:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, February 05, 2011

- demam lagi la.... -

Minta maaf.
Ummi belum sempat nak update cerita kelmarin (entry sebelum ni...)
Auni demam panas.
Dah beberapa hari tak baik lagi.
Makan ubat sudah...
Lap dengan air asam jawa sudah.
Balut dengan kain tebal bagi demam kebah pon sudah.
Cuma masih belum sembuh.

Dia kalau demam panas, tak nak dengan orang lain kecuali
UMMI.
Mesti tidur, ummi kena dodoikan dan dia baring atas riba ummi.
Ummi nak bangun buat kerja lain tak boleh.
Dia merengek minta dukung.
Abah nak dukung dia pun..dia menangis tak nak.
Jadi, ummi tak boleh nak tulis pon cerita pasal gambar yang ummi tepek semalam hehe.
Maaf kalau buat kalian ternanti-nanti (^_^)

** abah tengah buat RPH, esok lecturer UUM nak datang hehehe...

Friday, February 04, 2011

Thursday, February 03, 2011

- Munajat Cinta -


~ Hargailah sesuatu itu sementara ia ada di depan mata,
kerana bila tiba saat kehilangannya, pasti terkenang jadinya ~

** ummi sayang 1000x sayang abah dan auni yang manja ni **

*****************************************************************************

Jam 3:16pagi.
Penyakit insomnia ummi datang semula!!
Sudah puas berblogwalking hari ni.
Singgah di beberapa blog Sahabat Mawaddah.
Baca kisah2 menarik + bagi komen + buat kunjungan balas.
Masih belum ngantuk walau dah puas blogwalking.

Oh!
Indahnya andai waktu2 sunyi di hening pagi ni berTAHAJJUD kan?
Dah lama ummi tak Qiyam. huhu...
Selalu bila ummi terjaga waktu macam ni, abah tengah solat sunat.
(kenapa abah tak kejut ummi agaknya? (-_~)

Jom!
Kita rebut peluang untuk menambahkan pahala di awal pagi ni.
Tiada sesiapa yang mengganggu.
Mari kita bermunajat cinta dengan Allah!!!!!
Allahu Akbar.

** rumah kami sejak dua menjak ni BANYAK sangat nyamuk huhu................

Tuesday, February 01, 2011

- Yang mana satu idaman kalbu? -

Syawwal 1431h yang lalu...

Lagi 2 hari je family Shah Alam nak datang Kelantan :).

Ummi masih berkira-kira nak masak apa nanti...

Sambal udang? Sayur campur bersos tiram? Telur Bingkisan Rindu? Ayam Kasih Mesra? Daging Cinta Kita? Tak tahu yang mana satu nak pilih...

Mestilah nak kena masak yang special kan?

Ada idea tak?? .................................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...