:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, July 03, 2011

- Rongak -

Sudah bertahun lama kita bersama...
Sehati sejiwa serasi bercinta...
Tapi kini apakan daya...
Dikau rongak aku kecewa... :(

Memang...jujur ummi kecewa sangat bila tengok kesayangan ummi rongak! Nak menangis pun ada. Sedih sangat rasanya. Hati ni macam disiat-siat, pedih!! Tapi ummi kenalah sabar kan?

Err..apa yang rongak? Nak tahu apa yang rongak?

Tu dia.....

*

*

*
cuba tengok betul-betul.....


jelas kan?
Kesayangan ummi dah rongak huhu. Bukan satu atau dua, tapi 17 butang keyboard laptop ummi dah dirongakkan.
Oleh siapa?
Kura-kura dalam perahu...tak payah tanya, mesti dah tahu (^_^)

tu haaaaa.....
Princess Solehah Teratak Mawaddah inilah orangnya.


Hajat di hati nak tukar keyboard baru. Tahu berapa harganya masa ummi survey kat kedai? RM180 gitulah. Dulu abah pernah tanya nak tukar baru tak, tapi ummi kata biar dululah sebab ummi masih boleh guna. Ummi dah hafal butang keyboard tu pun. Mana D, C, 5, M, J, Page Down, Alt dan beberapa butang keyboard.

Nampak gayanya, esok lusa kena tukar dah ni. Nazak sangat rasanya. 17 butang rongak!

- Komentar Bertuah Giveaway -

Alhamdulillah...rezeki Teratak Mawaddah kali ni :)

Terima kasih Bayt Al-Iman atas hadiah yang sangat bermakna, menarik dan cantik ini :). Kami di Teratak Mawaddah sangat suka. Alhamdulillah....

Teratak Mawaddah tersenarai dalam 3 Komentar Tertinggi di Bayt Al-Iman selain Kak Zefa dan Puan Nina :) Tujuan utama Giveaway ni adalah tanda syukur mereka untuk meraikan adik Muhammad yang telah sembuh. Ini GA mengejut, kata Ummu Muhammad hehe.

ummi memang letak alamat ofis. Mudah sikit

Terima kasih daun keladi,
InsyaAllah giliran kami selepas ini


Alang-alang dah kat sini, kami di Teratak Mawaddah nak buat pengumuman.
InshaAllah kami akan menganjurkan contest tidak lama lagi.
Contest apa? Bila?
Kena rajin2 jenguk sini ya (^_^)

- Gaduh-gaduh manja -

nampak macam garang je anak dara bajuu kuning tu hihi.
Main bunga dengan Kakak Aisyah..

ini lagi hebat.
Berebut penyapu dan penyodok.
Mujur tak kena mata....

masa ni auni jerit sungguh-sungguh
"aaaaaaaaaaaaa............miiii (ummi)!!...aaaaaaaaaaaaaaa...olehhh (tak boleh).......


3 sepupu ni macam inilah kalau jumpa. Kejap baik, kejap gaduh2 manja. Kalau time baik tu, auni akan duduk atas riba ummi. "Afi' (Nafi')...ini (sini). Dia suruh Nafi' duduk atas riba ummi juga. Kadang-kadang tu suap makanan sesama sendiri. Tapi auni sangatlah tak boleh nampak ummi sayang-sayang kat Nafi' mahupun 'Asim (^_^). "Miiii.....miii...oleh" sambil tarik-tarik tangan ummi. Marah + jeles sebenarnya. Pada dia, hanya dia seorang ajalah yang boleh bermanja dengan ummi. (anak tunggal katakan - setakat hari ini)

- Wordless Sunday (2) -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...