Nasi banyak pulak tu. Lauk pun makan ikan haruan, ayam atau daging yang dibakar atau dibuat sup. Fuh, kenyangnya (^_^) Pastu, kena check kuning. Kuning Auni naik lagi...sekarang ni 159 tapi masih di tahap normal. Cuma kitorang risau jugakla nak balik Shah Alam ni. Karang naik pulak kuning Auni sebab hampir dua minggu nak duk sana. Temujanji seterusnya 27/10. Ops, lupa. Sebenarnya temujanji Auni 27/09...Ummi Na yang salah tengok. Ingatkan hari ni, tapi tak apalah terlewat dua hari je...

Hari ni Auni meragam macam-macam. Asyik nangis aja. Kak Long cakap baby akan nangis dan meragam bila usia bertukar. Yeke? Erm, betullah tu kot...(apalah Ummi Na ni tak tahu). Huhuhu, rasanya takde apa yang Ummi Na nak bebelkan kat sini. Sampai sini ajalah dulu. Esok-esok banyak lagi nak cerita.

## Abang tengah layan anak buahnya main..ingatkan nak suruh dia taip. Huhuhu

Sunday, September 27, 2009

- cerita Syawwal -

Haris, Pak Long, Ayah Mie, Abah Yie, Auni dan Pak Wan

Salam Syawwal untuk semua pengunjung Teratak Mawaddah...

Terlalu banyak cerita yang Ummi Na nak kongsikan dengan semua. Inilah lebaran pertama yang Ummi Na sambut lengkap satu pakej. Pertama kali beraya sebagai isteri dan juga ibu. Alhamdulillah, seronok tak terkata. Gembira sangat walaupun pertama kali beraya tanpa keluarga yang berada di Shah Alam. Masa takbir malam raya tu, sayu juga rasa hati ni. Hehehe...

Namun, raya kali ni memang meriah juga sebab Ummi Na dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat kami. Terima kasih kepada Nuzul+Kak Fizah, Hafiz+Kak Long+Haris, Abe Mie, Kak Shidah dan Napie sebab sudi datang melawat kami sekeluarga. Agak lucu tengok Nuzul yang nampak kaku dan kekok saat memangku Auni. (kena belajar cara nak pangku budak ni Pak Wan hehehe). Kak Fizah nampak tak kekok...

Mak Wan, Ummi Na, Mak Long dan Haris

Auni di samping Mak Wan dan ummi

Tahun ni memang tak ada baju raya baru. Cuma Auni aja yang ada baju raya, hadiah daripada Tok Ba. Ummi Na pakaikan Auni skirt hijau tu. Baju tu sebenarnya untuk bayi 3-6 bulan. Sebab tulah nampak besar sangat si Auni ni pakai. Tapi tetap comel anak ummi ni (^_^) - apalah ummi ni, angkat bakul sendiri...tak malu betul! Ummi Na pakai jubah coklat (jubah beli 2 tahun dulu) manakala Abah Yie pakai baju melayu masa kenduri kahwin kami dulu hehehe. Bahan baju raya memang ada, hadiah makcik dan pakcik Ummi Na. Tapi tak sempat nak hantar suruh orang jahitkan. So, pakai ajalah mana yang ada.

Pose daripada Auni
(ni baju raya Auni...ops!seksinya)

Abah, Ummi dan Auni di pagi lebaran

Wah, awal bulan 10 ni kami akan pulang ke Shah Alam :) Insya-Allah duduk di sana 2 minggu sebelum Ummi Na kembali bekerja pada 28/10 ni. Alhamdulillah, dapatlah Auni kenal2 dengan family Shah Alam. Doakan moga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Okeylah, sampai sini dulu yang Ummi Na nak cerita. Hingga berjumpa lagi...Salam.

Monday, September 21, 2009

- Salam Syawal 1430h -


Selamat Hari Raya Eidulfitri 1430h

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada kami sekeluarga : Mohd Fikry Saida Marlina Auni Nafeesa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...