:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, June 22, 2013

Surah Al-Masad


Alhamdulillah.
Ada peningkatan dari segi bacaan dan hafazan anakanda solehah
Teruskan usaha lagi, anakku!

Saturday, June 15, 2013

Sesi Mewarna @ Upin Ipin

Selain Majalah Aulad, si solehah ini gemar mewarna Upin & Ipin. Kalau mewarna, habis tumpul semua pensil warna tu =) Ini memang peminat setia UI ni hehe. Setiap kali pergi kedai buku, majalah UI mesti akan ada.

 penuh khusyuk anakanda solehah mewarna

 cantik tak?

 biasanya ummi belikan yang ada sticker sekali. Auni suka sangat

 pagi tadi sempat juga mewarna di opis ummi

 "Alamak, tak siap lagi"

cantiknya......

Friday, June 14, 2013

Mari Mengaji @ Ustaz Zamri Mantop

Assalamu'alaikum.
Rindu pada TM kami ni...rindu juga pada sahabat2 alam maya kami semua. Lamanya ummi menyepi sampaikan tak tahu nak tulis apa hihi. Blogwalking tapi tak tinggalkan komen hehe. Untuk permulaan, ummi nak cerita sikit pasal perkembangan anakanda solehah kami.

Selain kartun Upin&Ipin dan Pingu, salah satu video WAJIB DITONTON setiap hari adalah Mari Mengaji bersama Ustaz Zamri. Ini video kegemaran Auni. "Ummi, hari ni kita belum tengok cerita Ustaz Zamri lah. Jom kita tengok sesama". Penuh khusyuk dia tengok video tu. Tak berkelip orang kata.


Antara koleksi video Mari Mengaji dalam laptop ummi. Auni dah pandai cari dan klik sendiri video mana yang dia nak tengok.

 Aura Ustaz Zamri memang mantop. Ummi dan abah pun join sekali ketika anakanda solehah menonton video kesukaannya...

 Walaupun banyak berkaitan hukum tajwid, itu tidak menjadi masalah. 
Auni memang suka mendengar (^__^)

 slot terakhir bacaan Al-Quran, yang ini paling dia suka.
* buat masa ni Auni sedang menghafaz surah Al-Masad

Mengikut pemerhatian ummi, Auni cepat menghafaz dan petah berkata-kata. Walaupun adakalanya dia "main-main" ketika menghafaz, namun alhamdulillah hafazan Auni bertambah lancar.

Sunday, June 02, 2013

Chef Cilik



Assalamu'alaikum semua. Petang ini Kak Long nak buatkan ummi mee goreng basah. Dah lama Kak Long tak masak untuk ummi. Mee, udang, ayam, sayur sawi dah ada ni. Kesian ummi, sakit perut dari pagi tadi. Jadi, hari ini Kak Long akan ambil alih tugas ummi di dapur.

* semoga ummi cepat sembuh ya. Love you ummi ♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...