:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, March 09, 2011

- undur seketika -

.: Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang ke-25 :.
09/03/1986 - 09/03/2011
Sobrie Shah bin Mohd Mohtar
(adik ummi)

*********************************************

Ummi berehat seketika dari menulis :
1- ummi kurang sihat
2- akan ke KBMC selepas Maghrib ni (insyaAllah...)

Mohon doakan kesihatan ummi dan ahli keluarga ummi...................................................

** terima kasih sudi ziarah kami di Teratak Mawaddah walaupun anda datang sini kami tak hidangkan apa2 sebagai santapan anda (^_^)

Friday, March 04, 2011

- senarai Sahabat Mawaddah -

InsyaAllah dalam waktu terdekat ni, ummi nak kemaskini senarai SAHABAT MAWADDAH (^_^)
Mesti ada yang tertanya-tanya, "kenapa saya dah jadi follower/Sahabat Mawaddah, tapi nama takde dalam list kan?
Maaf ya...ummi nak masukkan dalam senarai, tapi tak boleh buat sekaligus.
Masa yang ummi ada pun, kena dibahagi-bahagikan hehe.
Suami, anak, keluarga, kerja, riadhah, rehat dan sebagainya.
Masa untuk menulis memang sudah dibahagikan awal-awal.

InsyaAllah nanti ummi kemaskini.
Kalau anda rasa blog anda masih belum ada dalam senarai "KAWAN BARU", sila jangan malu-malu bagitahu ummi ya. Kadang-kadang ummi mungkin terlepas pandang @ memang ummi tak tahu nak letak address apa sebab kalian tak bagi alamat blog hehehe.


** senarai blog akan ummi tapis dulu...harap maklum ya.


Thursday, March 03, 2011

- Pada Syurga Di Wajahmu -

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang kusanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saat ku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana aqal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau kulupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku yang hanyut ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan kutahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti mengerti...


* mendalam lagu ni. Ummi sangat suka (^_^)

Tuesday, March 01, 2011

- kabur pandanganku -

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua.....

Hari ni ummi letih sikit. Seharian duduk depan komputer ofis, buat laporan. Kan ni awal bulan....memang ummi sibuk mengalahkan menteri lagaknya. Sampai berpinar-pinar rasanya. Mata ummi memang dah agak merah pula tu. Hari ni ummi tak pakai cermin mata masa kat ofis. Sebab apa? R.I.M.A.S = rimas (^_^) Rimas sebab kalau pakai cermin mata, nampak dengan jelas laporan yang bertimbun-timbun atas meja dan meja komputer huhu. Selain tu, cermin mata ummi ni dah senget-benget disebabkan ada sepasang jari comel yang selalu duk main-main cermin mata ummi huhu. Siapalah agaknya??

Ummi rasa power ummi dah naiklah. Sebabnya penglihatan ummi semakin kabur rasanya. Kalau dulu, duduk menaip di laptop tak pakai cermin mata pun masih okey lagi. Sekarang ni kena pakai cermin mata, kalau tak pun kena dekatkan sikit mata ni dekat screen laptop. *ummi rabun jauh ... Tengok jam besar kat dinding dalam jarak tak sampai 10 kaki pun tak jelas huhu.

Orang kata kena makan lobak merah untuk cerahkan penglihatan. Tak pun bangun awal pagi tu tengok rumput/daun2 atau apa2 yang berwarna hijau. Pasni bolehla buat carrot juice kan? Sedap sikit. Kalau ratah macam tu aja pun okey. Auni memang suka sangat ratah lobak merah ni :)

* jeles dengan orang tu...mata masih elok. Terang lagi bersuluh sekali lebih-lebih lagi tengok dalam jarak jauh huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...